Assalamualaikum. Ya hanana, ya hanana, ya hanana, ya hanana. Suka sangat meyebut ya hanana :) Oh yaa, bulan lepas ain ada menyertai KKM'13 (Kem Kembara Muslim'13) bertempat di Teluk Gorek, Mersing, Johor. Kem ini di bawah anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Tak pernah pun pergi Mersing ni. Alhamdulillah, seronok sebab dapat merantau ke negeri orang :) Yang pastinya, perjalanan daripada UTM Skudai ke Mersing ni mengambil masa dalam 3 jam. Jauh !!! Tempatnya ke dalam, memang sangat ke dalam. Tapi setibanya di Chalet berhampiran situ, kami semua sangat gembira sebab dapat dengar bunyi ombak !! Lama dah tak pergi pantai. Tapi sedih sebab masa sampai tu malam, tak dapat tengok keindahan pantai tu. 2 malam di situ, kami hanya tidur di dalam khemah. Pertama kali ain tidur dalam khemah. Agak tak selesa sebab khemah kami bawah tu ada batu-batu. Sakit badan tau :( Alhamdulillah, banyak ilmu yang ain dapat daripada kem ni :) Syukran u...