Berjalan-jalan di Mid Valley.
Assalamualaikum, selamat petang semua ! Ni nak cerita, hari Isnin yang lepas. Ain keluar berjalan-jalan ke Mid Valley . Dengan siapa? Dengan rakan-rakan sekolah dahulu, Syazwin dan Atiqah. Seronok sangat dapat jumpa mereka. Dah lama tak jumpa dengan mereka :* Dekat Mid Valley tu kami pergi tengok wayang dengan makan-makan sahaja. Oh yaaa, kebanyakan kedai di sana tengah buat sale. Salah satu kedai yang kami pergi ialah Vincci . Mereka tengah buat sale , di mana beli 2 barang ke atas dapat diskaun 20% kecuali shawl dan barang apetah. Lupa sudah. Kasut kat store Vincci Mid Valley lawa-lawa berbanding store IOI Mall. Jadi mana yang rancang nak pergi Mid Valley minggu ni, jangan lupa ke Vincci store ya? Perkara pertama kami buat adalah menonton wayang. Tak tahu sebenarnya nak tengok cerita apa. Jadi kami tengok cerita JACK RYAN : SHADOW RECRUIT. Filem ini untuk orang yang berumur 13 tahun ke atas, dan lebih kepada aksi. Boleh tahanlah cerita ni. Tapi masa awal cerita, ain