Assalamualaikum ! Hai semua, apa khabar, sihat? Hehe. Ain kat sini sihat sahaja :) Semenjak masuk matrikulasi ni, kehidupan semakin sibuk. Tak lama lagi nak UPS dah. Ayoyo. Cuak ohh ! Tapi ain masih ada masa lagi untuk update cerita tentang matrikulasi ni. Ain nak cerita pasal sistem pembelajaran kat sini. Tapi sistem ni tertakluk kepada tahun semasa lah. Kat matrikulasi Perak ni ada 2 aliran: 1) Sains 2) Akaun Sains terbahagi kepada 3 modul : Modul 1 ( Chemistry, Physic, Maths, Biology) Modul 2 ( Chemistry, Maths , Physic, Science Computer) Modul 3 ( Chemistry, Maths, Biology, Science Computer) Antara banyak-banyak bidang, kredit jam bagi akaun adalah lebih sikit berbanding sains. Modul 1 paling pack. Modul 2 dan 3 kurang 1 jam. Bolehlah rilek sikit. : D Dekat sini kita akan belajar di lecture hall , kelas tutorial dan kelas praktikal . Yang paling seronok dalam lecture hall sebab sejuk sangat ! Tapi selalu tertidur dalam kuliah tu. Ti...