Posts

Showing posts from 2014

Tahniah untuk keputusan UPU 2014!

Assalamualaikum. Maaf, ain jarang dah update blog disebabkan kekangan MASA. Dan ain tak tahu nak update apa? Huhu. Sejak dengar kata murobbi ni, nak update benda yang rasa macam tak berfaedah pun fikir banyak kali. Bukan apa, setiap apa yang kita tulis di blog, walaupun mungkin tak ramai orang baca tapi... Allah tahu, malaikat kanan kiri kita tahu T.T Takpe, jangan risau. Ain akan cuba cari cerita berfaedah untuk dikongsi bersama. Moga boleh mendapat "saham" dan boleh dibawa ke akhirat sana. Untuk pelajar UTM Skudai, nanti akak akan update cerita-cerita menarik di sini. Dan juga untuk bakal mahasiswa/i UTM Skudai yang dapat tawaran dalam Ijazah Sarjana Muda Biologi Industri, akan akak cerita dalam ni course awak macam mana okay? Selamat malam. Nanti ada masa ain akan blogwalking ke sana ke mari ! kehkeh

Berhati-hati di luar rumah !

Image
Assalamualaikum! Lama tak update blog ni, alhamdulillah akhirnya saya sudah habis tahun 1 di UTM Skudai ! Yeyy yeeyy, cuti untuk 2 bulan. Tanam anggur di rumah sajalah ! Okay kat sini sebenarnya ain nak nasihat sikit kepada awak di luar sana.   HATI-HATI BILA KELUAR RUMAH ! Lagi-lagi yang ada anak kecil. Tolong jaga anak awak baik-baik. Sekarang banyak kes budak kecil kena culik. Minta dijauhkan daripada kita semua. Kalau boleh jangan dibiarkan anak tu keseorangan..bawa saja dia ke mana-mana walaupun leceh sekali pun. Tapi tu kan anak kita? Kenapa nak mengeluh kan? Teringat kata mak, mak tak pernah tinggalkan kami keseorangan atau suruh orang jaga. Bagi mak, biarlah mak yang jaga anak-anak dia. Tak mahu susahkan orang.. Hah sebab tu la kami susah nak berenggang dengan mak! huhu. Kalau abah dengan mak pergi kedai runcit pun kami akan ikut, sebab dah biasa ! Oh ya, tak lupa juga ! Kepada anak-anak remaja terutama yang perempuan pun kena hati-hati juga ! Banyak kes jenay

GIVEAWAY SAJE-SAJE

Image
HADIAH : MENARIK !!! TEKAN SINI UNTUK LIHAT.. TEKAN BANNER DI ATAS UNTUK JOIN ! NAMA : NURAIN ALAMAT : NO 4 , JALAN ANGGERIK 2, TAMAN PUCHONG PERDANA, 47100, PUCHONG, SELANGOR. NO TEL : 0173861035

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

Image
As-Salam [Siala nak join sila tekan banner di atas] Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Nasibah Khushairy ,  Kasih Lestari Abadi ,  Nor Farihan Ayob ,  Nannie Isa , dan yangbaik .

Pertanyaan tentang matrikulasi?

Assalamualaikum. Maaf pada adik-adik yang mana tanya kat akak kat facebook tentang matrikulasi tapi akak tak sempat nak balas...akak sangat sibuk sekarang, bila ada masa akak akan balas. Dan pertanyaan adik-adik tu akak sedaya upaya akan jawab. Biasalah akak dulu pun macam itu juga. Dan akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang mana dapat masuk ke matrikulasi. Diharap awak dapat buat pilihan yang betul sekiranya awak menerima keputusan UPU juga. Tidak kisah awak belajar kat mana-mana, janji awak belajar. Dan yang paling penting.. .NIAT ! Niat kerana Allah. Sebab bila mana kita belajar niat kerana Allah, inshaALLAH awak akan dapat keputusan yang bagus, dan jangan dilupakan USAHA ! Allah itu akan melihat usaha awak, bukan pointer awak ye? Kita semua nak kan kejayaan tu, tapi haruslah diriingi dengan cara yang betul. Akak cuma nak pesan, belajar memang penting, tapi jangan dilupakan pembelajaran ilmu agama! Sebab bagi akak, ilmu agama tu lebih penting daripada apa yang

Pengalaman : Minat boleh berubah

Assalamualaikum. Ya sejak beberapa hari ini, ramai adik-adik yang berkunjung ke blog Ain. Nak tahu tentang matrikulasi la tu :P Sama jelah macam akak dulu, memang blog-blog menjadi tumpuan akak sebelum masuk ke matrikulasi, sampaikan hari sebelum nak pergi sana pun masih mencari maklumat tentang matrikulasi ni. Haha. Okay, akak nak cerita pengalaman akak lah kan sepanjang bergelar pelajar sekolah sehingga lah sekarang mahasiswi di UTM. Hah, dulu akak sebenarnya minat lain, tapi sekarang ambil bidang lain T.T Masa akak kat sekolah dulu kan, akak sebenarnya tak ada lah suka sangat aliran sains. Akak lebih kepada bidang multimedia sebab akak minat mengedit gambar, main coding kat blog dan sebagainya. Tapi disebabkan masa PMR ,akak dapat result terbaik. Nak taknak kena juga ambil kelas sains. Sains tulen ! Ayooo masa exam bulanan, akak gagal matematik tambahan. Start daripada situ, sampai ke tingkatan 5, akak gagal je, tak pernah lulus !!! Tapi alhamdulillah, masa SPM akak

Couple Islamik ? Ada ke?

Assalamualaikum.. Selamat tengah malam semua. Maaf kerana ain hanya akan update blog ni tengah malam je kot. Hehe. Sibuk dengan assignment, presentation dan sebagainya.... Okay berbalik pada tajuk di atas. COUPLE! Hah siapa tak pernah dengar perkataan ini. Budak kecil pun tahu kan? COUPLE bermaksud berdua. Yang boleh kita kelaskan sebagai pasangan. Dalam ISLAM, sebenarnya tiada pun istilah COUPLE ISLAMIK. Faham? Mereka yang kurang memahami hukum hakam agama sengaja menambahkan perkataan ISLAMIK tersebut supaya nampak macam perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan itu kelihatan BAIK dan BAGUS di pandangan orang ramai. Padahal COUPLE ISLAMIK yang dihebohkan oleh remaja zaman kini sebenarnya membuatkan kita lalai ! Lalai dengan agama kita sendiri. Dan ini boleh menjerumus kepada zina. Mungkin bukan zina secara fizikal. Tetapi seperti zina hati, zina mata dan sebagainya. Contoh seperti zina hati. Mungkin, mungkin kita tak berpegangan tangan atau ber

Libresse menambahkan keyakinan anda !

Assalamualaikum. Eh banyak pulak budak ni update entry tengah malam ni. Haha. Ini je lah masa yang ada....Dengan line YES 4G yang lajuuuuuu sangat ni. Lagi la nak update macam-macam! Hah, kali ni nak cerita pasal Libresse ! Siapa tak kenal kan jenama tuala wanita yang terkenal di Malaysia ni?Kalau ada wanita yang tak pernah dengar tentang Libresse taktau nak kata apa...Uhuk ! Okay, untuk pengetahuan semua... Libresse sedang mengadakan pertandingan ! Pertandingan di mana kita boleh menambahkan keyakinan semasa hendak ditemuduga. Kot? Apa-apapun hadiahnya sangat la menarik..Semua gadget mahal-mahal uollls. Tak mampu I nak beli. Hanya mampu berangan dalam mimpi. Haha. Siapa yang rasa berani dan yakin untuk masuk pertandingan ini, sangat lah ain galakkan ! Kita wanita nampak lemah, tapi sebenarnya power kot ! Tunjukkan ke'power'an anda dalam pertandingan ini ! Untuk maklumat lanjut sila ke  http://www.livelibresse.com.my/shineon/welcome.php#zoom

Pemeriksaan Gigi Percuma bersama Colgate!!!

Assalamualaikum. Selamat tengah malam semua ! Kuikui. Sambil membuat assignment sambil tu kita buka blog sebentar. Kebetulan, nampak kat blog kita bahagian tepi ni Nuffnang ada letakkan iklan colgate. Siapa tak kenal jenama ubat gigi terkemuka di Malaysia ni kan? Ain pun pengguna setia colgate! Daripada kecil sampai la ke besar ni. Haaaa sempena bulan April ini, Colgate telah menawarkan kepada semua masyarakat Malaysia untuk memberikan pemeriksaan gigi secara percuma ! PERCUMA ! PERCUMA !!!! tetapi hanya di klinik yang terpilih je lah ye. Hehe. Bila kali terakhir anda buat pemeriksaan gigi? Hm lama dah ain tak pergi periksa gigi ni. Wakaka. Malaysian.....memang paling malas nak pergi periksa gigi. Kan? Untuk maklumat lanjut sila ke  https://apps.facebook.com/colgate-ohm-my/ Gigi sihat, gigi kuat bersama colgate !! :P

Dakwah zaman moden !

Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu. Zaman kini, zaman moden ni...Terdapat ramai pendakwah / dai'e muda. Ya...tapi kena hati-hati...Tak semua yang betul, dan tak semua yang salah. Sebelum ingin memasuki group usrah sila selidik dulu yaa ! Tanya pada rakan-rakan, tanya pendapat mereka. Kali ini, ain nak promote (tak la promote sangat, nak share je kot. hehe) antara orang-orang / organisasi yang menyebarkan dakwah secara moden ! Secara moden tu camane ye? Ok. Zaman sekarang kan teknologi dah maju, terlebih maju dah rasanya. Kuikui. Dengan iphone, androoooid, dan macam-macam lagi. Tak lupa juga software yang hebat hebat gituu. Okay kebanyakan daripada mereka ini, menggunakan video sebagai cara mereka menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Siapa mereka ni? Jom kita usha. 1) MRALLTHESHARED - Mereka ini adalah vlogger. -Video mereka sangat ohsem ! -Dalam group mereka ini, ada beberapa orang dan salah seorang daripada mereka adalah pelajar UTM. woot woot. -Sila la

Review novel : Tariq bin Ziyad !

Ulasan daripada buku "Tariq Bin Ziyad : Menang atau Syahid" karya Abdul Latip Talib.  Harga : RM15.00 Ulasan : Buku ini sangat menarik. Jalan cerita yang sangat menarik dan mendalam. Dan banyak ibrah yang ain dapat daripada novel ini ! Tariq bin Ziyad seorang pemuda yang sangat bagus !  Tariq bin Ziyad( TBZ ) adalah seorang hamba daripada keturunan Barbar. Pada mulanya TBZ ini adalah seorang hamba tetapi setelah dibebaskan beliau diberi peluang oleh Musa bin Nusair , wakil khalifah di mana TBZ menjadi ketua tentera angkatan perang untuk berperang dengan tentera daripada Kota Andalusia. Beliau telah memimpin seramai 12,000 tentera untuk ke medan perang. Perkara ini terjadi apabila Panglima Julian, seorang tentera daripada kota Andalusia meminta pertolongan daripada orang Islam untuk menakluk kota yang dia duduki. Ini kerana pemerintah kota itu, Raja Roderiga  terlalu kejam terhadap rakyatnya dan pemerintah tersebut telah memperkosa anaknya, Florida. Florida menggantung

Terima kasih !

Assalamualaikum. Pertama sekali Ain nak ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger Yumida. Ain telah menang dalam segmen beramah mesra. Heh ! Hadiah Jam telah pun selamat sampai ke tangan saya. So.. apa lagi. Followlah blog  http://umikasum.blogspot.com/ Blog dia sangat simple dan sentiasa ada ENTRI terbaru. tak macam blog kita ni. uhuk. Okay daa.

Remaja dan hiburan masa kini.

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Haihh ain masih tidak lagi mempunyai masa untuk mengupdate blog. Sangat sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab di universiti. Penat bila jadi mahasiswa ni. Tapi masa ini lah nak kaut pengalaman-pengalaman yang ada ni. Alhamdulillah. Lagi beberapa hari nak cuti mid sem! Yeyyy. Tak sabar nak balik rumah. Rindu mak abah. Okay.... Tajuk kat atas tu, ain rasa ramai kot boleh agak apa ain nak sampaikan. Well, semenjak dua menjak ni kan...Banyak perkara yang berlaku di Malaysia. Kehilangan MH370, kemarau, catuan air dan macam-macam lagi. Inilah ujian daripada Allah untuk umatnya yang  berada di Malaysia. Haa baru kemarau sikit dah mengeluh, kalau Allah bagi kemarau berpanjangan? Allah. Ain pun tak tahan dengan kemarau yang beberapa hari ni. Kalau berpanjangan tak tahu lah jadi apa. Tapi ! Ada lagi cerita gempak kat Malaysia ni. Iaitu kes beberapa remaja mati kerana overdose dadah di Festival Future Music 2013 yang berlangsung di Bukit

Kelebihan diri sendiri? Simpan atau gunakan?

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Maaf lama tak update blog. InshaAllah lepas ni akan terus update blog dengan cerita-cerita terhangat meletup lagi gempak. Kehkeh. Okay, berbalik semula pada tajuk di atas.. Masing-masing ada kelebihan tersendiri kan? Setiap hamba Allah ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan tu kalau kita gunakan ke jalan yang benar, inshaAllah kita antara orang yang bersyukur dengan nikmat-Nya. Tapi ? Cuba kalau kita tak guna kelebihan tu? Simpan dan terperap je dalam diri? Apa guna Allah bagi kelebihan kat awak kalau macam tu? Sedangkan hamba Allah yang lain meminta-minta dan merayu-rayu berdoa kepada Allah supaya mereka dapat kelebihan macam awak tu. Awak yang soleh dan solehah. InshaAllah. Sedar lah bahawa kelebihan yang awak ada tu adalah satu pinjaman daripada Allah. Bila-bila masa Allah akan tarik balik kalau dia nak. Jadi bersyukurlah ! Dan bagi kekurangan kita..Kita ni hamba Allah. Tak sempurna... Setiap kekurangan kita sebenarnya ada ke

Selamat datang Semester 2

Image
Assalamualaikum rakan-rakan. Maaf ain nak ucapkan pada rakan-rakan blogger yang datang melawat blog ain sama ada daripada segmen atau giveaway yang ain turut serta. Ain tak dapat nak blogwalking dalam masa beberapa hari ini disebabkan oleh kekangan masa. Minggu pertama semester 2 ini agak sibuk. Sebab projek bagi kelab yang ain sertai sudah pun bermula. Dengan aktiviti lain lagi seperti usrah, bisnes dan sebagainya.  Alahai, ain kena pandai susun waktu lah nampaknya. Sebab masa terlalu padat dengan aktiviti-aktiviti universiti. Semester 2 bermula dengan agak baik di mana banyak kelas tiada atau dibatalkan. Al maklumlah minggu pertama lah katakan? Hehe. Sangat seronok.  Tapi....semester 2 ini kena berjuang lebih ! Sebab?  Semester 1 punya pointer agak tidak memuaskan.  Hm, gara-gara satu subjek dpt C+, maka pointer pun menurun secara mendadak ! Takpelah, bukan rezeki kami nak dapat keputusan terbaik. Lagipun kami dah berusaha. Dan kami tawakal serta

Big Giveaway By Iman Zakaria & Huda

Image
KLIK BANNER UNTUK JOIN !! Top Reffral ( Blog Iman) -Mermaid Skirt -Novel Pilihan  -Felt Craft Top Reffral (Blog Huda) -Mermaid Skirt -Ellips Hair Vitamin -Felt Craft Random.org Novel Pilihan x1 By Shad Novel x2 By Blog Saya Cik Ummi Barang Kraf x1 By Huda Handmade Bookmark x2 By Raihana Ramlan Bookmark x3 By Amirah Rushdan 5 Bookmark (Design Sendiri) x1 By Iman Zakaria 2 Bookmark & 2 Brooch x1 By Iola Voucher Diskaun RM5 x5 By Huda Rantai x1 By Iman Zakaria Mini Kad Kalender 2014 x5 By Ana Ahmad Tasbih Digital x4 By JOM Singgah Shoppe L.A Coffea x1 By Random Rainbow Box Aksesori x2 By Farahain EXO Palaroid  x5 By Lee Yana's Blog Shawl x1 By Cik Yatt Komik x1 By Aliffuddin Topup RM5 x1 By NN's World Topup RM5 x1 By ShahiRa Afizah Topup RM5 x2 By Nurul Shazwani Bookmark + Name Card Blogger x10 By Shida Radzuan HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!

FIRST GIVEAWAY by CHE DYLA

Image
KLIK BANNER UNTUK JOIN !! HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !! Tersenarai dalam BLOGLIST  Dylaa  dan  Syira Lokman  selama SETAHUN serta akan DIREVIEW dalam  Blog Iera Nad   BESERTA HADIAH TAJAAN berupa:   i ) Sepasang Dress + Topup RM 5 @ ii ) Sehelai T-shirt + Topup RM 5 @ iii ) Sehelai Pashima + Topup RM 5

Segmen Jom Beramah Mesra

Image
KLIK BANNER UNTUK JOIN Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah! HADIAH: Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Jam tangan 2x Dress Fridge magnet 2x Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger   Mselim ,   Tri Globe Dynasty ,  Bifa’s Vendor   &   Pena Bulu Ayam . TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

Bantuan 2 : Mari Menderma !!

Image
[MALAYSIA SYRIA SOCIETY] Malaysia Syria Society adalah organisasi gabungan antara Pelajar-Pelajar Malaysia dengan Aktivist Syria yang menjaga kebajikan dan mengadakan Program-Program untuk membantu Pelarian-Pelarian Syria di kawasan Irbid,Jordan. Kami bekerjasama dengan Maktab Syria Irbid yang mempunyai maklumat penting tentang ramai Pelarian Syria di Irbid seperti status kesihatan,tempat tingga l,bilangan ahli keluarga yang Syahid,pendapatan,sewa rumah,nombor telefon dan sebagainya. Mereka mempunyai Biodata lebih 440 anak-anak yatim Syria di kawasan ini,begitu juga dengan anak-anak yang bapa mereka sekarang ini di penjara di Syria kerana ditangkap tentera AlAssad. Mereka bertanggungjawab mengedarkan bantuan secara ADIL kepada Pelarian-Pelarian Syria di Irbid jika ada mana-mana pihak atau NGO yang ingin menghantar bantuan secara besar-besaran kepada Pelarian Syria di Irbid. Kerana maklumat-maklumat yang mereka miliki,mereka mampu untuk mengedarkan bantuan secara adil tanpa ragu-ragu

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Image
SILA KLIK BANNER DI ATAS !! Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :- 1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia 2) Buat Entry bertajuk  "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014" 3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry 4) Letak link sponsor dalam entry Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses Awanazstyle Muslimah Shop The Veil By Ruzaini Rozlan Scarf Sweethoney Naylisha Boutique Huda Collections Ecadwinkyasha  5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini  6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",) TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014 KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH  PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",) Semoga berjaya !! 

CIMB tidak berfungsi buat sementara waktu

Image
Jadi cepat-cepat keluarkan duit sebelum pukul 11.45 malam ni !!

Mini Giveaway By Ianfaizal.com

Image
Cepat join!!! Sampai pukul 9pm saja !

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN

Image
2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy , Zara Nurhaidah , Akma Khaieri , Emas Putih , Ieta Mad Sa'ad , Nur Shuhada Abdullah , Julia Jamaludin , Amirul Syahnaz dan Blog Eita . Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan . Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Giveaway Birthday Azhafizah

Image
Sila klik BANNER di atas untuk join ^^ Hadiah pun sangat menarik !! 

PTB : Rekabentuk pintu yang unik.

Image
Assalamualaikum. Kali ni ain akan tunjukkan reka bentuk pintu yang unik. Hmmm. Ada satu pintu yang ain suka. Hehe. Jom kita lihat.. 1) Ping ping door Siapa suka main ping-pong sila pakai pintu ini okay? 2) Curtain Door Bila kita buka pintu nanti dia akan jadi macam gambar kat atas tu.  3) Shattering door Macam HULK yang pecahkan pintu. Hehe ^^ 4) Hidden door Ni pintu yang ain suka !! ^^ 5) ETAF Automatic door Pintu ni akan terbuka mengikut saiz badan awak ^^ Rasa macam nak buat pintu tersembunyi tu. Macam menarik je tapi mahal lah. Huhu. Sumber :  http://www.oddee.com/item_97247.aspx

PTB : Rekabentuk sudu yang menarik dan unik.

Image
Assalamualaikum. Kali ni ain akan tunjukkan reka bentuk sudu yang pelik tapi menarik! Ada sudu yang pelik reka bentuknya tapi beri pelbagai fungsi kepada pengguna. Jadi jom terjah ! 1) Magic Spoon Tengok tu, siap ada penyangkut. Jadi sudu anda tak akan jatuh ke dalam cawan ! Hehe 2) Cookies Spoon Delight Sudu ini disalut dengan biskut. Awak boleh lah makan nanti lepas dah kacau air. 3) Clever Spoon Sudu ni sangat bijak -.- 4) Forest Spoon Ni comel. Budak-budak mesti suka. 5) Chopoon or Spooncho? Dua fungsi untuk satu sudu !  Sudu-sudu ni agak unik. Ain suka sudu yang bentuk forest tu. Sebab comel ! Hehe. Sumber :  http://www.designswan.com/archives/15-cool-and-innovative-spoons.html

PTB : Rekabentuk meja moden yang unik.

Image
Assalamualaikum. Ain yakin dan pasti semua ada meja kat rumah kan? Adakah meja anda unik seperti meja yang ain akan beritahu sebentar lagi? Meja ain pun tak seunik meja mereka ni... 1) The Watch Table Tengok? Siap ada jam lagi atas meja.  2) Endless Table Berselirat betul meja ni. Pening kepala. 3) Love Me Table Nampak macam cair kan meja ni? Haha unik. 4) Ripple Table Yang ni paling Ain suka !!! 5) Illusion Table Nampak macam ada alas meja, sebenarnya tak ada pun. 6) Brush Furniture Bentuk berus nak basuh baju. Unik tak bertempat. Haaaa, dah tengok rekabentuk meja yang unik ni kan? Agak-agak anda nak tak letak meja ni kat rumah? Hehe. Sumber :  http://www.demilked.com/unusual-modern-table-designs/

PTB : Rekabentuk tetikus yang unik

Image
Assalamualaikum, ni entri bukan untu tikus ye. Kekeke, ini untuk tetikus. Tahu kan? Ada pelbagai rekabentuk yang agak menarik dan pelik rupanya tetikus ni. Kat Malaysia ni Ain jarang lah jumpa yang pelik-pelik. Haha okay.. Saksikan lah ! 1) Inflatable Computer Mouse Kalau tak ada ruang nak letak tetikus dalam bag, ini diaaa rekabentuk tipis yang sesuai untuk anda jimat ruang !! 2) Mus2 Computer Mouse Ni memang smart, tapi macam tak selesa je nak guna 3) Body Computer Mouse Geli -.- 4) Real Mouse Computer Mouse Siapa punya idea lah ni.. 5) Hand Grenade Computer Mouse Memang gempak rekabentuk ni !! Jadi, adakah anda berminat dengan rekabentuk di atas? Haha. Tetikus macam tikus betul pun ada. Huhu. SUMBER :  http://www.toxel.com/tech/2009/06/04/14-unusual-computer-mouse-designs/

PTB : Rekabentuk cermin yang menarik dan unik.

Image
Hmmm biasa jumpa kat tandas cermin yang besar dan kosong. Tapi bagi mereka yang kreatif, macam-macam mereka buat. Kebanyakannya semua menarik. Hehe. Okay, jom kita lihat !! 1) Razorblade mirror 2) Skateboard Mirror 3) Polaroid Mirror 4) Pirate Self Potrait Mirror Nak tengok lagi? Sila ke sumber :  http://www.antalik.com/10-weird-and-creative-mirrors/

PTB : Rekabentuk Cermin Mata yang Pelik.

Image
Ain pakai cermin mata yang ala-ala budak nerd tu je. Ingatkan pakai tu dah dikira hebat. Sebab ramai yang pakai cermin mata design macam itu. Rupanya, ada lagi yang hebat. WOW !! PELIK .. Add caption Ni memang GILA. Ni hebat, ada banyak fungsi. Haha Style ! Lawak lah. HAHA!! Kelakar okay. Design apa macam ni? Pelik. Ada tak yag awak berkenan untuk pakai ? Kekeke. Ain tak berani nak pakai.... Nanti kena gelak adalah! Huhu. Sumber :  http://weburbanist.com/2012/01/22/clearly-cool-15-amazing-glasses-sunglasses-frames/

PTB : Kipas siling yang unik !!

Image
Kipas siling pun ada design yang unik. Haha memang unik.. Kalau ain tak sanggup nak pakai ni kat rumah. Ni letak kat bilik anak okay. Apa punya design ni? Tak berat ke? Berani nak pakai?? Unik tapi tak lawa -.- Okay takyah berebut dengan adik. Haha Nak bunuh orang ni !! Smart !! Pelik sangat ! Haha, macam-macam designkan? Kalau kat Malaysia tak laku kot kipas macam ni.  Sumber :  http://www.oddee.com/item_98249.aspx