Matrikulasi? Susah atau senang?

Assalamualaikum !
Yeahh , sejak beberapa minggu ni. Ain tengok ramai yang mencari info tentang matrikulasi.
Hehe, alahai samalah macam ain dulu. Sebelum pergi matrik, memang tiap-tiap hari mencari info tentang matrik. Sampai hari sebelum nak pergi matrik pun still sempat lagi tengok info kat internet.
Haha, almaklumlah. Ain tak pernah berjauhan dengan family. Okay lagi la dapat kat perak.
And ain tolak tawaran diploma dekat UiTM Bertam, Pulau Pinang. Kampus baru okay.
Kemudahan pun memang baru-baru.
Ramai tanya asal tolak? Then, ain cuma tersenyum jelah. Dah tu keputusan yang ain buat. Hm.

Well, SPM ain tak lah okay mana. 4A je kot. Yang subjek sains, chemistry laa dapat C je.
Nak apply asasi memang tak dapat lah. Asasi hanya untuk 6A ke atas je.
So, ain rasa ni lah pilihan terakhir *ecehh* haha.
Rezeki ada kat mana-mana kan. Dulu pernah tolak tawaran sek teknik, and now ada banyak sangat tawaran tak tahu nak pilih mana. Ain rasa ramai je adik-adik sekarang tengah buntu nak masuk Universiti atau matrik kan?

Okay, matrikulasi ni. Kalau ikutkan lah. Kata-kata ABANG KAKAK SENIOR, mereka sering bercerita yang matrikulasi ni susah. Nanti dapat kos lelong. Susah nak catch up. Susah nak tu, susah nak ni. Haa macam-macam lah. And komen-komen sebegitu agak menggangu emosi ain.
Memang serabut sangat kepala otak ni okay. Allah jelah tahu macam mana perasaan ain masa tu.

Ada yang pernah masuk, tapi keluar balik. 
Ada yang tak pernah masuk tapi buat cerita pasal matrik susah. 
Ada jugak yang SPM tak okay, tapi kat matrik dia OKAY. 
Ada yang SPM hebat tapi tak dapat catch up kat matrik.
Ada yang SPM tak hebat, tapi tak dapat survive.
Macam macam lah lagi.

You know what? Disebabkan benda-benda cmni, ain terpaksa pergi jumpa cikgu kaunseling.
And they suggest "Kalau saya, saya suruh awak pergi matrik je"
Haha, alahai cikgu ni pun.
Tapi sebenarnya ia bergantung pada kebolehan seseorang. Okay?
So buatlah pilihan yang terbaik !

Note : Untuk akaun dan PDT, ain tak tahu camane sistem pembelajaran mereka. Tapi ain akan cuba tanya kawan-kawan ain.

Ain dulu dapat modul 1, tapi ain tukar sebab tak nak ambil Physic. Memang tekad dah masa tu taknak modul 1. And akak ajko ada cakap yang modul 3 ni susah sikit nak dapat peluang untuk apply course tertentu kat universiti nanti and kalau nak apply sains juga masa degree biasanya lebih kepada bidang sains kesihatan , tapi bagi ain kalau dah minat nak buat macam mana kan? So redha jelah.

Ketiga-tiga roommate ain ambil modul 1. So, memang agak stress sikitlah dorang. Empat-empat subjek memang susah kan. Berbanding dengan modul 2 dan 3 , kami ada Sains Komputer. So untuk semester 1 memang agak rilek lah. Haha.

Tapi sebenarnya setakat Sains Komputer je dapat A buat apa kan? So kami kena maintain untuk subjek Maths, Chemistry dan Biology.
Masa sekolah menengah, ain tak suka CHEMISTRY. Seriously.. Selalu dapat markah teruk. Alhamdulillah, kat matrik ain boleh menghadapi kimia dengan jayanya.
Tapi bagi ain subjek Chemistry adalah yang paling best kat matrik ni. Lagi-lagi bila buat experiment, berbanding experiment Biology. Walaupun Biology kita akan bedah tikus tapi Chemistry lagi best !

Kalau Maths pulak? Haa Ain tak berapa hebat sangat math ni. Nampak nombor ja, pening. Haha. But, Maths kat sini lebih kurang macam AddMath masa SPM. Subjek Math ni subjek favouriteeee kat matrik tau. Hampir semua orang suka, tapi bagi ain. Errr sorry Maths. Hehe.

Sains Komputer, subjek paling rilek kat matrik. Tapi tapi, masa semester 1 jelah. Masa semester ke 2 agak susah, and ain pun tak berapa mahir dalam coding ni. Unless kalau awak biasa pakai blogskin, and suka main coding . Inshaallah, awak boleh lepas semester 2 punya sains comp.
Walaupun ain dah habis matrik, tapi still tak boleh nak kuasai C++
Haiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............

But, apapun semester 2 agak susah. Hehe, so kami kena struggle lebih daripada semester 1.

Tips nak berjaya kat matrikulasi (from me and my friends)  :

  • Niatkan dalam hati belajar kerana Allah (bagi student Islam)
  • Solat 5 waktu sehari, dan rajinkan diri pergi ke masjid. Kalau ada event ceramah, pergilah. Best tau :)
  • Harus rajin, buang sikap malas tu.
  • Elakkan bergaul dengan rakan yang mempuyai sikap yang tidak baik.
  • Belajar secara berkumpulan.
  • Selalulah jumpa pensyarah, walaupun nak tanya soalan yang simple-simple pun.
  • Selalulah bertanya kepada rakan-rakan yang genius dalam subjek tertentu sekiranya anda malu nak jumpa pensyarah.
  • Makan malam awal. 
  • Segera menyiapkan assignment dan jangan lupa siapkan tutorial. Penting tau
  • Sematkan kata-kata semangat dalam hati.
  • Fikir tentang ibubapa anda, keluarga anda. Semua nak menolong keluarga untuk jadi senang kan?
  • Jangan mengumpat orang, tapi biasanya ramai je yang mengumpat ni HAHA. 
  • Minta maaf cepat-cepat kalau ada buat kesalahan dengan pensyarah atau rakan-rakan
  • Jagalah hati pensyarah dan rakan-rakan.
  • Kalau berhutang, sila bayar dengan cepat.
  • Rajinkan diri buat soalan past year (terutama pelajar yang lemah macam ain)
  • Rajinkan diri buat nota ringkas supaya senang nak faham
  • Rajinkan diri membaca buku setiap hari.  

Okay, sebenarnya banyak lagi. And tips ni macam tips untuk SPM je, cuma ada beza sikit je.
Yang penting, diri masing-masing kena berusaha untuk dapat result terbaik kat matrik ni.

So buatla pilihan yang betul.
Ain tak cakap yang diploma tu tak bagus, bagus je. Bestfriend ain yang dapat 7A pun tolak matrik and pergi sana.
Mungkin rezeki dia kat diploma, and alhamdulillah untuk semester 1 dia dapat 4flat.
And bagi bestfriend ain yang lagi sorang, dia dapat 9A (straight A) , jadi dia pergi asasi UM.
Semester 1 dia dapat 4 flat.
Ada kawan ain kat matrik Pulau Pinang, dapat 5A (tak silaplah), masa semester 1 dapat 4FLAT. And dia ambil modul 1.
Bestfriend ain jugak, masa SPM result sama macam ain. Masa semester 1 dia dapt 3.85. Ni ambil modul 3.
Ada jiran bilik ain, lepas dapat tawaran kemasukan ke 2 UPU, dia terus keluar matrik dan ambil diploma. Sebab dia tak boleh bawak.
Ada jugak kena tendang, tapi tu sebab mereka punya pointer rendah. Mereka tak belajar betul-betul la tu. Tak ramai pun kena tendang. Ada yang diberi peluang masuk PDT.

So, ain tak boleh buat pilihan untuk awak. Awak kena buat pilihan untuk diri sendiri.
So fikir-fikirkan lah ea ! 
Sorry kalau merepek meraban dalam ni haha.
Haihh, panjang betul entry kali ni. Haha okay tu je Assalamualaikum !


Comments

cikmisi leen said…
saya pom before neh dapat matrik perlis.. tpi tak pegi sbb2 tertentu ah, takot xleh survive lah ..then plih kat upu neh , diploma.. tp bla tngok member laen kat matrik, aik, depa semua oke je , pointer tnggi lagi tuh.. >_< hadoii .. rezeki masing2 ~ =)
NurainSuperr said…
@cikmisi leen : la yeke, tapi apapun janji awak belajar tak kira lah apa pun awak ambil kan? hehe tau takpe, rezeki masing-masing.
Young GirlDream said…
terima kasih kak ain untuk info berguna nih. saya lepas ni nak masuk matriks dah 12 jun ni ke gambang, pahang. doakan saya ya :-)
Anonymous said…
terima kasih kak dgn info ni. bru tenang hati saya apabila mbca post kakak ni. doakan kejayaan saya ya kak :)
Anonymous said…
assalam...ain,akak nk tya sekarang ni klau masuk matrik mesti ade laptop ke?
NurainSuperr said…
@young girldream : sama-sama. wah goodluck yaaa !
NurainSuperr said…
sama-sama. Inshaallah,awak akan berjaya nanti. Aminnn
NurainSuperr said…
sama-sama. Inshaallah,awak akan berjaya nanti. Aminnn
NurainSuperr said…
wasalam, tak semestinyaaa. tapi laptop tu kdg-2 je guna.
matrik sebenarnya senang.. klaw x belajar , tak perform la... dulu spm saya 3 A je.. dan saya d beri
peluang masuk matrik.. alhamdulilah sem 1 3.85 / sem 2 3.77.. total up. 3.84.. sambung UTM.. universiti terbaik malaysia.. haha.. jgn berfikiran -ve.. yakin pada diri.. belajar betul2
NurainSuperr said…
@IR Pauzl Rosslie :

saya 4A je, hehe. wah hebat . mesti dapat biasiswa ini huuu. betul tu ^^
Anonymous said…
assalamualaikum kak ain.
sesiapa ja yg dpat masuk Matrik kan modul biasanya ditetapkan or bole choose?
*tgh tggu result SPM kluar :)
NurainSuperr said…
biasanya dia dah ditetapkan, tapi masa orentasi nanti awak boleh tukar
ayen norddin said…
akak,nak tanya.. kan ada tiga modul. kiranya tiga2 tu kita kena ambil lah? atau setiap sem pilih salah satu shj, atau dalam setahun tu, tiga2 modul kita akan belajar?
Niesa Aziz said…
akak kalau sains komputer ni perlu gune laptop ke? sbb ramai ckp matrik tak gune laptop sngt. budget kurg lah byk nak gune duit. so perlu ke saya beli laptop?
NurainSuperr said…
eh tak, kita ambil satu saja awak. sampai awk habis belajq awak amek satu modul sahaja
NurainSuperr said…
tak perlu sangat, aah. tak guna sangat. tapi nanti nak buat presentation kena juga laptop, biasanya pinjam pinjam ja dgn kawan ^^
Anonymous said…
akak, ada wechat ke fb ke? na tanya kt sini byk byk segan lah. hehe
NurainSuperr said…
wechat : ainn_ketodd12
facebook : ainn ketodd
Anonymous said…
assalam...akak, sy tkut la nk blajar coding...nk tnye akk mane ok lg ye antara modul 1 ngn 3...?modul 2 sy tolak dulu..hehe :) hope sgt akk bleh tolong sy...
Anonymous said…
Saya add akak kt wechat. Approve tau. Sbb saya nk tanya sal matriks. Huhu
NurainSuperr said…
err, depends. mcm akak minat comp. jadi akak memang nak modul 3. mcm awak akak taktau awak minat apa... hee
Mud Ridhwan said…
salam akak, sya kimia sya dpt D, rasanya boleh tak masuk matrik? sya dah minta rayuan kedua dah, ada peluang tak nak masuk?
One Love said…
slm akak, mmg betul ke amik modul yg ade sains comp pluang nak mintk ijazah pilihan xbanyk? sy dpt modul III. takut jugak sbb ramai cakp mcm tu. nak tukar modul I rase mcm agk berat bg sy..
assalam kak . modul 1 dan modul 2 ad subjek gape?
Anonymous said…
Assalamualaikum kak ain. Saya tk berapa faham konsep pst dan pdt. Mmg semua pljr matriks akan start dgn pst ke? Klu result tk ok baru pdt? Mcm tu? Minta pencerahan kak. Terima kasih :)
NurainSuperr said…
waalaikumussalam. dia depends on result sebenarnya. aah biasa result yg tak berapa ok dia akan bg pdt.
Cahaya Puteri said…
Salam,saya baru terima result spm saya. Saya cuma dpt 4A. Addmaths dan bio saya ialah B. Cuma chemistry saya D. Dpt tak saya masuk matriks?
Syafiq Hakimi said…
Thanks. Rasa stress bljo sini. haha
Anonymous said…
Salam nak tanya kalau apply matriks bila nak masuk degree mmg kena futher in sc jugak ke? Kalau nak masuk bidang lain boleh?
Anonymous said…
tips sebelum masuk ke matrik https://www.youtube.com/watch?v=bSFxGL8ofOM&t=209s
Amellia Safirah said…
Assalamualaikum kak. Saya memang dah target nak ambil sains aktuari waktu ijazah nanti dan bila tengok syarat dia nak salah satu bio atau fizik... perlu ke saya ambil modul 1? sebab saya agak ragu-ragu sikit kalau tak ambil modul 1 bila akak cakap peluang nak sambung ke ijazah susah kalau ambil modul 3.. sekarang ni saya target modul 1 atau 3...

*saya x jumpa akak dalam fb.. bru ingat nk pm
*maaf ganggu n thank u kak
Anonymous said…
You try STPM and see Matrik esay or not...

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN