Hotel di UTM Skudai
Assalamualaikum, selamat malam semua ! Yaaa, mesti ramai dah tidur kan? Hehe. Jangan tidur dulu, malam masih muda. :D Okay entry kali ni ain mahu menceritakan tentang Hotel di dalam UTM Skudai ni. Bagi mereka yang datang ke Skudai, kalau tiada tempat nak menginap, bolehlah datang ke Scholar's Inn Skudai ni ! Orang luar pun boleh tinggal kat sini, dijamin selesa. Dan setahu ain, hotel ini bertaraf 3 bintang. Sebelum ain daftar ke UTM Skudai , ain dah survey mana tempat nak menginap. Mula-mula ingat nak tempah hotel kat luar, lepas itu kebetulan ada kakak senior bagitahu yang dalam UTM Skudai tu ada hotel yang selesa dan harganya boleh tahanlah. Ain pun mula cari kat Google, dan mula lah survey tentang hotel tu. Lepas itu, ain cakap dengan abah suruh tukar hotel, abah pun setuju. Hehe, dapat potongan RM10 sebab guna kad matrik ain. Wuu. Okay, ain ambil bilik yang detail dia macam kat bawah ni. Ni yang paling murah sekali. Sebab bilik yang ada aircond semua dah penuh :( ...