Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum, memandangkan raya pun nak dekat. Jadi ain nak buat ucapan raya. Heh.

Ain nak minta maaf dari hujung tudung sampai laa hujung tapak kasut kepada semua rakan-rakan yang mengenali ain. Maaf kalau ada terkasar bahasa dan tercakap ayat yang menyakitkan hati anda. Hee, mana la tahu kalau ada yang terasa. Maaf zahir dan batin. Maaf juga kerana lama tak berborak dengan anda terutama rakan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Maaf, ain sibuk sangat harituu, dah sambung belajar tiada masa untuk membuka laman-laman itu :)
Nak kata ain sobong ,silakan. Awak tak tahu tentang saya, jadi jangan nak judge orang sesuka hati okay.

Kepada bloggers semua, semoga raya ni memberi seribu satu rahmat kepada anda dan ahli keluarga anda. Jangan lupa bermaaf-maafan di pagi raya dan sembahyang raya. :)

Bawa kereta dengan berhati-berhati. Ingatlah orang yang tersayang ! kalau ayah anda bawa kereta dengan kelajuan tahap maksimum, tegurlah okay? kampung tu tak lari pun, jadi jangan la rushing sangat. Diharapkan jangan la ada yang jadi macam ni. Wallahualam.


Kepada rakan-rakan kelas, sekolah ain dulu. jemputlah datang rumah. Sebelum ain balik : D
Tahun ni tak da yg special pun. Kuih raya pun tak sempat buat, beli saja oh. Hehe.

Kepada rakan matrikulasi, walaupun kita kenal dalam tempoh yg singkat tetapi jika ada sebarang kesalahan ain terhadap korang secara sengaja atau tidak sengaja harap dimaafkan. Nanti mai la datang bilik, datang makan kuih raya jelaa tapi duit raya tak ada lah :P

Okay, itu sahaja. Takecare :)

Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?