Pertanyaan tentang matrikulasi?
Assalamualaikum. Maaf pada adik-adik yang mana tanya kat akak kat facebook tentang matrikulasi tapi akak tak sempat nak balas...akak sangat sibuk sekarang, bila ada masa akak akan balas. Dan pertanyaan adik-adik tu akak sedaya upaya akan jawab. Biasalah akak dulu pun macam itu juga. Dan akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang mana dapat masuk ke matrikulasi. Diharap awak dapat buat pilihan yang betul sekiranya awak menerima keputusan UPU juga. Tidak kisah awak belajar kat mana-mana, janji awak belajar. Dan yang paling penting.. .NIAT ! Niat kerana Allah. Sebab bila mana kita belajar niat kerana Allah, inshaALLAH awak akan dapat keputusan yang bagus, dan jangan dilupakan USAHA ! Allah itu akan melihat usaha awak, bukan pointer awak ye? Kita semua nak kan kejayaan tu, tapi haruslah diriingi dengan cara yang betul. Akak cuma nak pesan, belajar memang penting, tapi jangan dilupakan pembelajaran ilmu agama! Sebab bagi akak, ilmu agama tu lebih penting daripada apa yang ...