Tabarruj (Ceramah daripada Ustazah Noor Laila Aniza)

Assalamualaikum, okay ain nak kongsi sikit cerita tentang tabarruj ni. Baru-baru ni ain ada pergi ke Islamic Garden di UTM.

Salah satu slot ialah bersama Ustazah Noor Laila Aniza. Slot beliau sangat menarik dan tidak membosankan !!

Ustazah bercerita tentang tabarruj.

tabarruj ini ialah mempercantikkan atau menghiaskan diri dengan niat untuk tunjuk kepada bukan mahram.

Haihh, yang mana ada niat sebegitu, cepat-cepat lah betulkan niat anda !!

Di dalam kertas kerja yang disediakan, ada beberapa pendapat tentang sifat tabarruj semasa zaman jahilliyyah.  Antaranya ialah :


  1. Seseorang wanita yang keluar daripada rumah dan berjalan di antara lelaki.  
  2. Wanita yang berjalan lenggang-lenggok dan penuh gaya.
  3. Wanita yang memakai wangian.
  4. Wanita yang mengenakan pakaian yang diperbuat daripada batu permata, kemudian memakainya dan berjalan di tengah jalan.
  5. Wanita yang mengenakan kerudung namun tidak menutupinya sehingga anting-anting dan kalungnya terlihat
Wallahualam.

Islam telah melarang wanita melakukan tabrruj. Larangan tabarruj telah ditetapkan oleh Allah di dalam surah Al-Nuur ayat 60,

"Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya(tabarruj)"
Antara perbuatan yang termasuk dalam kategori Tabarruj :


  1. Mengenakan pakaian yang tipis dan ketat
  2. Mengenakan wangian di hadapan lelaki bukan mahram
  3. Behias terhadap lelaki bukan mahram
  4. Berdandan berlebihan
  5. Membuka sebahagian aurat
  6. Menghilangkan tahi lalat dan meratakan gigi
Sekiranya kita berada dalam kategori tersebut, maka segeralah berubah :)

Bukankah yang sederhana itu lebih baik daripada berlebihan?

Sama-sama kita mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.

Assalamualaikum.


Comments

Invisible Me said…
Ya Allah, moga diperbetulkan niat kita sentiasa..
Izzati Amira said…
nice sharing Ain.. insyaAllah (:
NurainSuperr said…
@IM :

InshaAllah, kita kena upgrade niat kita setiap kali nak buat sesuatu :)
NurainSuperr said…
@sizziey : thanks :)
NurainSuperr said…
@izzati :

Syukran <3

Popular Posts