Posts

Showing posts with the label wanita

Tabarruj (Ceramah daripada Ustazah Noor Laila Aniza)

Assalamualaikum, okay ain nak kongsi sikit cerita tentang tabarruj ni. Baru-baru ni ain ada pergi ke Islamic Garden di UTM. Salah satu slot ialah bersama Ustazah Noor Laila Aniza. Slot beliau sangat menarik dan tidak membosankan !! Ustazah bercerita tentang tabarruj. tabarruj ini ialah mempercantikkan atau menghiaskan diri dengan niat untuk tunjuk kepada bukan mahram. Haihh, yang mana ada niat sebegitu, cepat-cepat lah betulkan niat anda !! Di dalam kertas kerja yang disediakan, ada beberapa pendapat tentang sifat tabarruj semasa zaman jahilliyyah.  Antaranya ialah : Seseorang wanita yang keluar daripada rumah dan berjalan di antara lelaki.   Wanita yang berjalan lenggang-lenggok dan penuh gaya. Wanita yang memakai wangian. Wanita yang mengenakan pakaian yang diperbuat daripada batu permata, kemudian memakainya dan berjalan di tengah jalan. Wanita yang mengenakan kerudung namun tidak menutupinya sehingga anting-anting dan kalungnya terlihat Wallahualam. ...