Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru (Part 2)

Assalamualaikum. Okay ini sambungan daripada Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru Part 1.

Selamat membeli-belah semua...

4) Aeon Tebrau.



Kawan ain kata Aeon Tebrau ni merupakan antara Aeon terbesar di negeri Johor. Ya memang sangat besar dan tempat parking kereta sangat luas.

Aeon Tebrau ni boleh dikatakan lebih kurang macam KLCC. Kebanyakan barang-barang di sana adalah daripada kedai yang berjenama. Misalnya, Vincci, Padini, Bossini dan sebagainya.

Ain pergi sana hanya untuk melihat macam mana Aeon Tebrau ni. Hmmm, dan bagi Ain Aeon Tebrau ni biasa je. Lebih kurang macam dekat Kuala Lumpur. Kuikui.

Perjalanan daripada UTM Skudai nak ke Aeon Tebrau mengambil masa lebih kurang satu jam. Jauh juga dan Ain dah lupa jalan. Haha.

5) Plaza Angsana



Plaza Angsana ni ala-ala macam Plaza Alam Sentral, Shah Alam atau Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Banyak kedai, dan barang-barang pun boleh tahan juga harganya.

Besar juga angsana ni. Dan kat sini ada tempat makan ( food court ) di bahagian luar. Cuma ain rasa kat sini parking macam susah sikit nak cari.

Dekat sini tak ada panggung wayang, yang ada cuma tempat main bowling. Tapi kurang best sebab link tak banyak.

Yang paling menarik ialah SURAU PLAZA ANGSANA. Sangat SELESA !!!

6) Aeon Bukit Indah





Bagi ain, ni Aeon paling awesome berbanding Aeon Taman U dan Aeon Tebrau.
Sebab kat sini dekorasi dalaman pusat membeli-belah sangat menakjubkan. Memang ternganga mulut ain bila masuk ke dalam bangunan ini.

Dan yang bagusnya jarak daripada lantai ke siling (kot) agak luas ! Tak seperti Mid Valley yang sangat kecil dan terasa sesak bila ramai orang.

Dan kedai-kedai dalam tu sama seperti Aeon Tebrau. Macam biasa ain datang sini cuma nak pergi makan je. Nak membeli-belah memang tak mampu. Selalu pergi Popular atau Daiso je, Haha.





Okay, nanti kita sambung lagi......

Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

Matrikulasi? Susah atau senang?

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN