Selamat datang Semester 2
Assalamualaikum rakan-rakan. Maaf ain nak ucapkan pada rakan-rakan blogger yang datang melawat blog ain sama ada daripada segmen atau giveaway yang ain turut serta. Ain tak dapat nak blogwalking dalam masa beberapa hari ini disebabkan oleh kekangan masa. Minggu pertama semester 2 ini agak sibuk. Sebab projek bagi kelab yang ain sertai sudah pun bermula. Dengan aktiviti lain lagi seperti usrah, bisnes dan sebagainya. Alahai, ain kena pandai susun waktu lah nampaknya. Sebab masa terlalu padat dengan aktiviti-aktiviti universiti. Semester 2 bermula dengan agak baik di mana banyak kelas tiada atau dibatalkan. Al maklumlah minggu pertama lah katakan? Hehe. Sangat seronok. Tapi....semester 2 ini kena berjuang lebih ! Sebab? Semester 1 punya pointer agak tidak memuaskan. Hm, gara-gara satu subjek dpt C+, maka pointer pun menurun secara mendadak ! Takpelah, bukan rezeki kami nak dapat keputusan terbaik. Lagipun kami dah berusaha. Dan...