Pizza Hut Promotion for Chinese New Year

Assalamualaikum!!

Haaa ain tahu korang ni mesti suka makan pizza kan?

Kehkeh tapi jangan makan selalu tau. Bahaya x.x

Sekali sekala tak apa. Okay nak dimulakan cerita sabtu lepas Ain pergi jalan-jalan dengan keluarga. Mula-mula pergi Sunway Pyramid, nak cari kasut. Lepas itu, pergi Ioi Mall, untuk makan.

Kami buat keputusan nak makan di Pizza Hut. Macam biasa lah, pizza hut ni kalau musim perayaan mesti ada je pizza baru dia buat. Masa puasa tahun lepas pun ada try pizza khas untuk bulan puasa. Boleh tahan juga lah.

Sempena Hari Raya Cina yang akan datang, pizza hut perkenalkan pizza Golden Fortune.
Untuk sesiapa yang ada alahan kepada seafood, jangan makan okay. Sebab pizza ni mengandungi ketam di bahagian atas piza. Lepas itu, bagi peminat tegar cheese, maaf ye cheese kat piza ni tak banyak mana pun. Sikit je, dan elok lah dimakan oleh orang yang kurang minat cheese. Haha.

Saiz regular je ni.

Dan juga kami dapat Fortune Platter. Ada macam-macam di atas pinggan tersebut. Oh ye, tak perlu pesan garlic bread sebab dalam Fortune Platter dah ada 4 keping garlic bread.

Fortune Platter

Dan dia bekalkan Fortune Fizz dua air yang bergas dicampur dengan selasih. Ok lupa nak tangkap gambar. Haha.
Bagi yang tak mahu air bergas, sila tukar ke air lain. Air bergas tak baik untuk kesihatan.

Okay nampak tak dalam gambar yang bentuk macam cupcake tu?? Haaa benda tu agak sedap, tapi Ain sangat pelik sebab ada benda berair dalam sayur-sayur tu. Hmmm rasa macam kerang tapi tak tahu betul ke tak.

Keseluruhannya, makanan ini agak okay dan memuaskan !!

Bintang : 4/5

Comments

  1. sedapnye..dah lama xmakan pizza ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada duit p lah makan, tapi better take away, tak mahal mcm makan kat kedai dia -.-

      Delete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?