Posts

Showing posts with the label universiti

Pengalaman : Minat boleh berubah

Assalamualaikum. Ya sejak beberapa hari ini, ramai adik-adik yang berkunjung ke blog Ain. Nak tahu tentang matrikulasi la tu :P Sama jelah macam akak dulu, memang blog-blog menjadi tumpuan akak sebelum masuk ke matrikulasi, sampaikan hari sebelum nak pergi sana pun masih mencari maklumat tentang matrikulasi ni. Haha. Okay, akak nak cerita pengalaman akak lah kan sepanjang bergelar pelajar sekolah sehingga lah sekarang mahasiswi di UTM. Hah, dulu akak sebenarnya minat lain, tapi sekarang ambil bidang lain T.T Masa akak kat sekolah dulu kan, akak sebenarnya tak ada lah suka sangat aliran sains. Akak lebih kepada bidang multimedia sebab akak minat mengedit gambar, main coding kat blog dan sebagainya. Tapi disebabkan masa PMR ,akak dapat result terbaik. Nak taknak kena juga ambil kelas sains. Sains tulen ! Ayooo masa exam bulanan, akak gagal matematik tambahan. Start daripada situ, sampai ke tingkatan 5, akak gagal je, tak pernah lulus !!! Tapi alhamdulillah, masa SPM akak ...

Apa yang menarik tentang Universiti Teknologi Malaysia (Part 1)

Image
Assalamualaikum. Selamat pagi dunia ! Memandangkan ain takP ada kelas pagi ni, jadi masa ini akan digunakan untuk tengok blog kejap. Kehkeh. Okay, tak lama lagi nanti pelajar matrikulasi, asasi dan STPM akan mengisi borang kemasukan ke universiti untuk fasa pertama. Masa tu ramai pelajar akan berebut-rebut untuk membeli nombor pin. Macam kat matrikulasi Perak dulu, kat sana ada satu mesin ATM je. Jadi bayangkan lah bila semua orang nak beli nombor pin. Memang beratur panjanglah kan. Wuu. Kepada adik-adik matrikulasi, asasi dan STPM, bila awak memohon kemasukan ke DEGREE . Sila pilih betul betul ye. Maksudnya daripada pilihan yang pertama sampai la pilihan yang terakhir, pastikan PILIH  course yang anda minat. Dan sekiranya course yang awak minat tu , awak punya kelayakan tak lepas. JADI, sila pilih course ikut kelayakan masing-masing. Sekarang ni, Universiti Teknologi Malaysia telah menapis permohonan pelajar-pelajar yang telah memohon UTM sebagai universiti pili...

Tawaran kemasukan Degree. Alhamdulillah.

Image
Assalamualaikum wahai rakan rakan blogger ku! Rasanya dah berminggu-minggu ain tak update blog, disebabkan tiada masa dan line internet yang lembap macam siput. Kehkeh. Yaaa sepanjang berminggu-minggu ain tak update ni, macam-macam perkara berlaku. Sekarang ni ain dah kerja ! Tapi part-time jela, sementara menunggu keputusan degree keluar. Penat gila okay. Balik pun malam T.T Masa puasa ni lagi la penat, rasa macam nak tidur je kat kedai tu. Haha. Okay, balik kat topik kita. Alhamdulillah, ain telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree. Dengan pointer yang tak berapa nak hebat, akhirnya dapat jugak masuk ke universiti yang ain idam-idamkan selama ini. Yahoooo! Lepas ni ain agak jauh lah daripada keluarga. Nak balik rumah pun jarang rasanya. Hmmm, harap ain tak homesick lah. Masa kat matrik dulu, alhamdulillah lah tak homesick sangat. Haaa tadaaa! Tu lah course yang ain dapat. Pilihan pertama hehe. Bakal jadi orang johor lepas ni, dan dapatlah ain berj...

Selamat tinggal Kolej Matrikulasi Perak

Image
Assalamualaikum. Hihi, lamaaa dah tak update. Almaklumlah busy dengan final exam. Tapi sekarang dah HABIS !!! hihi, kemain seronoknya. Memang seronok. TaPi di sebalik keseronokan tu ada juga rasa sedih. Sedih meninggalkan rakan seperjuangan di matrik :( Walaupun kenal 10 bulan je, tapi terasa rapat sangat. Terutama sekali roomate lah sebab dorang kawan pertama kat matrik ni. I will miss them so much. Tiada lagi aksi gila-gila bersama mereka. Dan kepada classmate, tiada lagi waktu untuk kita bersama-sama belajar di bilik tutoran, di kuliah, di makmal dan di mana-mana sahaja. Dan juga kepada para pensyarah yang sentiasa membantu ain dan rakan-rakan. Nama-nama pensyarah ini pernah mengajar ain daripada semester 1 hingga 2. Miss Yvonne, Madam Aishah, Madam Fariza, Miss Maizurah, Madam Faezah, Madam Fadilah, Madam Faridah, Madam Fadzilah, Sir Rashid, Sir Saiful, Sir Azmir, Sir Shahar, Madam Noorlizawati, Madam Hidayani, Madam Azilawaty, Madam Aminah, Madam Julia, Sir Sathia, Ustaz A...

Nak course apa untuk UPU?

Image
Assalamualaikum. Wuhuu, hi hi semua. Selamat petang. Haaa budak budak sekolah mesti seronok kan, esok dah start cuti sampai la ahad minggu depan. Hihi, okay sekarang ni ain dah pening tak tahu nak ambil apa untuk degree nanti. Adudu, ain nak ambil bidang sains sebab ain rasa dah jatuh hati dengan sains. Padahal dulu mati mati benci sains. Huu, sekarang dah masuk matrik baru terasa yang sains itu indah *haha Okay sampai lepas page ni je ain dah tersangkut. haha, nak kena  isi cepat ni. Selasa nak balik matrik dah. Mak abah tolong kakak :(

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (2)

Image
Assalamualaikum. Hi readers. Kita sambung lagi cerita ni okay. Hehe. Banyak sangat cerita nak bagi tahu dekat korang ni. Wee~ Lepas seminggu melalui hari orientasi yang memenatkan. Kami semua mula merindui abang dan kakak ajko. K sumpah rindu, sebab masa tu banyak bergelak ketawa dan minggu kedua dah star masuk kelas T.T Tapi ! Minggu kedua ni mana ada belajar. Haha. Minggu ni adalah minggu perkenalan dengan pensyarah dan rakan tutorial yang baru. Alhamdulillah, kawan tutorial ain okay dan boleh ngam. Dan ain paling "ngam" dengan asyikin. Hehe. Nasib baik satu blok dengan ain. Ada juga la kawan nak pergi kelas. Satu kelas tutorial 15 orang sahaja. Sikit kan? Kalau satu bilik tutorial tu ada 30 orang. Contohnya , ain punya kuliah kat B1 dan kelas tutorial T6 tapi T6 tu dibahagikan kepada dua. T6A dan T6B. Sebab tu la group ain ni ialah B1T6 . Haaa. Nanti korang dah masuk kat sini korang fahamlah. Hehe. Jangan risau ramai yang akan tersesat kelas pada minggu kedua ni. Ter...

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (1)

Image
Assalamualaikum. Hi semua. Sihat? Tinggal lagi beberapa hari je nak raya kan? Ain pun tak sabar, tapi kalau boleh ain nak je masa ni berlalu dengan lambat. Kenapa? Sebab ain nak duduk rumah lama-lama. Hehe. 26 haribulan nak balik ke matrik dah. Uuu. Im happy but at the same time I feel so sad sebab akan tinggalkan rumah kesayangan ain ni. Tapi kat matrik, life kat sana dah best. Seronok sangat. Ramai kawan-kawan yang satu kepala, roomate pun kepala gila-gila, sporting dan baik. Hehe. Mereka la yang akan buat kita terhibur kat sini. Bukan lama pun kat matrik ni. 10 bulan je :( Masa minggu orientasi, terlalu penat oh. Nak mandi pun sampai tak sempat. Dan kalau nak mandi pagi, kiteorang sanggup la bangun pukul 4pagi sebab tak mahu berebut bilik air. SEMANGAT kan? Kalau tak bangun awal memang tak sempat nak mandilah ceritanyaaa. Baju pun basah lencun sepanjang minggu orientasi sebab Dewan Sri Kinta tu terlalu besar, dan aircondnya tersangatlah sikit. Bayangkan lah untuk batch kam...

RESULT UPU !!!!!!

Image
Assalamualaikum. Haaa result UPU dah keluar. Ain bukak komputer pukul 11.40, then bila dah pukul 12 cepat-cepat g link tu. Ain pergi link kat UPU tu, tapi lembap gilaa. Nasib baik ada kawan facebook ni bagi link lagi satu. Alhamdulillah, ain dapat diploma...............kat.............Haa tengok bawah ! So ni yang ain dapat : D Ada tak yang dapat course sama. Tapi sekarang ni nak tahu tempat je, and tadi ain dah buat research. Kemungkinan ain dapat kat Shah Alam/ Pulau Pinang . Tapi yang lain tak cek lagi sebab line lembap. Yang dah reject Uitm Melaka dan Johor, kat sana memang tak ada course ni. Before ain apply, ain dah buat kajian dah pasal bidang ni. Pekerjaan lebih kepada kerajaan tapi swasta pun boleh masuk jugak. Hehe, gaji pun boleh tahan :D Walaupun jadi pegawai. Hahaa Inshaallah ada rezeki boleh naik pangkat sampai jadi managerrr T.T Tapi yang peliknya ramai tak dapat U tahun ni, asal eh? Hm hm pada yang dapat tawaran universiti tu tahniah la okay :) Pada yang...

TAWARAN MATRIKULASI

Image
Assalamualaikum. Hi semua. Maaf sebab lama tak update blog dan juga blogwalking ke blog-blog anda. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Haa, sibuk buat apa? Eeee adalah. Sibuk je kan :p Jengjengjeng.... Nampak tak gambar kat atas tu? Haaa, ain dapat tawaran pergi matrikulasi Perak . Ada yang dapat sama tempat dengan ain tak? Hmm. Mungkin ain tak pergi sebab..... K ni ayah tak berapa nak bagi pergi sana. Ada sebabnya. Dan sama dengan kawan ain, dia pun cakap sebab yang sama. Jadi, matrikulasi.... Mungkin ain terpaksa tolak, dan tunggu diploma/Mara. Takpelah, rezeki ada kat mana-mana :') Janji sambung belajar. Inshaallah boleh berjaya kan. Kalau ain dapat Mara, ain takkan lepaskan peluang tu. Tapi peluang sangat tipis sebab ramai yang apply kan. Hm hm. Dan seterusnya pada hari yang sama, ain ambil Ujian JPJ !  Okay, memang masa tu happy sebab dapat tawaran matrik, tapi bila dah pergi sri muda. Aiseyy, cuak k cuak T.T Tapi nasib baik ada kawan. Eheh, tapi tak boleh bagitahu na...

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Image
Assalamualaikum ! Ehem-ehem. Sihat tak? Dah makan? Dah mandi? K dah berapa banyak ain nak tanya ni. Bukan ada orang nak jawab pun kan? HAHA. Oh okay, kali ni ain nak cerita sikit pasal Kolej Swasta. Hm kalau lepasan SPM je mesti dapat tawaran daripada kolej swasta kan? Tak kisahlah result korang berapa, tapi kolej swasta ni main bantai hantar surat / telefon siapa-siapa yang dia nak. Grrr, surat takpe lagi.. Boleh buat kitar semula . HAHAHAHA *gelak jahat* Tapi kalau telefon ? Prrrrrr, rasa macam nak baling handphone masuk longkang. Banyak sangat num tak kenal masuk and kebanyakannya 016 . K banyak call yang ain tak jawab, ahh lantaklah kan. Mengacau orang je =.= Puipuiiii. K ain ada dapat 16 surat daripada kolej swasta. Dan ain hanya berminat dengan Kolej under TM :) Tapi sebelum tu ain nak tunggu keputusan IPTA/MARA/UNIKL/MATRIK . Tak kisah dapat mana-mana asalkan belajar. Wuu, itu yang penting ! Oh okay surat pertama sekali yang ain dapat daripada MSU . Sebab sekolah kito...