Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum, memandangkan raya pun nak dekat. Jadi ain nak buat ucapan raya. Heh. Ain nak minta maaf dari hujung tudung sampai laa hujung tapak kasut kepada semua rakan-rakan yang mengenali ain. Maaf kalau ada terkasar bahasa dan tercakap ayat yang menyakitkan hati anda. Hee, mana la tahu kalau ada yang terasa. Maaf zahir dan batin. Maaf juga kerana lama tak berborak dengan anda terutama rakan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Maaf, ain sibuk sangat harituu, dah sambung belajar tiada masa untuk membuka laman-laman itu :) Nak kata ain sobong ,silakan. Awak tak tahu tentang saya, jadi jangan nak judge orang sesuka hati okay. Kepada bloggers semua, semoga raya ni memberi seribu satu rahmat kepada anda dan ahli keluarga anda. Jangan lupa bermaaf-maafan di pagi raya dan sembahyang raya. :) Bawa kereta dengan berhati-berhati. Ingatlah orang yang tersayang ! kalau ayah anda bawa kereta dengan kelajuan tahap maksimum, tegurlah okay? kampung tu tak lari pun, jadi jang...