Kemalangan Bas Di Genting Highland

Assalamualaikum.

Ya seperti yang kita tahu, baru-baru ini negara kita digemparkan dengan satu kemalangan tragedi berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting-Kuala Lumpur.

Ni berita daripada Utusan Online :

Sebuah bas awam terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini dan 32 penumpang dikhuatiri terkorban manakala 17 lagi cedera

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata 32 mangsa yang terkorban itu masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata setakat ini 32 mangsa 
masih berada di bawah gaung sedalam 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.

Bomba menjangka terdapat 49 mangsa di dalam bas tersebut.
Sehingga kini 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital.
Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.

Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.

Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.












NONE

NONE



Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia. Dan semoga mangsa-mangsa yang cedera dapat pulih daripada kecederaan yang dialami.

Setakat ni identiti mangsa-mangsa tak diketahui lagi..
Ain pun agak terkejut, tau tentang hal ni pun daripada FB abang Ben Ashaari.
Hm ni takut nak pergi Genting Highland :(

Comments

  1. takziah kepada mangsa dan keluarga...ngeri bile dengar berita camneh...singgah sineh jap!!heheheeh...

    ReplyDelete
  2. Kemalangan terburuk yang mengorbankan paling banyak nyawa.. Nauzubillah.. Al-Fatihah buat mangsa maut yang beragama Islam dan takziah buat semua keluarga mangsa..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

Matrikulasi? Susah atau senang?

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN