Posts

Berhati-hati di luar rumah !

Image
Assalamualaikum! Lama tak update blog ni, alhamdulillah akhirnya saya sudah habis tahun 1 di UTM Skudai ! Yeyy yeeyy, cuti untuk 2 bulan. Tanam anggur di rumah sajalah ! Okay kat sini sebenarnya ain nak nasihat sikit kepada awak di luar sana.   HATI-HATI BILA KELUAR RUMAH ! Lagi-lagi yang ada anak kecil. Tolong jaga anak awak baik-baik. Sekarang banyak kes budak kecil kena culik. Minta dijauhkan daripada kita semua. Kalau boleh jangan dibiarkan anak tu keseorangan..bawa saja dia ke mana-mana walaupun leceh sekali pun. Tapi tu kan anak kita? Kenapa nak mengeluh kan? Teringat kata mak, mak tak pernah tinggalkan kami keseorangan atau suruh orang jaga. Bagi mak, biarlah mak yang jaga anak-anak dia. Tak mahu susahkan orang.. Hah sebab tu la kami susah nak berenggang dengan mak! huhu. Kalau abah dengan mak pergi kedai runcit pun kami akan ikut, sebab dah biasa ! Oh ya, tak lupa juga ! Kepada anak-anak remaja terutama yang perempuan pun kena hati-hati juga ! Banyak kes j...

GIVEAWAY SAJE-SAJE

Image
HADIAH : MENARIK !!! TEKAN SINI UNTUK LIHAT.. TEKAN BANNER DI ATAS UNTUK JOIN ! NAMA : NURAIN ALAMAT : NO 4 , JALAN ANGGERIK 2, TAMAN PUCHONG PERDANA, 47100, PUCHONG, SELANGOR. NO TEL : 0173861035

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

Image
As-Salam [Siala nak join sila tekan banner di atas] Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Nasibah Khushairy ,  Kasih Lestari Abadi ,  Nor Farihan Ayob ,  Nannie Isa , dan yangbaik .

Pertanyaan tentang matrikulasi?

Assalamualaikum. Maaf pada adik-adik yang mana tanya kat akak kat facebook tentang matrikulasi tapi akak tak sempat nak balas...akak sangat sibuk sekarang, bila ada masa akak akan balas. Dan pertanyaan adik-adik tu akak sedaya upaya akan jawab. Biasalah akak dulu pun macam itu juga. Dan akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang mana dapat masuk ke matrikulasi. Diharap awak dapat buat pilihan yang betul sekiranya awak menerima keputusan UPU juga. Tidak kisah awak belajar kat mana-mana, janji awak belajar. Dan yang paling penting.. .NIAT ! Niat kerana Allah. Sebab bila mana kita belajar niat kerana Allah, inshaALLAH awak akan dapat keputusan yang bagus, dan jangan dilupakan USAHA ! Allah itu akan melihat usaha awak, bukan pointer awak ye? Kita semua nak kan kejayaan tu, tapi haruslah diriingi dengan cara yang betul. Akak cuma nak pesan, belajar memang penting, tapi jangan dilupakan pembelajaran ilmu agama! Sebab bagi akak, ilmu agama tu lebih penting daripada apa yang ...

Pengalaman : Minat boleh berubah

Assalamualaikum. Ya sejak beberapa hari ini, ramai adik-adik yang berkunjung ke blog Ain. Nak tahu tentang matrikulasi la tu :P Sama jelah macam akak dulu, memang blog-blog menjadi tumpuan akak sebelum masuk ke matrikulasi, sampaikan hari sebelum nak pergi sana pun masih mencari maklumat tentang matrikulasi ni. Haha. Okay, akak nak cerita pengalaman akak lah kan sepanjang bergelar pelajar sekolah sehingga lah sekarang mahasiswi di UTM. Hah, dulu akak sebenarnya minat lain, tapi sekarang ambil bidang lain T.T Masa akak kat sekolah dulu kan, akak sebenarnya tak ada lah suka sangat aliran sains. Akak lebih kepada bidang multimedia sebab akak minat mengedit gambar, main coding kat blog dan sebagainya. Tapi disebabkan masa PMR ,akak dapat result terbaik. Nak taknak kena juga ambil kelas sains. Sains tulen ! Ayooo masa exam bulanan, akak gagal matematik tambahan. Start daripada situ, sampai ke tingkatan 5, akak gagal je, tak pernah lulus !!! Tapi alhamdulillah, masa SPM akak ...

Couple Islamik ? Ada ke?

Assalamualaikum.. Selamat tengah malam semua. Maaf kerana ain hanya akan update blog ni tengah malam je kot. Hehe. Sibuk dengan assignment, presentation dan sebagainya.... Okay berbalik pada tajuk di atas. COUPLE! Hah siapa tak pernah dengar perkataan ini. Budak kecil pun tahu kan? COUPLE bermaksud berdua. Yang boleh kita kelaskan sebagai pasangan. Dalam ISLAM, sebenarnya tiada pun istilah COUPLE ISLAMIK. Faham? Mereka yang kurang memahami hukum hakam agama sengaja menambahkan perkataan ISLAMIK tersebut supaya nampak macam perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan itu kelihatan BAIK dan BAGUS di pandangan orang ramai. Padahal COUPLE ISLAMIK yang dihebohkan oleh remaja zaman kini sebenarnya membuatkan kita lalai ! Lalai dengan agama kita sendiri. Dan ini boleh menjerumus kepada zina. Mungkin bukan zina secara fizikal. Tetapi seperti zina hati, zina mata dan sebagainya. Contoh seperti zina hati. Mungkin, mungkin kita tak berpegangan tangan atau ber...

Libresse menambahkan keyakinan anda !

Assalamualaikum. Eh banyak pulak budak ni update entry tengah malam ni. Haha. Ini je lah masa yang ada....Dengan line YES 4G yang lajuuuuuu sangat ni. Lagi la nak update macam-macam! Hah, kali ni nak cerita pasal Libresse ! Siapa tak kenal kan jenama tuala wanita yang terkenal di Malaysia ni?Kalau ada wanita yang tak pernah dengar tentang Libresse taktau nak kata apa...Uhuk ! Okay, untuk pengetahuan semua... Libresse sedang mengadakan pertandingan ! Pertandingan di mana kita boleh menambahkan keyakinan semasa hendak ditemuduga. Kot? Apa-apapun hadiahnya sangat la menarik..Semua gadget mahal-mahal uollls. Tak mampu I nak beli. Hanya mampu berangan dalam mimpi. Haha. Siapa yang rasa berani dan yakin untuk masuk pertandingan ini, sangat lah ain galakkan ! Kita wanita nampak lemah, tapi sebenarnya power kot ! Tunjukkan ke'power'an anda dalam pertandingan ini ! Untuk maklumat lanjut sila ke  http://www.livelibresse.com.my/shineon/welcome.php#zoom