Pembelajaran di Kolej Matrikulasi Perak

Assalamualaikum !
Hai semua, apa khabar, sihat? Hehe. Ain kat sini sihat sahaja :)
Semenjak masuk matrikulasi ni, kehidupan semakin sibuk. Tak lama lagi nak UPS dah. Ayoyo.
 Cuak ohh !
Tapi ain masih ada masa lagi untuk update cerita tentang matrikulasi ni. 
Ain nak cerita pasal sistem pembelajaran kat sini. 
Tapi sistem ni tertakluk kepada tahun semasa lah. 

Kat matrikulasi Perak ni ada 2 aliran: 

1) Sains
2) Akaun

Sains terbahagi kepada 3 modul :

Modul 1 ( Chemistry, Physic, Maths, Biology)
Modul 2 ( Chemistry, Maths , Physic, Science Computer)
Modul 3 ( Chemistry, Maths, Biology, Science Computer)

Antara banyak-banyak bidang, kredit jam bagi akaun adalah lebih sikit berbanding sains.
Modul 1 paling pack.
Modul 2 dan 3 kurang 1 jam. Bolehlah rilek sikit. : D
Dekat sini kita akan belajar di lecture hall, kelas tutorial dan kelas praktikal.
Yang paling seronok dalam lecture hall sebab sejuk sangat ! 
Tapi selalu tertidur dalam kuliah tu. 
Tipulah kalau ada yang tak pernah tertidur dalam kuliah. Haha.

Kelas tutorial ni pulak nak bagi kita faham tentang sesuatu topik. 
Pensyarah takkan bagi soalan banyak-banyak.
 Dia tunggu kita tanya mana soalan yang kita tak faham. 
Buku tutorial kerajaan dah sediakan.

Kelas praktikal pula dekat makmal. 
Paling best makmal kimia sebab makmal ini kat tingkat bawah dengan tingkat satu je. 
Tak lah penat. Haha. Kalau makmal biology kat tingkat 2. 
Makmal komputer pulak memang awesome gilaa. Sebab ada air-cond. HAHA. 
Duduk 2 jam pun tak bosan k. 
Sebab tu la kelas praktikal sains komputer tersangatlah best :)

Untuk modul 3, semester 1 ni kiteorang tak ada kelas agama dan dinamika. 
Tapi ada kelas kokurikulum. 
Haa bagi B1T6, kelas koko kami ialah pada setiap hari selasa. 
Hari selasa hari paling menyeronokkan sebab kami ada rehat dua kali :p
Okay, untuk pengetahuan korang, kelab yang ditawarkan adalah terhad. 
Maknanya kalau hari selasa tu ada kelab rekreasi1, rekreasi2, pingpong,
 skuasy dan keusahawan2. 
jadi kita hanya boleh masuk kelab tu sahaja. 
Tu yang tak syok.
 Pastu kena berebut cepat kalau tak nanti kena masuk kelab yang tak best T.T

Bagi modul 1 dan 2, dorang ada kelas agama dan dinamika. Kelas agama ni sekali je seminggu.
 Sama juga macam kelas dinamika. 
Kelas dinamika ni dia ajar kita cara-cara menghadiri temuduga, cara makan dan sebagainya. 

Okay, kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah tweet atau hantar mesej di fb. 
Inshaallah ain akan cuba menjawab pertanyaan anda :) 

Comments

sarahnmf said…
hello. saya nak tanya if peraturan Matrikulasi Perak requires their female muslim students untuk pakai tudung(not in the matter of religious wise) and, adakah pakaian baju kurung sahaja yang dibenarkan di Kuliah, kalau macam baju kemeja perempuan boleh ke tak? etc. and thanks for your blog, it was very informative.
NurainSuperr said…
kalau muslim, ada je yg tak pakai tudung. tp tak ramai, and biasanya awal-awal dorg pakai, but then terpulang kat awak lah kalau nak pakai tudung ke tak. Yup, pakaian wajib adalah baju kurung. utk beberapa bulan pertama, peraturan strict lagi jadi wajib pakai baju kurung. tp nanti lama-lama ada je yg akan pakai baju kemeja, especially chinese and yg lain pun akan ikut.
sarahnmf said…
alright, but awal2 dah tak pakai tudung pun bolehlah? and saya nak tanya sikit macam mana nak minta tukar dari jurusan sains ke akauns? thanks.
NurainSuperr said…
i think you should were hijab on the first week. Sebab kalau awk tak pakai maybe nanti kakak-kakak alumni tegur awak.
Penukaran modul akan diberitahu nanti masa minggu orientasi . So wait jelah yea :)
sarahnmf said…
oh okay, thanks again.
Anonymous said…
Hai nk tnye.. Kalau lelaki pakaian nak ke kelas mmg kemeja, slack and kasut kulit ke setiap hari? Tq
NurainSuperr said…
@sarah you are welcome ;)
NurainSuperr said…
@anonymous Yup , memang pakaian dia macam tu :)
emaSDalisya said…
salam,kak kat sana banyak guna printer x?
ada pelajar kena print pape x?
tgk kat barangan larangan printer xley bawa..huhu
emaSDalisya said…
kak,ada kelab memanah ada x? hehe..
teringin nak memanah...
NurainSuperr said…
@emaSDalisya : Printer? haa tengoklah. Ada sesetengah students dia takmao lecture note yg photostet, jd dia akan print. Tak banyak sgt, tp kalau nak lecture note yg cantik print lah. Kalau duit byk :P
Printer ada je kat sana. Kat kedai photostet dgn kat library.

Kelab memanah ? rasanya takda, kelab golf ada :D
Anonymous said…
salam,dekat matrik pelajar perempuan perlu pakai bju kurung dgn kasut warna hitam ja ka?
Anonymous said…
salam..kak,jika saya nak jadi doctor,saya kena ambil modul berapa????
Anonymous said…
salam,saya nak tanya ,jika saya hendak jadi doctor,saya kena ambil modul berapa??thanks
NurainSuperr said…
baju kurung memang wajib pakai bila pergi kelas, kasut ? actly tak kisah warna apa pun, but its better warna hitam.
NurainSuperr said…
@wsalam, harituu pengarah tempat akak kata kena ambil modul 1 kalau nak jadi doktor, modul 3 ada yg kata boleh, tpi susah siktlah nak dpt peluang.
Seri Kekemato said…
trime kaseh kak ain,,information ni sgt bgune,,nk tnye k ain brpe org akn tggl dlm 1 dorm? and kak ain prnh x rse stress smse blajar n susah nk bhgi mse antra stdy dgn aktvti lain?? sbb kt matrik org kate kena struggle btol2,,ape pndpt kak ain??tq~
NurainSuperr said…
@seri kekemato : Sama-sama. Haa 1 dorm? entahlah. beratus kot. kikiki.
pernah rasa stress, masa tu banyak sgt assignment kena buat and akak ada handle senamrobik untuk matrik. tiap-tiap hari ada practise. matrik, kena struggle lah. kalau nak dapat 4flat, and dpt degree yg best best. stuggle lah :) 10 bulan je, kejap jee.
aina imanina said…
akak sy akan ke kmpk dan sy nak tanye klau kt ambl modul 3 ,peluang pekerjaan kt akan ke mana?
NurainSuperr said…
@aina imanina :

wahh congate yaa !
Modul 3 ni lebih kepada bdang-2 berkaitan nurse, biotech, sains komputer, sains kesihatan. ada lg yg lain tapi akak tak ingat.
buDax suKe unGu said…
salam,sy nk tny, sy akn ke kmns, sy mmg x blaja bio dr sek men, jd sy igt nk ambk modul 3, agk-agknye sssuai x sy ambk modul 3 sbb sy mmg xde asas bio mcm kat sk, and sy mmg x mnt fzik, tengs ;)
NurainSuperr said…
@budaz suke ungu : Wasalam, la yeke, hm kalau adik nak ambil, adik kena struggle lebih lah. Sebab bio susah sikit masa kat matrik. Mmg banyak menghafal.
Anonymous said…
kak non-muslim girls can wear slack n kemeja perempuan tak?thank you.....


NurainSuperr said…
haaa masa awal-awal. Bisanya nonmuslim kena pakai baju kurung, lama-lama t boleh lah pakai kemeja dgn slack, sekiranya phak matrik benarkan.
Anonymous said…
salam..kalau saya dapat tawaran ke matrikulasi tapi saya nak tukar dari sains ke akaun..boleh tak??
NurainSuperr said…
wsalam, boleh saja :)
Anonymous said…
Assalamualaikum . Nk tnya sikit ley ,ermm..sy mse spm ambek sains pertanian ,so x ad bio,kimia,fizik and add math . Tpi lw result spm sy smuanya ok ,boleh x nk mohon matrik dlm jurusan sains modul I ,bb nya sy nk sgt jdi doktor . Harap dibalas prtnyaan sy...
aNiezz said…
macam mne nk tuka?kne tuka kat borg permohonan ke time da msuk matrik?
Anonymous said…
nk tuka mcm mne mse orientasi atau kat borg?
NurainSuperr said…
waalaikumussalam. hm saya tak pasti. awak memang dah apply matrik ke? biasanya yang masuk matrik ni memang masa kat sekolah kena amik bio, kimia, fizik atau addmath. cuba awak tanya kaunseling.
NurainSuperr said…
masa minggu orientasi nanti ^^ dia akan buat pengumuman.
NurainSuperr said…
masa dah masuk matrik nanti. masa minggu orientasi nanti leh tuka ^^
Anonymous said…
Salam akak . Kalau kita nak jadi pakar pemakanan (dietitian) , modul yang mana yang sesuai?
NurainSuperr said…
wasalam. biasanya modul 1 dan 3 yang sesuai. ^^
siapa yang pilih jenis modul..kita atau pihak matrikulasi ?
jenis modul kita pilih atau pihak matriks ??
Salam. Kalau sy nak ambil dalam bidang psychology, nak ambil modul yg mana eh? Harap ada reply
NurainSuperr said…
mana mana modul pun boleh awak, sebab if awak amek aliran sains awak leh apply apa-apa course. mcm mbe akak amek psycology dia lepasan asasi sains uitm.
NurainSuperr said…
pihak matrik pilihkan, kalau untuk sains biasa ramai akan dapat modul 1. nanti masa orientasi kalau awak taknak modul yang awak dapat, awak leh tuka
butterfly said…
Salam...nk tanya klu kite manage to score 4flat...but spm result fizik dpt C...if further buat degree nnt..diorang tgk tk result spm yg C tu...can i still pursue medic?
marzatul akmal said…
assalamualaikum..kak klau kt ambl modul 2 ,peluang pekerjaan kt akan ke mana?
Anonymous said…
Assalamualaikum, akak kalau nak amek course optometri pulak kena amek modul yang mana? Mesti modul 1 jugak ke? Mcm susah je.
assalam..kak..macam mana ngn kehidupan kt matrik..? means..sme jgak ke mcm kat hostel ngn kebanyakan u.. toilet satu aras, satu je.. bilik iron pun satu aras, satu.. ada dobi..? atau ad mesin basuh..?
Fatin Kim said…
Akak. Kalau nak ambik makmal perubatan / genetic engineering kena ambil modul 1atau 3 ? Budak yang free hair tu kalau kelas agama diorang pakai tudung tak? sye dapat kmpk hehehehe
Anonymous said…
salam ak..thanks for sharing ur experience! it helps a lot but sng x blja kat sana..mmg blaja ssh tp boleh x catch up kat sana?
Fatin Kim said…
Pointer at least bape eh kalau tak dilelong? Hehehe
Anonymous said…
Akak. Klau sy nk ambk farmasi mse degree nti. Modul brpe sy ptot ambk ?
salam,, klau dpt modul 3 bleyh x nk tkar ke modul1 ?
Muhammad Irfan said…
Bagaimana dengan keadaan matrikulasi perak......hostel diaorg mcm mna....bilik ke atau tidor ramai22.....makanan kat sana camna.....da x pa22 gangguan makhluk halus or any cerita berkaitan hantu ka pa ka...???
ZatyAnuar said…
kak. zaty dapat course akaun PST. Leh tukar ke PDT x? Btw, struggle x ek di matrik?
NurainSuperr said…
rasanya tak leh tukaq. struggle jugak lah hehe tapi tak lah gila-gila.
This comment has been removed by the author.
NurainSuperr said…
wsalam. akak tak sure, tapi rasanya kalau matrik dapat 4flat, okay je rasanya untuk dpt medic.
NurainSuperr said…
waalaikumussalam, awak akan lebih ke engineering dan jadi engineer. Mostly lah sebab akak kat UTM ni budak engneering semua dr modul 2
NurainSuperr said…
wsalam, kalau kat matrik perak. lebih kurang macam tu lah. ada mesin basuh di aras bawah. dalam 3 buah mesin basuh. sekali basuh rm2
NurainSuperr said…
wsalam, tak kisah mana-mana. tapi modul 1 lebih meluas skop pekerjaan awak. sbb ada fizik. mcmm modul 3 ada sains kmputer. biasanya dorang pakai. hehe, hi bakal junior akak :p
NurainSuperr said…
wsalam sama-sama. okaylah hehe. sebab dia mcm spm, tapi more detail sikit. boleh, tapi ikut orang lah. lain orang lain caranya ^^
NurainSuperr said…
This comment has been removed by the author.
NurainSuperr said…
3.3 above nak lagi selamat 3.5 above ^^
NurainSuperr said…
disarankan modul 1
NurainSuperr said…
boleh, tunggu masa orientasi nanti
NurainSuperr said…
satu bilik 4 orang, blok laki jauh sikit dari center, makanan setakat ni okay saja. tapi akak tak tahu lah batch korang cmana. jarang nak denaq cita pasai hantu ni
Salam..kak..klau dri modul 2/3 nk tkar ke modul 1 bleh x ?
It was stated that we have to bring baju t kolar n berlengan panjang.can I just bring long sleeve t shirt not kolar one?pls tell me abt t shirt I have to wear in matrikulasi
Kak can u tell abt t shirt that I can wear in matrikulasi
Anonymous said…
ada X tetap warna untuk tu baju kurung?
Anonymous said…
kalau dilelong cmna ya? susah nk msuk degree ke..atau kena ambik diploma blik klau nk dpt course kita nak...btw dpt kt perak...huhu
NurainSuperr said…
awak akan dapat course yang awak tak mintak / course yang tak berapa famous
fatinn said…
kak, nak tanya kalau kita pergi kuliah or apa2 tutorial n so on boleh ke pakai flat?
Eh Shaz La said…
Sye dpt matrik perak modul2,rse nk tukar modul1 agk2 senang x? N laki klu pkai kemeja lengan pendek bole x?
NurainSuperr said…
cuba lah tukar masa orientasi. jrg org nak tukar dr modul 2 ke modul 1. hhe
Ape skop pkerjaan bgi mereka yg mgmbil modul 3?
Anonymous said…
Salam kak, sy nak tnya pasal prakaunan kat mtrik snang ke susah?..
khairunnisa said…
salam akak. nak tanya. roomate kita dkat matrik kita tentukan atau pihak matrik ye? terima kasih :)
Anonymous said…
kat matrik perak,boleh bwk laptop ew?
Anonymous said…
Kak antara diploma sains (uitm), pada pndapat akak, mna lg ok erk
Anonymous said…
assalamualaikum. nk tnye akak ambil modul brp? sng x? boleh akk bgthu peluang pekerjaan bg setiap modul? thx
liana yana said…
hye kak ain..nk tnye,if kite nk mnx tkr blk boleh x??or nk kene buat rayuan??
elia said…
akak , sains komputer ni susah ke bagi yg xde basic ni ??
NurainSuperr said…
for non-muslim, biasa memang kena pakai berkolar. tapi kalau takda tak apa ja rasanya. biasa baju tu nak pakai masa oreintasi,
NurainSuperr said…
tak sure lah. tapi yg pasti akaun ada satu paper yg susah, paper apa tah. then budak akaun biasa banyak masa free daripada budak sains.
NurainSuperr said…
wsalam, pihak matrik dah tentukan.
NurainSuperr said…
dua dua okay je awak. depends on awak ja. if rasa nak belajaq slow slow, masuk dip. if nak belajaq laju, masuk lah matrik. ^^
NurainSuperr said…
modul 3.

modul 1-semua benda leh masuk
modul 2- lebih kepada engineer
modul 3- lebih kpd bidang biology.
NurainSuperr said…
hee mmg takleh tukaq bilik. melainkan awak oku.
NurainSuperr said…
akak dulu pun tak ada basic awak. okay je best ! subjek paling rilek haha
Anonymous said…
Salam..kak, nk tnye..kalau saya nak ke bidang kesihatan haiwan (veterinar), saya amik modul 3 boleh x ek? Tq :)
Shasha Adlina said…
assalam akak ain..nak tnye kalau result sy mcmni,BM=A,SEJ=A-,MATH=A,BI=B,PAI=B+,BIO,KIM,FIZ=C+,ADMTH=D..sy dpt matrik melaka dlm jurusan sains, akak rasa modul mana yg ssuai dgn result sy tu?tq akak,hrp akak sudi jwb :)
Musya Ros said…
Akak,lelaki kalau pakai kemeja ada stripe dibenarkan tak?
Afieka Alianie said…
k. ain . nk tnye , kak ain ckp modul 3 more on biology , boleh x nk jd farmasict or dc amik modul 3 ? tkot laa plak nk amik modul 1 .. too pack ..
Afieka Alianie said…
k. ain , hmm , i got modul 3 at kmpk . hmm . actually mnat dc ngan farmacist , tp klau boleh nk continue je modul 3 . tp boleh ke ? mcm akak bg thu modul 3 more on biology . tkot nk amik modul 1 . :') hihi ..
Afieka Alianie said…
bkal pelajar kmpk . hihi . tp kn akak nk jd dc boleh er amik modul3 ? huahua . nk tukar modul 1 . ohh . takot .. btw . thanks for all the great information .
NurainSuperr said…
kalau bg akak, mana mana pun awak boleh. tapi depends kat awak. if rasa nak belajaq sains komputer, leh je amek modul 2 or modul 3. if rasa nak amik mcm kat sekolah dulu, g modul 1 ^^
NurainSuperr said…
if awak naj jadi doktor, akak tak sure lah peluang cerah ke tak utk modul 3. sbb biasa susah sikit modul 3 nak dpt medic. eh modul 1 okay je if awak boleh bawa fizik. amek je.
Shasha Adlina said…
tp rase cam xleh je sains..blh tkr akaun x eh akak? kalau tkr, dia hntar ke matrik lain eh? tq kak :)
Shasha Adlina said…
rasa cam tkt la nak amik sains. ssah x akak kalau modul 3, sy leh 2thun pnya. blh x tkr jurusan akaun n kalau tkr, tempat pun akn brtukar jgk ke akak? tqvm ..
hehe
NurainSuperr said…
nak tukaq akaun pun boleh, tp nt degree awak tak leh amek banyak course lah. i mean limited. heh. tak, duk tempat sama ja.
hilman yong said…
salam...saya pon bakal kmpk punya student..modul 3 gak...kena belajo bio ke??...saya x nak x bole bawa otak dah mereng...huhu
hilman yong said…
tahun 2014 punya modul 3 tuko x ....sebab saya xnak bio...otak xle adapt benda alah tu..huhu
Anonymous said…
Are muslims required to wear hijab in matrikulasi? And what if they don't? Will actions be taken? What about orientation week?
assalam..akak nk tanya..dlm pnduan pndaftran ad tulis mengnai brg yg perlu dibawa...n sya nk tanya bju t-shirt lgn pnjng yg berkolar utk prmpuan 2 tlah disediakn olh pihak metrik or kite kene beli sendiri..sya bkal ke kmpk...mohon penjlasn...thanks..
NurainSuperr said…
alhamdulillah^^ err if nak jd doc better modul 1 .
NurainSuperr said…
yup, bio.. hee tukaq la modul 2 , takda bio
NurainSuperr said…
This comment has been removed by the author.
NurainSuperr said…
tk tukar rasanya. heee
NurainSuperr said…
hee as you know all muslim is required to wear hijab at anywhere and anytime ^^ i dont know whether any action will be taken or not. but apa salahnya pakai hijab kan? hee.
NurainSuperr said…
masa time akak dia sediakan,and tak semestinya bawak baju berkolar. sbb kita kan pakai tudung, so takyah pun tkpaa. dia bukan cek pun.
Anonymous said…
Assalamualaikum akak..sye dpt kmpk..modul 2..tp nk tuka ke modul 1..ada x syarat2 utk tuka modul tu,mcm kena ambik exam ke?
Anonymous said…
Akk sye tk byr lg duit matriks tu. Bank tutup time weekends. Hbis la syeee T.T
nad said…
Akak saya dapat modul 2 tapi saya minat medic then saya dah pening nak modul 1 or 3 . Akak boleh bagi nasihat x? And saya dpt kat perak juga . :)
Shasha Adlina said…
akak rase ptt x sy amik akaun atau blajaq je modul 3? konfiuss ni..
NurainSuperr said…
if nak jadi farmacist maybe ok utk modul 3, tp doc cm susah sikit. sbb doc still kena ada ilmu ttg fizik..
NurainSuperr said…
tak da syarat rasanya. masa time akak kami tukaq ja. dia akan bagi borang.
NurainSuperr said…
better awak call office, tanya mereka. if tak bayaq lg cmana..
NurainSuperr said…
if nak medic akak sarankan modul1.
anonymus said…
Sis nak tye.
1 Medium pembelajaran eng or bm?
2 psl computer science tu ssh ke....apa yg dia ajar
3 ada trbc sis mention golf utk rekreasi....boleh elaborate
Tq sis
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
NurainSuperr said…
1: BM
2) tak susah, if minat / tak minat still boleh go on. belajaq pasai komputer.
3) akak tak amek golf, nt awak masuk awak leh tanya budak PDT. inshaAllah depa leh bantu.
Sara Yasmine said…
minat farmasi, xnak modul1.
elok ambil modul 2 atau modul 3 ?

bio dan fiz mana satu sikit dan senang utk faham.
yang mudah skor ?

dua2 ni dpt b/b+ time spm
Anonymous said…
ini lah kakak senior yg sangat helpfull. i got all the informations for my son in all ur answers. TQ so much. Semuga Allah permudahkan perjalanan hidup Ain.
NurainSuperr said…
if nk peluang cerah better modul 1,
akak tak amek fizik, so akk taktau fizik cana.
NurainSuperr said…
sama-sama. Amin ^^
Fatin Kim said…
Akaaakkkk teddy bear boleh bawak tak? hewhew. Tak kisah besar mana pun?
Anonymous said…
salam akak :) mase kelas agama tu blaja apa? hafazan semua tu ke? kelas dinamika?
kesah pulak aku said…
akak.. kelas agama tu kita kena bertaranum ke? tak terer sgt lah taranum ni.
siti aisyah said…
Akak saye dh sebulan kt matrik ...klau nk tukar pst ke pdt boleh lg x??
NurainSuperr said…
TAK SILAP akak tak boleh, PDT hanya untuk org terpilih. dan utk siapa yg dapat result teruk sangat masa final exam semester 1. Biasa pihak matrik akan bg tawaran sendiri.
Anonymous said…
Assalamualaikum .. Akak . Klw mw jadi paediatrics .ambi modul mana? Exam ea mcm mna? Brapa smester? Bahan2 bacaan . Dapat dri pnsyarah kah??
nur fatihah said…
Assalamualaikum kak , kwn sye ckp matrik ni kalau kte tak dpt 4 flat takde value , betul ke ? Pastu kalau kte dpt pointer 3.3 ke 3.5 kte layak sambung U tak ?
amin safrul said…
akak , result mcm mana yg dpt PST ek ? mak saya ckp kalau dapat PDT , da suruh amek form6 , tp saya nak masuk matrik !! :'( result saya 4a4b1c , agak2 dpt mna ek .
Anonymous said…
Results awak boleh dapat pst rasanya
Anonymous said…
Akak saya dapat perak. Modul 1 alhamdullilah. Nak tanya. Results spm saya semua okay tapi physics b+. Can i survive thru module 1? Hehe thanks
Anonymous said…
Kak, sains computer susah tak?
Bro kita sama bro dapat 4a4b1c, kau dapat matrik tak?
Anonymous said…
Salam kak untuk pasal kelas agama , bagi pelajat akaun sekali seminggu jugak ke ?
Anonymous said…
Askm akak, ada tak pelajar Muslim yg tak pakai tudung. Sebab Saya masih belum bersedia lg. Sy tengok semua mcm pakai tudung
Anonymous said…
Salam kak, boleh tak course doctor ambik modul 3 sebab sy x minat physic la kak.. help me anyway sy dapat kmpk jugak :)
hairul said…
nak syurga ke neraka?
Lisa Wong said…
Hi kak. Sy akan masok kmp taun ni. Im chinese and nak tanya pemakaian untuk non-mus di sana camne? dalam surat cakap sopan and im not sure sopan tu baju kurung ke slack+baju bercolar. Mohon pencerahan. Lagi2 for non mus, kena wajib pakai longsleves ke time riadah and time class?
Assalamualaikum! Hai! Saya nak tanya ni hihi. Saya dapat modul 2 then if saya nak sambung degree farmasi boleh tak?
Anonymous said…
Assalamualaikum Kak Ain. Saya nk tanya kat sana signal line phone maxis or digi yg ok?
Anonymous said…
assalam kak ain .... say nak tanya kalau saya amik modul 3 saya boleh sambung dentistry x nanti .....
mira said…
Assalamualaikum kak. Nk tnye nih dekat kmpk boleh pakai tudung bawal bercorak x n lagi satu boleh pakai shawl x? Terima kasih.
Unknown said…
Salam akak, saya nak tnye. Kalau modul 2 nak tukar ke modul 3 boleh kan? Nanti die ade bagi borang ke nak tukar? And modul 3 tu sesuai jugak kan utk jadi doktor pertanian selain modul 1?
Anonymous said…
Kena bawak ape eh awal2
Kaneki Ken said…
wow banyaknya soalan :v, kak pada tarikh 5.6.2017 saya perlu mendaftar
matrik kat perak saya nak tanya kalau lelaki tinggal kat dorm berapa orang?
Anonymous said…
Klau nak tukar modul 2 ke 1 boleh ke kak ?sya kira nak ambil medical lah

Popular Posts