Tamat Semester 1 di UTM, Skudai.

Assalamualaikum.

Ahlan wa sahlan 2014 !! Ya akhi, ya uhkti. Sekarang ain dah 20 tahun ! Hm umur makin meningkat, maka kematian pun makin dekat kepada kita..

Alhamdulillah, sepanjang satu semester di UTM Skudai ni, banyak benda baru yang ain belajar ! Alhamdulillah, terima kasih kepada rakan-rakan, pensyarah. Tanpa mereka ain mungkin susah nak hidup di UTM tu.

TAPI....Paling utama syukran kepada Allah dan keluarga ain. Tanpa izin Allah, ain takkan mungkin sampai ke menara gading ini. Dan tanpa sokongan ibu bapa, ain tak mungkin semangat untuk belajar di alam universiti ini.

Di sini ain belajar macam-macam..Dan di sini juga ain mengenali pelbagai karenah, ragam, perangai dan gelagat setiap manusia..Ada yang baik, ada yang biasa, ada yang bising, ada yang pendiam..

Dan kat sini juga ain perlu berkomunikasi dengan lelaki. Yaa mostly UTM ni ramai lelaki. Segan k segan..Ain tak biasa sangat dengan budak laki ni sebab ain ni jenis pemalu dan pendiam sikit. Tapi okay je untuk berkawan. Huhu. Kena jagaaa sikit  pergaulan antara lelaki dan perempuan. Elakkan ikhtilat ^^

Dan kat sini juga ain baru rasa perbezaan matrikulasi dan universiti. Hm masa kat matrikulasi dulu semua benda pensyarah suap ( bagi) je. Tapi kat universiti ni ??? Tak ada dah suap suap ni. Pandai-pandai la ye cari sendiri. Merangkak ke, meniarap ke, berlari ke, pandai-pandai awak lah.

Pensyarah anggap kita ni dah matang nak buat segala kerja yang dia suruh. Ain paling buat tak endah masa dia bagi assignment, quiz dan test. Mula-mula rasa macam tak penting, lama-lama menyesal sebab dapat markah rendah. Dan markah tu sebahagian daripada FINAL MARK !! Nampak tak semester 1 ni ain banyak main-main. Hmmm.

Ok tak nak cerita panjang-panjang. Nah tengok lah gambar ni.

Assalamualaikum!!

Masa Minggu Mesra Mahasiswa

PMIUTM

Aktiviti bersama senior tahun 3.


Dengn Dr.Chong

Lab group !

Classmate !

With dayah

Kolej tun razak !!

Dengan pelajar Indonesia :)

Kek daripada dayah

Usrahmates. Tq :)

Classmate!

Sambut birthday arifahz!

Friends <3

Masa kat UTM KL

Depan pintu gerbang kehkeh

Tasik yang cantik. heyy

Shoot paling cun.



Comments

  1. teringat zaman belajar...rindu nye lah :(

    ReplyDelete
  2. rindu betul zaman belajar. Haih. Belajar leklok yee. =) All the best!

    ReplyDelete
  3. cantik nyaaa... ade tasik macam uitm lendu gak..heheh

    ReplyDelete
  4. @mama darwish :

    hehe nanti pun ain akan rindu kat masa belajar ni :)

    ReplyDelete
  5. @diera :

    hehe thanks ^^ inshaAllah

    ReplyDelete
  6. @izzati :

    la yeke. hehe tapi tasik kami kecil ja ;3

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hai, saya nak tanya soalan berkaitan utm? Awak ada selain wechat?

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?