Bas.


Assalamualaikum.
Topik kita pada malam ni ialah tentang bas. Terfikir nak buat pasal bas masa nak pergi kerja tadi.
Haha.

Menurut wikipedia :

Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'.

Hah, okay dah tahu kan apa itu Bas ?

Dekat Puchong ni, pengangkutan awam yang terkenal adalah bas. Memandangkan LRT masih dalam pembinaan, jadi kena lah guna bas dulu. Hehe.

Kat sini ada 3 jenis bas, daripada syarikat berbeza. Yang FEMES ialah RapidKL, lepas itu baru Bas Mini, dan akhir sekali baru Metro Bas.

Biasanya Ain suka sangat naik RapidKL sebab selesa dan bersih. Tapi kalau dah rapidKL lambat sangat, terpaksa naik Bas mini. Huwaaaa T.T

*Biasanya rapidKL memang lambat*

Bas mini kebanyakan tak ada penghawa dingin. Panas kot, berpeluh saya di dalam bas itu. Haha, nasib baik la abang ni bukak tingkap. Dapat lah merasa angin asap-asap kenderaan lain -.-
Harap-harap lepas ni buatlah banyak bas mini yang ada penghawa dingin. Alahai.

Tapi sekarang Ain rasa tak selesa sangat bila naik bas. Sebab apa?

Haaaaa sebab, setiap kali naik bas. Mesti penuh dengan warga asing. Lagi-lagi lelaki. Ya Allah, Ain bukan setakat takut, malahan rasa macam tak duduk kat Malaysia dah. Hm.

Kadang-kadang kalau Ain balik daripada Kuala Lumpur, Bas U70 mesti penuh dengan warga asing. Kalau bas Malaysia pun dah penuh dengan warga asing, ain dah boleh bayangkan betapa ramainya warga asing kat negara kita ni. 

Semoga kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga. Nak ambil warga asing jadi pekerja kat sini pun, janganlah terlalu ramai sangat. Terhadkan lah.
 

 

Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?