GAYA SMS BUDAK ZAMAN SEKARANG
Assalamualaikum.
Nampak tak gambar tu? Alolo kesian dia. Jahat betul tuan dia buat macam ni. Awww :D
Haha, nampak tak tajuk tu? Ecehh konon macam gempak la kan.:D
Yeah, sekarang ni terdapat pelbagai gaya sms. Kalau orang tua, gaya mesej dia biasa je.
Selalu dorang taip penuh, singkatan kurang. Tapi kalau remaja?
Macam-macam gaya ada, ada yang taip singkatan sampai ain tak faham langsung.
Kalau nak taip singkatan tu boleh, tapi janganlah sampai terbelit-belit lidah ain nak baca.
Kadang-kadang sampai 5-6 kali baca tau tak, kadang-kadang buat-buat faham jelaa.
Yeah, sekarang ni ain nak cerita gaya mesej ain dari Tingkatan 1 sampai laa sekarang.
Dan sebenarnya ain pun pernah guna singkatan, sebab terikut gaya mesej masa tu. Hikhik.
Tingkatan 1 :
Masa mula-mula pakai telefon bimbit.
K skema semacam je ayat ain ni kan? Haha. Lepas tuu bila dapat kawan baru, mulalah bertukar .Assalamualaikum.Awak tengah buat apa? Sudah makan?
Hye, tgh wat ape tu? Sy dah makan...hehehe...
Oh yke, cian awk dmam ea....hehehehe....
Haha, tengok tu. Dah pakai singkatan. Terikut budak tu la ni . Tengok titik tu pun kalau boleh nak buat banyak-banyak tau. Haha
Yang kelakarnya, setiap mesej pun nak letak hehehe. Tengah marah pun nak letak jugak tu. HAHAHA
Tingkatan 2 :
Hye, awk tgh wat pea niy..? mam pea tuh..? chat kea..?
Tingkatan 3 :
K tak silap la masa ni ramai sms menggunakan hruf "W" di hujung perkataan.
Rasa kelakar pulak la kan. Semua perkataan nak letak W . hahaHyew, da mam kew..? Ey, sajew jew awk niw..
Tingkatan 4 :
Masa ni dah moden sikit. Ramai sms guna bahasa rojak, termasuk ain.
Kadang-kadang tu, ain taip bahasa inggeris je ohh, Itupun dengan mika sahaja.Hi, tgah buat ape tu? Oh, sorry Im busy. Eh, takpe-takpe. I tahu you busy.
Tingkatan 5 hingga sekarang :
Yeah, semenjak sms dengan seorang budak ni. Ain tak guna singkatan sangat dah.
Yelah, dia sms ain singkatan tak banyak, ain sms dia. Alahai, singkatan banyak gila.
Lepas tu terikut-ikut gaya dia. Haha, terima kasih ye awak :D
Tapi kadang-kadang tu ada laa jugak guna singkatan. Sebab nak jimatkan masa.Hi, tengah buat apa tu? Awak, sihat ke harini?
Tapi tak ada lah sampai orang tak boleh nak faham langsung kan.
Tapi kalau gaya sms macam ain cakap tu, ain boleh faham lagi . Tapi, kalau macamni.
Alahai, apa kau cakap ni =.=Hyew, awaks titew nuck knal ngn awks niy.Boyeh ta?anganlew cmbng ngn itew niw.
Yeah, pada budak-budak sekolah ain sarankan jangan laa guna singkatan terlalu banyak.
Sebab dia akan menjejaskan korang , terutama bila nak buat karangan BM.
K, ain pun pernah tersilap eja. Suka sangat guna singkatan, kan dah kena tolak markah dalam karangan.
Padan muka, padan muka ain . HAHA.
Yeah, pernah dulu ada abang ni tegur ain sebab guna singkatan banyak sangat. Malu kot kena tegur =.=
K pada yang selalu guna singkatan pelik-pelik tu, ubah la gaya mesej korang okay.
Nak guna singkatan boleh, tapi biarlah orang lain pun faham apa yang awak nak sampaikan tu.
Tak ada lah orang tu nak tanya awak berulang kali. Kesian lah dekat orang yang membaca ni.
Rasa macam masuk tadika balik kot. Haha.
Okay, sampai sini je ain taip. Dah penat nak taip. K selamat malam :)
Comments
Post a Comment
Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)