Review novel : Tariq bin Ziyad !
Ulasan daripada buku "Tariq Bin Ziyad : Menang atau Syahid" karya Abdul Latip Talib. Harga : RM15.00 Ulasan : Buku ini sangat menarik. Jalan cerita yang sangat menarik dan mendalam. Dan banyak ibrah yang ain dapat daripada novel ini ! Tariq bin Ziyad seorang pemuda yang sangat bagus ! Tariq bin Ziyad( TBZ ) adalah seorang hamba daripada keturunan Barbar. Pada mulanya TBZ ini adalah seorang hamba tetapi setelah dibebaskan beliau diberi peluang oleh Musa bin Nusair , wakil khalifah di mana TBZ menjadi ketua tentera angkatan perang untuk berperang dengan tentera daripada Kota Andalusia. Beliau telah memimpin seramai 12,000 tentera untuk ke medan perang. Perkara ini terjadi apabila Panglima Julian, seorang tentera daripada kota Andalusia meminta pertolongan daripada orang Islam untuk menakluk kota yang dia duduki. Ini kerana pemerintah kota itu, Raja Roderiga terlalu kejam terhadap rakyatnya dan pemerintah tersebut telah memperkosa anaknya, Florida. Florida menggan...