Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru (Part 1)
Assalamualaikum !
Mesti ada dah yang tidur ni kan? Hehe.
Okay, malam ni nak share sikit tentang pusat membeli-belah yang ada kat Johor Bahru ni.
Mana lah tau kan kalau ada sesiapa nak ke Johor Bahru, tapi tak tahu nak shopping kat mana bolehlah shopping ke tempat yang ain akan beritahu ini.
1) Skudai Parade
Okay, untuk pelajar UTM ni adalah pusat membeli-belah yang dekat. Kawan Ain kata Skudai Parade ni tak best sangat.
Dia kata tak ramai orang yang membeli-belah dekat sini. Dan barang kurang menarik. Ain tak pernah pergi lagi Skudai Parade. Nanti nak cuba pergi dan nak tahu apa yang ada kat sana.
2) Aeon Taman U
Aeon Taman Universiti ni tersangatlah dekat dengan UTM. Haha, kalau rasa malas pergi jauh-jauh. Sini jelah tempat lepak. Bagi orang luar yang menginap di Scholar's Inn Skudai, Aeon Taman U paling dekat dengan anda.
Kat sini ada MPH BOOKS, GIORDANO, MCDONALD, WATSONS, AEON, dan banyak kedai lagi. Cuma Aeon ni tak la besar sangat, dua tingkat je. Bolehlah untuk shopping barang sikit-sikit dan untuk lepak sekejap.
3) U-Mall
Ain pun terkejut sebab ada pusat membeli belah selain Aeon Taman U. Ingatkan dah tak ada dah.
Shopping mall ni ke dalam sikit, dan ain rasa orang yang tahu mungkin orang yang dah lama duduk situ.
Hehe, ain tahu pasal U-mall ni pun sebab kawan yang beritahu.
Kat sini ada banyak jual baju, memang lawa. Harga murah jugak lah. Dan kat sini ada jugak GIANT. Jadi sekiranya kalau awak tak nak pergi Aeon bolehlah pergi ke U-Mall ni. Dijamin murah !!
Kat sini juga ada panggung wayang. Tapi tak besar dan tak banyak pilihan cerita.
Okay. Itu baru part 1 ye. Hehe.
Nanti ain sambung lagi !!!!
menarik juga...dah klik $$$
ReplyDeleteBgussss !!
ReplyDelete