Posts

Showing posts with the label Johor Bahru

Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru (Part 2)

Image
Assalamualaikum. Okay ini sambungan daripada  Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru Part 1 . Selamat membeli-belah semua... 4) Aeon Tebrau . Kawan ain kata Aeon Tebrau ni merupakan antara Aeon terbesar di negeri Johor. Ya memang sangat besar dan tempat parking kereta sangat luas. Aeon Tebrau ni boleh dikatakan lebih kurang macam KLCC. Kebanyakan barang-barang di sana adalah daripada kedai yang berjenama. Misalnya, Vincci, Padini, Bossini dan sebagainya. Ain pergi sana hanya untuk melihat macam mana Aeon Tebrau ni. Hmmm, dan bagi Ain Aeon Tebrau ni biasa je. Lebih kurang macam dekat Kuala Lumpur. Kuikui. Perjalanan daripada UTM Skudai nak ke Aeon Tebrau mengambil masa lebih kurang satu jam. Jauh juga dan Ain dah lupa jalan. Haha. 5) Plaza Angsana Plaza Angsana ni ala-ala macam Plaza Alam Sentral, Shah Alam atau Berjaya Times Square, Kuala Lumpur . Banyak kedai, dan barang-barang pun boleh tahan juga harganya. Besar juga angsana ni. Dan kat sini ada tempat makan ...

Dusun di Universiti Teknologi Malaysia Skudai

Image
Assalamualaikum. Selamat petang semua !! Okay sebenarnya dah lama nak post pasal benda ni tapi tak post post. Haha. Nak cerita sikit tentang apa yang menarik kat UTM Skudai ni. Salah satu benda yang best adalah DUSUN !! Ada satu minggu tu, seorang senior post kat facebook yang kalau kita nak pergi makan buah boleh pergi ke dusun kat kawasan klinik kesihatan tu. Hmm ain pergi dua kali tau dusun tu. Kikiki. Seronok !! PULASAN paling banyak kat UTM ni. Ada buah rambutan, manggis, durian, cempedak dan lain-lain. Manggis banyak dah habis masa ain pergi untuk kali kedua. Mungkin beberapa bulan lagi akan datang musim manggis sebab sekarang kebanyakannya masih lagi kecil dan berwarna hijau. Rambutan memang banyak tapi pokok terlalu tinggi untuk kami panjat :( Pulasan pulak senang nak ambilnya sebab pokok rendah-rendah je. Budak kecil pun boleh capai je kat bawah-bawah tu. Ramai juga yang datang petang-petang. Yang datang pun tak semua pelajar UTM, ada juga orang luar siap bawa ...

Masjid Sultan Abu Bakar

Image
Assalamualaikum !! Beberapa hari yang lepas, Ain telah pergi ke Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor. Hmm, ni akak-akak usrah Ain yang bawa ke sana. Buat usrah di dalam masjid tu !! Hehe, alhamdulillah. Sangat seronok dan dapat ilmu baru ^^ bahagian luar masjid Subhanallah. Cantik kan masjid ini? Rumah Allah sentiasa kelihatan indah. Masjid ini terletak kat tepi jalan sahaja, dan masjid ini sangat unik !! Unik sebab apa? Sebab masjid ni dah lama, dan agak klasik. Okay, ini sejarah tentang masjid Sultan Abu Bakar. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar  ialah  masjid negeri   Johor  yang terletak di  Johor Bahru . Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar  pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim  yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000. Masjid  yang...

Kem Kembara Muslim di Teluk Gorek, Mersing, Johor.

Image
Assalamualaikum. Ya hanana, ya hanana, ya hanana, ya hanana. Suka sangat meyebut ya hanana :) Oh yaa, bulan lepas ain ada menyertai KKM'13 (Kem Kembara Muslim'13) bertempat di Teluk Gorek, Mersing, Johor. Kem ini di bawah anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Tak pernah pun pergi Mersing ni. Alhamdulillah, seronok sebab dapat merantau ke negeri orang :) Yang pastinya, perjalanan daripada UTM Skudai ke Mersing ni mengambil masa dalam 3 jam. Jauh !!! Tempatnya ke dalam, memang sangat ke dalam. Tapi setibanya di Chalet berhampiran situ, kami semua sangat gembira sebab dapat dengar bunyi ombak !! Lama dah tak pergi pantai. Tapi sedih sebab masa sampai tu malam, tak dapat tengok keindahan pantai tu. 2 malam di situ, kami hanya tidur di dalam khemah. Pertama kali ain tidur dalam khemah. Agak tak selesa sebab khemah kami bawah tu ada batu-batu. Sakit badan tau :( Alhamdulillah, banyak ilmu yang ain dapat daripada kem ni :) Syukran u...

Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru (Part 1)

Image
Assalamualaikum ! Mesti ada dah yang tidur ni kan? Hehe. Okay, malam ni nak share sikit tentang pusat membeli-belah yang ada kat Johor Bahru ni. Mana lah tau kan kalau ada sesiapa nak ke Johor Bahru, tapi tak tahu nak shopping kat mana bolehlah shopping ke tempat yang ain akan beritahu ini. 1) Skudai Parade Okay, untuk pelajar UTM ni adalah pusat membeli-belah yang dekat. Kawan Ain kata Skudai Parade ni tak best sangat .  Dia kata tak ramai orang yang membeli-belah dekat sini. Dan barang kurang menarik. Ain tak pernah pergi lagi Skudai Parade. Nanti nak cuba pergi dan nak tahu apa yang ada kat sana. 2) Aeon Taman U Aeon Taman Universiti ni tersangatlah dekat dengan UTM. Haha, kalau rasa malas pergi jauh-jauh. Sini jelah tempat lepak. Bagi orang luar yang menginap di Scholar's Inn Skudai, Aeon Taman U paling dekat dengan anda. Kat sini ada MPH BOOKS, GIORDANO,  MCDONALD, WATSONS, AEON, dan banyak kedai lagi. Cuma Aeon ni tak la besar sangat, dua ting...