Posts

Showing posts from June, 2013

Kek Batik yang tak berapa nak menjadi.

Image
Dah dimakan :D Assalamualaikum. Selamat pagi. Semoga jerebu di tempat anda sudah semakin berkurangan la ea. Hihi. Ye, semalam Ain tak kerja. Jadi untuk mengisi masa lapang, ain telah membuat kek batik memandangkan inilah yang senang untuk dibuat dan tidak mengambil masa yang lama. Haha, haaa tu lah gambaq kek batik ain. Dah dimakan oleh mak abah ain pun. Coklat tak menjadi sngat sebab rasa macam koko yang lebih. Ada rasa pahit-pahit manis. Haha. Makan je lah kan. Lepas ni ingat nak buat agar-agar pulak lah. Hm kalau rajin :P

Sekolah di Selangor dibuka semula esok.

Image
Di Puchong Perdana. Assalamualaikum. Hah, sekarang ni negara kita agak kecoh dengan fenomena jerebu. Ada tempat kadar Indeks Pencemaran Udara semakin meningkat, ada tempat yang makin menurun. Info daripada http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx Jadi kita semua kena berhati-hati sekarang. Pakailah facemask ye? Yang mana kena sekolah esok, belajar rajin-rajin. Jangan ingat nak cuti je. Yang mana ada masalah kesihatan macam lelah, asma dan sebagainya, anda tidak digalakkan untuk pergi ke sekolah. Haa yang mana sekolah kat pelabuhan klang, duduk rumah elok-elok ye. Jangan nak merayau sana-sini. Okay? IPU kat tempat awak dalam keadaan berbahaya. Macam kat Puchong walaupun IPU tak lebih 200 tapi tetap terasa jerebu dan bau asap. Batuk-batuk tau Ain T.T Nak tunggu bas pun sesak nafaihhh. Haha, aduhai. Tapi apa pun jangan mengeluh. Mungkin ini dugaan dan ujian daripada Allah. Semoga Allah menurunkan hujan, jadi jerebu dapatlah dikurangkan. Amin.

Soalan CepuEmas daripada blogger Amirah Azemi

Image
11 soalan daripada cik yang molek ni : 1. Apa pendapat korang tentang aku ?:) Awak comel. Awak cute. Awak kelakar. #setelah membaca entry anda. Haha. 2. Jelaskan 3 tempat pelancongan yang korang rasa sangat2 nak pegilahh *Mekah. Nak buat umrah dan haji. kat sana banyak juga tempat menarik :) *Australia. Kat sana ada kangaroo dan koala yang sangat comel  . *Thailand. Ada pantai yang sangat cantik. 3. Namakan satu bahasa asing yang korang nak sangat belajar dan kenapa. Mandarin. Sebab nak tahu apa yang orang cina ni cakap. Kalau kena kutuk, dapat la kesan awal. Kahkah. 4. Apa yang korang rasa dalam diri korang yang korang patut buat penambahbaikkan Kena ikut apa yang Allah suruh, tutup aurat. Dan kena insaf, supaya tak ulang kesalahan yang sama. 5. 11 barang kegemaran yang korang ada dalam rumah korang SAHAJA. *Beg *Laptop *Handphone *Al-quran berwarna pink *Koleksi tudung *Skirt *Kasut flat *Hadiah daripada kawan *Baju *Kamera *Bantal busuk. Hah

Jerebu di Malaysia semakin kritikal.

Artikel daripada myMetro : Kuala Lumpur: Pentadbir sekolah rendah dan menengah diminta sentiasa memantau keadaan cuaca dan segera menutup sekolah serta-merta jika paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan melebihi 300. Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, surat pekeliling mengenai arahan itu diberikan kepada sekolah seluruh negara demi keselamatan pelajar. Setakat ini, 610 sekolah di Johor ditutup membabitkan Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang, Pontian dan Kota Tinggi apabila bacaan IPU mencatat paras berbahaya melebihi 300. “Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada pengarah negeri dan guru besar sudah maklum mengenai perkara itu. Sehingga pagi ini (semalam), jumlah sekolah ditutup tidak berubah. “Yang penting kesihatan dan keselamatan pelajar dan murid sekolah. Jerebu bukan setakat cuaca panas tetapi kandungan udaranya mengandungi unsur membahayakan kesihatan. Kita tidak mahu kesihatan mereka terjejas,” katany

Program Amal Baju Raya Project

Image
Assalamualaikum. Ain nak share satu program amal ni. Anda boleh menderma baju-baju kurung tepakai yang dah tak muat atau dah taknak pakai kepada mereka. Tapi dengan syarat baju tu masih elok lah. Janganlah bagi yang dah koyak rabak -.- Tapi kalau anda tak dapat nak bagi kat mereka pun. Awak boleh bagi kat rumah anak-anak yatim yang berdekatan dengan anda. Mereka sangat memerlukan baju raya, walaupun tak dapat baju raya yang baru-baru atau yang glamer-2. Bagi mereka, baju yang kita beri tu walaupun dah dipakai sebelum ni, mereka anggap jugak macam baju baru. :( Apa-apa info boleh ke facebook Baju Raya Project . Terima kasih.

Rindu.

Image
Assalamualaikum. Ye ni namanya update post tengah malam. Sepatutnya masa untuk tidur, esok kerja. Tapi macam biasalah. Kalau dah mengadap baby blog ni, dan kalau internet laju gila. Memang takkan mengantuk lah kan. Hihi. Okay, jadi apa itu rindu ? Rindu itu suatu perasaan. Tipulah kalau korang tak ada rasa rindu kan. Kalau tak ada, tu bukan manusia normal tu. Ye, ain rindu. Rindu dengan kehidupan yang lalu. Rindu dengan zaman kecil-kecil dulu. Sekarang dah 19. Dah besar anak Abah ni kan. Bila dah 19, dah mula terasa betapa susahnya kehidupan ini :( Semua kena urus sendiri, Abah dengan Mak ada juga lah tolong sikit-sikit. Tapi, masih terasa susah lagi. Inilah namanya kehidupan. Rindu dengan zaman tadika, dan sekolah rendah. Masa tu fikir datang sekolah, belajar, main, dan terus balik rumah. Tak perlu fikir nak cari duit. Rindu dengan zaman sekolah menengah. Masa form 1 ain skema gila. Kahkah Dah lama-lama matang sikit ah. Tapi orang masih ingat ain ni budak kecil sebab

AIZAT feat. YUNA- DWIHATI OFFICIAL MUSIC VIDEO

Image
Dengarlah lagu ni. Memang best >.< Memang klasik lah. Video dia smart, macam mana lah nak edit video macam tu :o Haihhh.

Bas.

Image
Assalamualaikum. Topik kita pada malam ni ialah tentang bas. Terfikir nak buat pasal bas masa nak pergi kerja tadi. Haha. Menurut wikipedia : Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus , yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'. Hah, okay dah tahu kan apa itu Bas ? Dekat Puchong ni, pengangkutan awam yang terkenal adalah bas. Memandangkan LRT masih dalam pembinaan, jadi kena lah guna bas dulu. Hehe. Kat sini ada 3 jenis bas, daripada syarikat berbeza. Yang FEMES ialah RapidKL , lepas itu baru Bas Mini, dan akhir sekali baru Metro Bas. Biasanya Ain suka sangat naik RapidKL sebab selesa dan bersih. Tapi kalau dah rapidKL lambat sangat, terpaksa naik Bas mini. Huwaaaa T.T *Biasany

Lelaki.

Image
Lelaki? Apa itu lelaki? Menurut Wikpedia : Lelaki ialah salah satu daripada dua jantina manusia , iaitu lelaki dan perempuan . Penggunaan istilah "lelaki" atau "Peria" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan , jantinanya dirujuk sebagai jantan . Haa amek kau. Haha. Sampai pakai wikipedia ye.  Nak dimulakan cerita, ain adalah kenal seseorang di laman sosial. Rasanya dia yang Add ain. Lepas itu bermulalah perkenalan kami.  Ye, memang Ain single sekarang. Jadi, ain nak cari kawan je. Tak nak lebih daripada itu. Dia sangat pelik. Ain mesej dengan kawan lelaki ain yang lain pun dia nak cemburu. Sedangkan kawan lelaki ain tu , dah lama ain kenal daripada dia.  Dan dia kata dia dah mula suka kan ain, sayangkan ain. Nak luahkan perasaan dekat ain. Adui, awak kita baru je kenal, dah terus suka ye? Dia kata dia nak lupakan bekas makwe dia. Sebab tu dia ingat kalau bercintaaaa dengan ain, dapat lah lupakan makwe dia.  Ya

Wordless Wednesday #1

Image
Hijrah :)

Bersyukur.

Image
Assalamualaikum. Wahh dah lama tak update! Rindu blog ni tau T.T Nasib baik laaa, line internet dah okay. Alhamdulillah! Kalau tak elok juga, nak kena Maxis ni. Hee. Okay, berbalik pada perkataan bersyukur. Ain sangat bersyukur sebab macam-macam berita gembira yang ain dapat. Pertama sekali, mestilah tentang keputusan matrikulasi. Ain target sem 2 ni dapat 3.5 ke bawah sebab soalan susah sangat harituu T.T Tapi alhamdulillah, dapat lebih daripada yang ditarget. And tentunya subjek Math tak okay sangat. Ain pun banyak tinggal harituu. Haha. Math, kenapa la awak susah sangat? Haaa, tengok tu. Ngahaha, ain bukan otak Math ohh. Ramai cakap ain otak biologi. Tapi ain taknak jadi doktor laaa. Ngee. Walaupun tak dapat 4flat, tapi okaylah dapat lebih daripada Sem2. Alhamdulillah. Lepas je result keluar, ain pergi cari kerja. And dapat, dekat Reject Shop. Heh. Dapat la kawan-kawan baru ! Yeyyy, and kerja kat situ tak tension mana. Rilek ja. Haha. And staff kat situ pun spor