Posts

Showing posts with the label novel islam

Review novel : Tariq bin Ziyad !

Ulasan daripada buku "Tariq Bin Ziyad : Menang atau Syahid" karya Abdul Latip Talib.  Harga : RM15.00 Ulasan : Buku ini sangat menarik. Jalan cerita yang sangat menarik dan mendalam. Dan banyak ibrah yang ain dapat daripada novel ini ! Tariq bin Ziyad seorang pemuda yang sangat bagus !  Tariq bin Ziyad( TBZ ) adalah seorang hamba daripada keturunan Barbar. Pada mulanya TBZ ini adalah seorang hamba tetapi setelah dibebaskan beliau diberi peluang oleh Musa bin Nusair , wakil khalifah di mana TBZ menjadi ketua tentera angkatan perang untuk berperang dengan tentera daripada Kota Andalusia. Beliau telah memimpin seramai 12,000 tentera untuk ke medan perang. Perkara ini terjadi apabila Panglima Julian, seorang tentera daripada kota Andalusia meminta pertolongan daripada orang Islam untuk menakluk kota yang dia duduki. Ini kerana pemerintah kota itu, Raja Roderiga  terlalu kejam terhadap rakyatnya dan pemerintah tersebut telah memperkosa anaknya, Florida. Florida menggan...

Review Novel : Novel Islam Imam Hanbali

Image
Assalamualaikum. Selamat malam semua. Dah tidur ke? Hehe. Jangan tidur lambat macam ain  ni. Tak elok tau. Tidur awal sikit yaa. :) Okay malam ni ain nak review novel Islam. Novel Islam yang berkisahkan tentang kehidupan Imam Hanbali. Pada mulanya ain nak cari buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh tapi tak jumpa. Akhirnya jumpa, tapi dekat MPH Online. Nanti nak try beli. RM19.00 sahaja :) Okay, sekarang berbalik pada buku Imam Hanbali. Mungkin ramai yang tahu tentang sejarah kehidupan beliau. Tapi pada yang tidak tahu, anda boleh membaca novel ini. Imam Hanbali ni adalah antara penghafal hadis sahih yang terhebat. Ain kagum sangat dengan Imam Hanbali ni. Beliau tekad mengatakan bahawa ; "AL-QURAN itu adalah kalam Allah dan bukan makhluk Allah" Beliau tetap teguh dengan pendiriannya, walaupun diseksa oleh penganut Islam yang berfahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Akhirnya kehidupan beliau kembali seperti biasa apabila Khalifah Al-Mutawa...