Review novel : Tariq bin Ziyad !

Ulasan daripada buku "Tariq Bin Ziyad : Menang atau Syahid" karya Abdul Latip Talib. 
Harga : RM15.00

Ulasan :
Buku ini sangat menarik. Jalan cerita yang sangat menarik dan mendalam. Dan banyak ibrah yang ain dapat daripada novel ini ! Tariq bin Ziyad seorang pemuda yang sangat bagus ! 

Tariq bin Ziyad( TBZ ) adalah seorang hamba daripada keturunan Barbar. Pada mulanya TBZ ini adalah seorang hamba tetapi setelah dibebaskan beliau diberi peluang oleh Musa bin Nusair , wakil khalifah di mana TBZ menjadi ketua tentera angkatan perang untuk berperang dengan tentera daripada Kota Andalusia.

Beliau telah memimpin seramai 12,000 tentera untuk ke medan perang. Perkara ini terjadi apabila Panglima Julian, seorang tentera daripada kota Andalusia meminta pertolongan daripada orang Islam untuk menakluk kota yang dia duduki. Ini kerana pemerintah kota itu, Raja Roderiga  terlalu kejam terhadap rakyatnya dan pemerintah tersebut telah memperkosa anaknya, Florida. Florida menggantung diri di rumahnya kerana tertekan atas perkara yang berlaku kepadanya. Oleh sebab itu, ayah Florida ingin membalas dendam terhadap perlakuan pemerintahnya.

Panglima Julian telah memberikan kapal kepada tentera Islam untuk ke Kota Andalusia itu. Tetapi apabila tiba di sana, tentera Islam mengalami kesukaran untuk menakluk kota itu. Jadi, TBZ telah mengambil langkah lain iaitu dengan membakar semua kapal-kapal yang mereka naiki dan selain itu tidak mahu pihak musuh merampas kapal-kapal tersebut.

Lalu dia berkata :

"Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!" 

Di Jabal Tariq, TBZ telah memberi kata-kata semangat kepada tenteranya. Dan selepas itu mereka berperang di Sg Barbat untuk melawan tentera Gotik di bawah pimpinan Raja Roderiga. Selepas itu mereka berperang di Ejica dan bergabung dengan tentera di bawah pimpinan Musa bin Nusair.

Mereka dapat menakluk Andalusia dengan mudah kerana atas bantuan Panglima Julian yang memberitahu kepada rakyat supaya berlindung di dalam rumah masing-masing ketika tentera Islam datang ke kota itu. Ramai rakyat yang mengikut kata-katanya. Selain itu, mereka menggunakan strategi yang bagus di mana mereka telah membahagikan tentera kepada 4 pasukan. Setiap pasukan diarahkan untuk menakluk 4 bahagian dan salah satunya kota terpenting di Andalusia iaitu Tolendo.

Antara faktor kemenangan tentera di bawah pimpinan TBZ adalah kerana beliau telah menggunakan cara seperti Khalid Al-Walid di mana beliau telah memilih tentera yang terbaik.

Di samping itu, beliau juga telah mengambil anak angkat yang bernama Migel dan telah ditukar namanya kepada Khalid. Khalid telah dihantar ke Baghdad untuk menuntut ilmu.

Dalam pada yang sama, terdapat seorang Yahudi yang baru memeluk Islam bernama Jayashi telah menimbulkan kesusahan kepada tentera Islam.

TBZ mahu menakluk Eropah tetapi hasratnya terpaksa ditangguhkan kerana khalifah di Damsyik telah memanggil beliau pulang ke sana.

...................................................................

Ibrah yang ada di dalam novel ini :


  • Untuk berjaya, kita bukan hanya solat 5 waktu tetapi haruslah melakukan solat sunat yang lain
  • Harus kuat untuk melawan NAFSU !
  • Apabila ada sifat yang terpuji, orang lain akan hormat kepada kita.


Wallahualam.

Sekian ! 

Comments

Kisah Nenot said…
saya peminat abdul latip talib...ngah usaha baca sume buku beliau :)
Syiera Firdaus said…
datang jemput

http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

hadiah
-bawal rose
-produk herbalife
-BAP cap
-topup

dan banyak lagi!!
Sheila Salim said…
Assalamualaikum. bagus review ni. ada banyak pengajaran penting boleh kita amik. singgah menabung digi sini~~~
NurainSuperr said…
hehe samalah tengah mengumpul buku buku karya beliau ^^
NurainSuperr said…
waalaikumussalam, hehe alhamdulillah semoga semua yg membaca dapat ambil pengajaran daripada kisah ini. tq ! akan singgah ke blog awak

Popular Posts