ZAMAN TADIKA

 


Assalamualaikum rakan-rakan blogger, facebook dan twitter sekalian :)
Hm hm ain dah jarang nak berblogging. Tak ada masa sangat tapi insyaallah lepas ni ain akan cuba untuk selalu menjenguk blog follower ain. Yeah, dulu selalu jenguk blog korang, tapi lepas je kerja. K dah tak ada masa.

Hmm, ohyeah. Ain nal nak cerita tentang zaman tadika. Rindu sangat lah :'(
Masa umur 5 dengan 6 tahun. Kita boleh buat apa-apa je kan? Nak melalak ke, meraung ke.
Main kejar-kejar dengan budak-budak lelaki, menari . Haha, menari :p
Okay, untuk pengetahuan korang, dulu ain sekolah dekat Tadika Sri Intan.
Tahu tak? Dekat-dekat dengan PPMJ je. Tapi sekrang dah tak ada dah. Hm Hm.
Nama cikgu ain masa tu Siti. Cikgu tu muka garang ada tahi lalat dekat pipi ke bibir tah. Tak ingat. :D
Tapi cikgu tu okay, okay sangat-sangat. Dan masa kat tadika ni ain ada ramai kawan. Alamaklumlah masa kecik, tegur je semua orang. Haha.

Dan masa tu kawan rapat ain ialah... Nazirun ! Hm tak ingat macam mana kitaorang boleh jadi rapat. Tapi masa tu memang rapat sangat-sangat. Hihi. Ain ingat lagi masa tu rasanya nana ke siapa tah ada bagi gula-gula.
Masa rehat cikgu tak kasi buat bising. Tapi masa tu ain tak buat bising, cuma ain angkat gula-gula tu tinggi-tinggi and cikgu ternampak. Lepastu cikgu denda berdiri dengan seorang budak lelaki. u.u
Rasa nak menangis je, haha. Tapi tak nangis. And cikgu buat lawak bodoh secara tak sengaja.
Malu je tau, ahahahahaha. Malas nak cerita lah :p

Hah ! Ain kuat menangis masa kat tadika.
Lagi-lagi bila naik van. Hahahaha, kesian gila kot abang tu.
Masa mula-mula naik van, ain kena duduk depan. Dengan kawan abang yang drive tu. Sebab kat belakang dah penuh. Ain tak biasa dengan orang, lagi-lagi yang baru kenal dan baru nampak.
Bila tengok orang ni macam pelik je, ain terus menangis. Takut gila abang tu. Dia pun pelik jugak asal la budak ni menangis tiba-tiba. Keesokan harinya, ain duduk kat belakang. Yeay! Tak menangis dah.
Mengada-ngada kan ain ni? Hhahah.
Hm , and masa hari graduation. Kan semua orang kena tangkap gambar dan  pakai baju ala-ala konvokesyen kat universiti tu. Hm, cikgu dengan jurugambar tu asek suruh ain bukak mata besar-besar je =.=
Mata ain kecik sangat. Bila dah dapat sijil, tengok ah gambar yg orang tu tangkap. Hm, mata macam nak tidur. zzzzzzz. Bkan ain yang cakap, jiran yang cakap.

Waktu yang paling tak boleh dilupakan masa buat persembahan. Tak silap masa tu sambut hari kanak-kanak kot. Hm ain menari k. Ala-ala macam cerita Titanic tu. HAHAHA.
Pasangan ain namanya firdaus. Kalau nana pulak ain tak ingat. Hm jiran ain, amirul pulak kena menari dengan perempuan sikh kot. Tapi semua masa tu comel-comel belaka :p
Walaupun masa tu umur ain masih lagi muda, tapi perasaan malu pun ada tau. Lagi-lagi bila kena menari dengan lelaki. Dahlah comel , putih melepak. Awhhhhh. Romantik laaa. Hahaha.
Ain dan nana masing-masing pakai dress. Tapi nana lah comel, dia masa tu muka memang comel sangat. Lagi-lagi bila pakai dress. :3

Walaupun kiteorang tak rapat macam masa kecik-kecik dulu tapi kiteorang masih berkawan baik.
Dia satu-satunya kawan yang paling lama kenal, since tadika. Kita sayang awak lah nana x)
Belajar elok-elok and semoga berjaya dalam hidup! Okay.
Ain ada gambar masa tadika tapi tak jumpa. Malas nak cari. Sebab dalam kotak. Hm Hm.
Okay, sampai sini je ain menaip. Thanks for reading xD

Comments

Popular Posts