Couple Islamik ? Ada ke?
Assalamualaikum.. Selamat tengah malam semua. Maaf kerana ain hanya akan update blog ni tengah malam je kot. Hehe. Sibuk dengan assignment, presentation dan sebagainya.... Okay berbalik pada tajuk di atas. COUPLE! Hah siapa tak pernah dengar perkataan ini. Budak kecil pun tahu kan? COUPLE bermaksud berdua. Yang boleh kita kelaskan sebagai pasangan. Dalam ISLAM, sebenarnya tiada pun istilah COUPLE ISLAMIK. Faham? Mereka yang kurang memahami hukum hakam agama sengaja menambahkan perkataan ISLAMIK tersebut supaya nampak macam perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan itu kelihatan BAIK dan BAGUS di pandangan orang ramai. Padahal COUPLE ISLAMIK yang dihebohkan oleh remaja zaman kini sebenarnya membuatkan kita lalai ! Lalai dengan agama kita sendiri. Dan ini boleh menjerumus kepada zina. Mungkin bukan zina secara fizikal. Tetapi seperti zina hati, zina mata dan sebagainya. Contoh seperti zina hati. Mungkin, mungkin kita tak berpegangan tangan atau ber...