Selamat datang Semester 2
Assalamualaikum rakan-rakan. Maaf ain nak ucapkan pada rakan-rakan blogger yang datang melawat blog ain sama ada daripada segmen atau giveaway yang ain turut serta. Ain tak dapat nak blogwalking dalam masa beberapa hari ini disebabkan oleh kekangan masa.
Minggu pertama semester 2 ini agak sibuk. Sebab projek bagi kelab yang ain sertai sudah pun bermula.
Dengan aktiviti lain lagi seperti usrah, bisnes dan sebagainya.
Alahai, ain kena pandai susun waktu lah nampaknya. Sebab masa terlalu padat dengan aktiviti-aktiviti universiti.
Semester 2 bermula dengan agak baik di mana banyak kelas tiada atau dibatalkan. Al maklumlah minggu pertama lah katakan? Hehe. Sangat seronok.
Tapi....semester 2 ini kena berjuang lebih ! Sebab?
Semester 1 punya pointer agak tidak memuaskan.
Hm, gara-gara satu subjek dpt C+, maka pointer pun menurun secara mendadak !
Takpelah, bukan rezeki kami nak dapat keputusan terbaik. Lagipun kami dah berusaha. Dan kami tawakal serta redha atas keputusan yang Allah beri ^^
Kakak usrah ain kata pointer tu bukan kita nak bawak ke akhirat. Sekalipun kalau kita dapat 4.00 / 4FLAT. Sekiranya kita tidak mengutamakan akhirat, maka kita tidak akan dapat akhirat itu. Hanya dunia sahaja kita kejar.
Dunia ni cuma sementara, segala yang kita miliki di dunia ini memang hanya sementara.
Wallahualam.
Ain bercita--cita untuk menjadi pelajar yang cemerlang dunia akhirat. Dan ingin berkhidmat untuk agama Islam ini.
Biar orang tak tahu, tapi Allah tahu. Mungkin Ain tak sehebat VLOGGER / BLOGGER dakwah seperti MrAllTheShared, Afiq Azlan, Aiman Azlan, Aisyah Shakirah dan ramai lagi. Tapi sekurangnya ain ada usaha untuk menyebarkan dakwah.
Yang penting kena ada ilmu ! Bukan menyebarkan dakwah tanpa ada ilmu. InshaAllah, ain belajaq sikit-sikit. Nanti lama-lama pandailah ! Heh dengan izin Allah ^^

gud luck for new sem.. :)
ReplyDeletesyukran !
DeleteAssalamualaikum ain, jangan mudah give up. teruskan cita2 kamu. in shaa Allah, semoga dipermudahkan ya (",)
ReplyDeletewaalaikumussalam. inshaAllah ! ain tkkn give up ! hehe syukran !
Deleteall the best for the new sem :)
ReplyDelete