KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Assalamualaikum ! Ehem-ehem.
Sihat tak? Dah makan? Dah mandi? K dah berapa banyak ain nak tanya ni. Bukan ada orang nak jawab pun kan? HAHA.
Oh okay, kali ni ain nak cerita sikit pasal Kolej Swasta. Hm kalau lepasan SPM je mesti dapat tawaran daripada kolej swasta kan? Tak kisahlah result korang berapa, tapi kolej swasta ni main bantai hantar surat / telefon siapa-siapa yang dia nak. Grrr, surat takpe lagi.. Boleh buat kitar semula. HAHAHAHA *gelak jahat*
Tapi kalau telefon ? Prrrrrr, rasa macam nak baling handphone masuk longkang. Banyak sangat num tak kenal masuk and kebanyakannya 016. K banyak call yang ain tak jawab, ahh lantaklah kan. Mengacau orang je =.= Puipuiiii.
K ain ada dapat 16 surat daripada kolej swasta. Dan ain hanya berminat dengan Kolej under TM :)
Tapi sebelum tu ain nak tunggu keputusan IPTA/MARA/UNIKL/MATRIK. Tak kisah dapat mana-mana asalkan belajar. Wuu, itu yang penting !

Oh okay surat pertama sekali yang ain dapat daripada MSU. Sebab sekolah kitorang ni macam rapatlah jugak dengan MSU. Mereka banyak taja sekolah kami dalam seminar-seminar. Dan senior kiteorang ni banyak belajar kat sini. Tapi yuran dia agaklah mahal walaupun tempat dia agak best dan tidak jauh dari Puchong. Hah tengok bawah tu ? Banyak nak kena bayar kan T.T




 K surat kedua ni ain tahu ramai yang dapat kan? Yang kena datang temuduga and bla bla bla.
Dengar cerita ada yang rasa macam kena tipu. Tak tahulah. Tapi ain tak minat.




Surat ketiga pulak daripada Imperia Acedemy Of Tourism. Ain rasa dia hantar surat tawaran sebab ain ada isi borang kot masa Karnival Masuk U tahun lepas. Aihhh. Masa tu tengah excited sangat nak amik bidang tourism ni.




Surat keempat daripada KTAC. Err tak pernah dengar sangat sebenarnya =.= And dia kata program dia atas kerjasama dengan UPM.


Surat kelima pulak daripada Cybernatics International College. K yang ni lagilah ain tak pernah pernah dengar. So ain mula pelik sebab ain tak pernah isi borang untuk kolej ni. Ain syak dia mungkin dapat maklumat daripada satu tempat. Dan sama lah dengan kolej-kolej lain. Hurrr.


Surat keenam ! Haa yang ni memang ain jangka akan dapat sebab ain isi borang dia. Hahaha. Tapi ain taknak sebab dia tawarkan course dalam bidang Business. So, maaflah yea. Hewhew.



Surat ketujuh. Alahai, ni kolej lagilah MAHAL yuran dia T.T Pokai lah abah ain kalau ain masuk sini.
Tapi ni sebenarnya dia suruh datang Open Day je. Haha, tapi sekali dah pergi sana mesti kena pujuk rayu dengan orang sana. Huhuhuh



Surat yang ke-8 pulak daripada Kolej Unikop. Hah nampak tu kolej ni adalah program usahasama dengan UITM. Hmm tak best lee macamtu. Kita nak masuk U.



Surat yang ke-9. Jengjengjengg.... Hah ni pun sama ain tak pernah dengar. Astin college =.= Korang pernah dengar? Tak jugak kot.



Yang ke-10 pulak. K dah penat nak menaip. HAHAH. Yang ni pun sama je suruh g temuduga.



Yang ke sebelas ! Aihh lagi sikit je nak habis. Cepat-cepat *fheww*
Haa kolej ni tawarkan Diploma Farmasi. Wuii, kalau dekat UITM, ain tak lepas kot ! Sebab C satu subjek !



Yang ke duaaaaaa belasssss ! Haa yang ni mesti semua kenal kan? Dah banyak kali keluar kat iklan.
Tak jauh jugak, but still yuran mahal. Saya tak mahu PTPTN , kalau boleh :(


Yang ke tigabelas. Yang ni pun ain tak pernah dengar. =.=



Yang ke-14 pulak daripada... Hah tengok sebelum ni dia dah hantar dah surat kat ain. Ni kali kedua pulak. Dah cukuplahh, membazir kertas dan duit anda saja :)



Yang ke-15. Haaa yang ni ain agak suka sebab dia kolej under TM . Hihih. And course yang ada kat situ ada yang ain minat.


K yang last sekaliiiiiiii, daripada MIAT. Hmm ain rasa lelaki je sesuai masuk tempat ni.


Okay, ni tak termasuk call lagi. And ada orang yang tipu ain. Cakap dapat nombor dari ABAH ain. Tapi sebenarnya dari tempat lain. K jangan harap ain nak amik tahu pasal kolej M*** tu. Huh !
Dan ada juga yang duk puji-puji yang ain ni comel lah apelahh. Hello? Awak pernah nampak kita ke? Tak kan? Jadi jangan ingat ain akan termakan pujian awak tu ye banggg.
Dan ada juga yang paksa buat appointment disebabkan ain tak dapat datang open day kolej dorang. Ewww, kau paksa lagi aku tak mau. Tahulah dorang tengah cuba nak cari pelajar, tapi agak-agaklah.
Dan tahulah nak dapat KOMISEN yang banyak tapi gunalah cara yang elok. Jangan paksa orang.
Hmm, macam-macam lah dorang ni. K lah sampai sini je ain menaip. Penat dah ni. K Assalamualaikum :)

p/s : Maaf jika ada yang terasa atau terguris hati. Sekadar ingin berkongsi. Bukan nak cakap kolej swasta tak bagus. Bagus jugak cuma ada jugak keburukannya.

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

Matrikulasi? Susah atau senang?