Posts

Perubahan? Perlu ke?

Image
Assalamualaikum. Wahai follower dan rakan-rakan sekalian. Topik kat atas ni tak ada la gempak macam kisah Fizz Fairuz putus tunang ataupun kisah Puchong kena banjir kilat. Ain cuma nak berkongsi tentang apa yang Ain lalui. Sejak ramai pendakwah muda muncul di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan blogger dan sejak ain masuk matrik, ain mula rasa nak buat perubahan. Tapi, bukan senang nak berubah kan? Memang susah sangat. Bila nak berubah mesti ada halangan. Contohnya, daripada cara pemakaian. Ya Allah, susah sangat nak tutup aurat dengan sempurna. Kadang-kadang terhasut juga dengan bisikan syaitan ni. Kawan-kawan yang banyak nasihatkan ain. Maklumlah manusia ni tak sempurna kan? Ain teringat tentang dosa-dosa yang lalu. Harap Allah ampunkan segala dosa-dosa yang ain pernah lakukan sebelum ini :( Ain tabik spring kat remaja Islam yang menjalani kehidupan sebagai remaja yang taat pada perintah Allah dan rasul. Tapi sayangnya kehidupan ain tak seperti tu dulu, lalai...

Apabila pelajar sains membuat Origami

Image
Assalamualaikum semua. Selamat tengah hari. Salam Jumaat ! Yeyy, harini baru ain free untuk update cerita. Hihi, Okay. Dah tajuk cerita pun pasal origami kan. Nak dimulakan cerita , masa tu hari Ahad. Hari ahad ni biasanya kami satu bilik study atau buat kerja yang lecturer bagi. Ahad lepas, ain cadang nak belajar Biology, tapi lepas tu terasa malas. Jadi, ain pun online laa kejap.Then yg lain pun stop bukak buku, otak dah tepu. haha, and layan movie Pitch Perfect : D Ain dgn Aimi buat origami berdasarkan video yang aimi download, ezzny dgn krisho layan movie : D Haa tengoklah, ni lah hasil origami Aimi dan Ain ! Katak yang comel :P Hasil katak buatan kami !  aimi yang buat baju-baju ni... Haha rasa pelik kan bila budak sains buat origami ni. Memang la matrikulasi ni masa sikit, tapi kena pandai-pandai la bahagikan masa. 24jam belajar bosan kot, jadi kena la cari aktiviti lain yang dapat melepaskan tension ni. Haha k itu saja. Tataaa : D

Ada apa dengan hari jumaat?

Image
Assalamualaikum. Hah, ada apa dengan hari jumaat? Hihi well hari jumaat adalah hari yang penuh rahmat kan. Tapi di sebalik itu, hari jumaat juga adalah hari yang paling menyeronokkan untuk semua manusia kat dunia ni kot ? Haha terutama pelajar sekolah dan juga universiti. Bila habis kelas je, terus fikir nak tidur lah, nak buat itulah inilah...Kan? Macam ain juga, bila habis kelas je hari jumaat mesti lepastu nak online, tengok movie. Hehe. Tapi kadang-kadang tak sempat pun nak buat semua benda tu sebab kerja banyak sangat T.T So pada waktu malam jelah ain online hihi. Kalau masa kat sekolah menengah dulu setiap masa ain online. Now kat kolej dah jarang. Hari jumaat hari paling malas sikit nak buat kerja rumah. Haha. Hari jumaat juga hari paling ramai orang tidur lambat. Kat hostel ni pukul 1-2 pagi tu pun masih ada lagi yang bising-bising. Lol, kami takut jadi benda lain ja -.-

Awesome Monday

Image
Assalamualaikum. Hi semua. Dah beberapa hari ain tak update blog. And ain terkejut, follower dah bertambah. Alhamdulillah , thanks pada yang sudi follow :) Yang follow ain jangan risau, ain akan memecah masuk ke blog anda dan comment entri anda jika ain ada masa. Okay? Hihi. So, ain nak cerita tentang apa yang berlaku hari ni. Okay. Ada dua cerita, iaitu dengan family and dengan si dia . Mesti tertanya-tanya kan siapa si dia ? :p Siapa lagi kalau bukan encik shahrin. Huks. Kalau siapa yang follow ain mula-mula dulu tahuah betapa sweetnya kami. *perasan* haha Okay, pukul 11 pagi family ain gerak p sungai buloh . Sebab maksu kami pindah kat rumah yang disediakan oleh pihak kerajaan. Baru 9 orang pindah dekat apartment tu, and satu apartment tu khas untuk doktor sahaja okay. Wooow! And rumah dia sangat besar okay, ada 5 bilik , 3 bilik air . Dapur pun cantik dah pasang kabinet. Almari pun dah disediakan. K memang awesome. Ni yang nak jadi doktor ni :P Hihi, p sana pun sebab nak te...

UPU Fasa pertama.

Image
Assalamualaikum. Selamat malam dan selamat mimpi indah! Hihi pada yang tak tidur lagi jangan tidur, banyak bunyi mercun malam ni. Gong Xi Fa Cai x) Oh akhirnya, ain berjaya mengisi borang UPU. Alhamdulillah :') Sejam ain fikir nak ambil course apa. Dengan mak ain sekali. Ayoyo. And inilah keputusan yang ain buat untuk fasa 1. Fasa kedua boleh ubah lagi. Hihi. Overall, kebanyakan ain ambil bidang IT hihi. And ada tersesat dietetik. Itupun antara course yang ain minat. Menarik kan? :P And universiti yang ain nak sangat pergi ialah Universiti Teknologi Malaysia(UTM) .  Dah minat kan nak buat macam mana. Then, paksu ain pun pernah belajar kat situ, jadi ain pun nak ikut dia ! So lepas habis final exam untuk last semester, kena kemaskini lagi. Okay, ain harap result okay lah. Amin. Yang mana belum isi upu tu, baik isi cepat sebelum korang terlupa ! Terutama yang duduk hostel tu, nanti busy dah dengan study , takut tak sempat nak isi borang upu pulak kan. Okay xoxo.

Nak course apa untuk UPU?

Image
Assalamualaikum. Wuhuu, hi hi semua. Selamat petang. Haaa budak budak sekolah mesti seronok kan, esok dah start cuti sampai la ahad minggu depan. Hihi, okay sekarang ni ain dah pening tak tahu nak ambil apa untuk degree nanti. Adudu, ain nak ambil bidang sains sebab ain rasa dah jatuh hati dengan sains. Padahal dulu mati mati benci sains. Huu, sekarang dah masuk matrik baru terasa yang sains itu indah *haha Okay sampai lepas page ni je ain dah tersangkut. haha, nak kena  isi cepat ni. Selasa nak balik matrik dah. Mak abah tolong kakak :(

Ikan Sembilang?

Image
Assalamualaikum. Haha mesti pelik kan, apa punya topik lah ain nak update kali ni. Ikan sembilang...siapa tak suka makan ikan sembilang? sedap, lagi lagi bila masak sambal. Umphhh, memang menjilat jari lah makan : D Eh, adik ain tak suka makan ikan. So dia tak tahu betapa sedapnya rasa ikan sembilang. uuuu, rugi lah kau adik. Mak masak memang sedap. Okay, tapi ada orang dia geli dengan ikan sembilang ni. Mak ain leteww :P Selalunya mak ain akan suruh abah atau ain yang siangkan. Mak kata ikan tu licin sangat, tu dia taknak siang. Hihi. Tapi, kalau suruh dia masak takpe. Selalunya mak ain buat masak sambal je, tu je yang sedap. Adudu, lapaq lah pulak bila cerita pasal makanan.