BORANG UPU / POLI

Assalamualaikum kawan-kawan :)
Ya Allah, dah lama rupanya ain tak update cerita kat blog ni. Hm k rindu sangat.
Haritu agak sibuk dengan kerja, jadi online facebook dengan twitter pun kejap-kejap. Tak ada masa dah.
Lagipun ain dah bosan dengan semua tu. Online, like / retweet status orang. Then..... Offline.
Dah bosan main game lah. Apa lagi kan.
Anyway, cerita sebelum pasal result SPM dan ain sempat memaparkan nama-nama kawan sekolah ain.
Dan entri kali ni ain nak ucap tahniah dekat Tia sebab dapat 7A . Kau memang hebat wehh :)
Ambil 11 subjek, dapat 7A. Aku ni ambil 9 subjek je, tapi 4A je dapat. Aku ni banyak main ni : D
Dan juga pada kawan gila-gila ain, Paez dia dapat 1A. Okaylah tu, kau tak gagal kan :)
And my twin, Ainn . Dengaq crita hang dapat 6A. Betul? Heheh.
Hm hm yang lain ain tak tahu sangat. Tapi semua nampak gembira dengan keputusan masing-masing.

Kalau gagal sekarang tak bermakna selama-lamanya kita gagal kan?

Jadi kalau dah tahu mana silap kita masa tahun lepas, cubalah perbaiki kesilapan kita tu. Sekarang ni, yang penting masa depan kita. Masa SPM dah main-main , takkan bila dah sambung belajar nak main-main jugak kan? haa fikir-fikirkanlah. Apa yang penting korang kena ada sijil / diploma / degree.
Takkan korang nak ada kelulusan SPM je kan? kerja memang banyak nak lulusan SPM tapi gaji tak banyak lah. Sekarang kos sara hidup dekat bandar dah meningkat. Dan lagi satu kalau korang kerja sekarang, korang pun mana ada tanggungan lagi. Tak ada bini dengan anak lagi. Jadi setakat gaji RM800-RM1200 bolehlah untuk kos sara hidup seorang. Dah ada bini dengan anak nanti, RM1200 pun tak cukup okay. Apetah lagi RM2000 pun tak cukup dah sekarang.
Eh kejap-kejap ?! Apesal tiba-tiba ain cerita pasal kerja, gaji ni. HAHA. lol, keluar tajuk dah ni !

Okay kita sambung topik ye. K lepas je ain dapat result, ain tak tukar lagi course yang ain dah letak kat UPU. Ni masa mula-mula apply dan sampai la ambil result.


...................


Yang ni untuk Politeknik. Ni selepas result keluar ain tukar. Yang IPTA pun ain tukar. Tengok bawah.


Haa, tengok tu. Semua yang ain apply, semua UITM. UTM satu je tersesat kat atas. xD
Ain tak kisah mana-mana, tapi ain paling harap dapat Pilihan 1. Kalau tak pun pilihan ke 2. Amin.

Dan ain apply kolej poly-tech Mara dengan apetah lagi satu yg ada kaitan dengan MARA. yg UniKL tu ain tak apply lagi. Tapi ain akan apply Kolej Kuala Nerang tu. Kalau dapat alhamdullilah. Harap twin kita tu dapat lah aih. Ada kawan xD

Dan minta maaf ye kepada kolej swasta. Kita tak berminat lah nak masuk kolej swasta. Duit tak ada.
And ain kalau boleh taknak ambil PTPTN. Rasanya sampai mati pun tak dapat habis bayar. Ain cuba cari pilihan lain. Kalau tak dapat pinjaman / biasiswa. Ain terpaksa ambil PTPTN T.T
Okaylah, ain nak main game. Lalala, bosan ohh. Okay, takecare ye semua. Xoxo. 

Comments

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

Matrikulasi? Susah atau senang?

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN