Posts

Showing posts with the label foodporn

Berjalan-jalan di Mid Valley.

Image
Assalamualaikum, selamat petang semua ! Ni nak cerita, hari Isnin yang lepas. Ain keluar berjalan-jalan ke Mid Valley . Dengan siapa? Dengan rakan-rakan sekolah dahulu, Syazwin dan Atiqah. Seronok sangat dapat jumpa mereka. Dah lama tak jumpa dengan mereka :* Dekat Mid Valley tu kami pergi tengok wayang dengan makan-makan sahaja. Oh yaaa, kebanyakan kedai di sana tengah buat sale. Salah satu kedai yang kami pergi ialah Vincci . Mereka tengah buat sale , di mana beli 2 barang ke atas dapat diskaun 20% kecuali shawl dan barang apetah. Lupa sudah. Kasut kat store Vincci Mid Valley lawa-lawa berbanding store IOI Mall. Jadi mana yang rancang nak pergi Mid Valley minggu ni, jangan lupa ke Vincci store ya? Perkara pertama kami buat adalah menonton wayang. Tak tahu sebenarnya nak tengok cerita apa. Jadi kami tengok cerita JACK RYAN : SHADOW RECRUIT.  Filem ini untuk orang yang berumur 13 tahun ke atas, dan lebih kepada aksi. Boleh tahanlah cerita ni. Tapi masa awal cerita, ...

Pizza Hut Promotion for Chinese New Year

Image
Assalamualaikum!! Haaa ain tahu korang ni mesti suka makan pizza kan? Kehkeh tapi jangan makan selalu tau. Bahaya x.x Sekali sekala tak apa. Okay nak dimulakan cerita sabtu lepas Ain pergi jalan-jalan dengan keluarga. Mula-mula pergi Sunway Pyramid, nak cari kasut. Lepas itu, pergi Ioi Mall, untuk makan. Kami buat keputusan nak makan di Pizza Hut. Macam biasa lah, pizza hut ni kalau musim perayaan mesti ada je pizza baru dia buat. Masa puasa tahun lepas pun ada try pizza khas untuk bulan puasa. Boleh tahan juga lah. Sempena Hari Raya Cina yang akan datang, pizza hut perkenalkan pizza Golden Fortune . Untuk sesiapa yang ada alahan kepada seafood, jangan makan okay. Sebab pizza ni mengandungi ketam di bahagian atas piza. Lepas itu, bagi peminat tegar cheese, maaf ye cheese kat piza ni tak banyak mana pun. Sikit je, dan elok lah dimakan oleh orang yang kurang minat cheese. Haha. Saiz regular je ni. Dan juga kami dapat Fortune Platter. Ada macam-macam di atas pinggan ters...