Bantuan 2 : Mari Menderma !!



[MALAYSIA SYRIA SOCIETY]

Malaysia Syria Society adalah organisasi gabungan antara Pelajar-Pelajar Malaysia dengan Aktivist Syria yang menjaga kebajikan dan mengadakan Program-Program untuk membantu Pelarian-Pelarian Syria di kawasan Irbid,Jordan.

Kami bekerjasama dengan Maktab Syria Irbid yang mempunyai maklumat penting tentang ramai Pelarian Syria di Irbid seperti status kesihatan,tempat tinggal,bilangan ahli keluarga yang Syahid,pendapatan,sewa rumah,nombor telefon dan sebagainya.

Mereka mempunyai Biodata lebih 440 anak-anak yatim Syria di kawasan ini,begitu juga dengan anak-anak yang bapa mereka sekarang ini di penjara di Syria kerana ditangkap tentera AlAssad.

Mereka bertanggungjawab mengedarkan bantuan secara ADIL kepada Pelarian-Pelarian Syria di Irbid jika ada mana-mana pihak atau NGO yang ingin menghantar bantuan secara besar-besaran kepada Pelarian Syria di Irbid.

Kerana maklumat-maklumat yang mereka miliki,mereka mampu untuk mengedarkan bantuan secara adil tanpa ragu-ragu tentang isu berhak kah seseorang Pelarian ini dapat bantuan, kenapa Pelarian ini tidak dapat,kenapa Pelarian ini mendapat lebih dan sebagainya.

Data dan sistem pengurusan yang sistematik ini menyebabkan ramai NGO-NGO dari seluruh dunia menghantar barang-barang bantuan kepada mereka untuk diedarkan kepada Pelarian Syria di Irbid.

Kepada saudara-saudara seIslam di Malaysia,anda juga boleh menyalurkan derma anda kepada kami melalui Akaun Bank CIMB Malaysia Syria Society,No. Akaun [0720-0017711-52-0] atas nama Amirul Ridzwan Bin Azman,Founder dan Coordinator Malaysia Syria Society.

Akaun ini bukan milik peribadi Amirul Ridzwan,dan semua nilai yang ada di Akaun ini digunakan sepenuhnya untuk kebajikan Pelarian Syria di Irbid,Jordan.

Untuk mengelakkan ketidaktelusan dan syak wasangka,semua penderma yang menderma dari Malaysia akan dipostkan nama(boleh tidak gunakan nama sebenar jika tidak mahu nama keluar di Page) dan nilai yang diderma.

Wang yang diterima dari Malaysia pula 90% akan disalurkan terus kepada Pelarian-Pelarian Syria di Irbid seperti anak-anak yatim,ahli keluarga Syria yang telah Syahid,Pelarian Syria yang memerlukan bantuan perubatan dan sebagainya.

Manakala 10% akan digunakan untuk mendana Program-Program Kebajikan Malaysia Syria Society yang menggunakan tenaga-tenaga Pelajar-Pelajar Malaysia di sini untuk membantu Rakyat Syria di Irbid.

Program-Program ini juga adalah untuk memberi kesedaran dan menjana lebih banyak derma dari kalangan Pelajar-Pelajar Malaysia yang tinggal di Irbid ini yang jumlahnya lebih 1500 orang.

Ahli-Ahli Malaysia Syria Society tidak akan menggunakan sedikitpun wang yang diderma untuk kegunaan peribadi,segala hasil-hasil Program semuanya akan diberikan kepada Pelarian-Pelarian Syria.

Anda boleh mengikuti sendiri Program-Program tersebut di Page Malaysia Syria Society ini.

Jadi,kepada sesiapa yang ingin menyalurkan derma mereka melalui kami,anda boleh menghubungi kami melalui Page Facebook ataupun 'private message' mana-mana Coordinator Malaysia Syria Society.

Semua Facebook Coordinator di tag-kan di gambar ini.

Semoga segala usaha-usaha kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.
enshaAllah.

-Amirul Ridzwan Bin Azman(fb Amir Rizvan)-
-Founder Malaysia Syria Society-


Nota : Marilah sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan ^^

Comments

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

Matrikulasi? Susah atau senang?

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN