Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

Assalamualaikum. Ni antara barang-barang yang perlu dibawa ke matrikulasi/IPTA.
Tak semua adik-adik kena bawak, ni sebagai panduan je okay? 


Pakaian :


(Perempuan)
- Baju kurung/Baju Kebaya/Jubah ( Bawa dalam 10-15 helai atau lebih)
-Blouse ( kalau nak pergi outing ke )
- Baju lengan panjang (Pakai bila beriadah atau keluar makan dan sbgainya)
-Seluar sukan/Tracksuit
-Seluar pendek ( Pakai dalam bilik jelah. Haha)
-Seluar Slack hitam (Untuk aktiviti rasmi kolej)
-T-shirt/Baju lengan pendek/Baju Tidur (Pakai di dalam bilik)
-Inner baju/Kain dalam/Kain Batik
- Skirt Labuh/Blouse/Baju jalan-jalan (Kalau nak pergi outing)
- Sweater (Sekiranya cuaca sejuk)


(Lelaki)
-Baju Kemeja ( Wajib pakai ketika ke kuliah)
-Baju Melayu ( Bawaklah 1 atau 2 helai bagi pelajar melayu)
-Seluar Slack hitam (Untuk aktiviti rasmi kolej)
-Seluar sukan/Tracksuit/Kain Pelikat
-Seluar pendek ( Pakai dalam bilik. Jangan mengada-ngada nak pakai bila keluar makan)
-Tshirt apa apa corak pun.

Kepala :

Perempuan :
- Tudung/Selendang ( Tak kisah warna apa. Pastikan ada warna hitam)
-Anak tudung ( Warna warni pun boleh )
-Pin tudung ( Apa-apa corak pun boleh, bawak stok banyak sikit)
- Sikat/Sepit rambut/Getah rambut/Cekak (sukahati nak bawak ke taknak)

Lelaki :
-Kopiah/Songkok ( Tak wajib)
-Topi ( Pakai dalam bilik jela ye? Haha)

Kaki :
-Flatshoes sahaja ( NO HEELS!) ( Warna apa pun, tak kisah but at least kena ada warna hitam/ warna gelap) (Tak semestinya PVC) (khas untuk PEREMPUAN)
-Kasut kulit ( Wajib kepada LELAKI bila nak pergi kuliah)
-Kasut Sukan ( Apa-apa jenama pun, asalkan kasut sukan !)
-Sneakers ( Tak Wajib )
-Selipar jamban/Jepun (Ni mestilah bawak. Beli yang tahan dan kuat sikit. Takut tergelincir dalam bilik air) (kalau nak pakai selipar masa pergi makan, cari yang LAWA-LAWA sikit. Haha)
-Stoking {Warna apa pun tak kisah tapi at least ada warna HITAM(bagi LELAKI) dan warna HITAM/warna KULIT (bagi PEREMPUAN) }

Penjagaan Diri :
-Pencuci muka ( Belilah Oxy! Haha tak kisah apa jenama pun)
-Sabun Mandi ( Beli yang baunya kuat. Baru tahan wangi untuk berjam-jam kan?)
-Ubat Gigi/Berus Gigi (Wajib ! Untuk mengelakkan mulut anda berbau)
-Shampoo ( Gunalah Head and Shoulder. Hee, tak kisah apapun jenama. Beli yang besar sikit, tahan lama)
-Deoderent ( Bagi megelakkan ketiak anda berbau. Wakaka :P)
-Losyen Badan (Untuk menjaga kulit bagi perempuan. Ada ke lelaki pakai losyen?)
-Alat Solek ( Perempuan sahaja. Lelaki jangan. Haha)
-Minyak Wangi ( Belilah pewangi yang tahan lama)
-Minyak Rambut/Gel ( Oh lelaki kena ada benda ni.Nampak kacak sikit)
-Pengetip kuku/earbuds/sikat
-Tuala ( Untuk lap badan dan cover badan lepas mandi !!)

Laundry :
-Hanger ( Bawak banyak-banyak bagi sesiapa yang tak suka lipat baju. Haha)
-Hanger kecil (Untuk sidai yang dalam-dalam)
-Pengepit baju ( Beli yang saiz besar sikit)
-Sabun Basuh (Gunalah liqiud untuk menyenangkan anda)
-Baldi ( Untuk basuh baju)
-Gayung ( Kalau takda air, nak ambil air daripada baldi macammana? Haa)
-Berus ( Untuk berus baju)
-Bakul kecil ( Untuk letak shampoo, ubat gigi dll. Kan senang.)
-Bakul baju kotor/bersih ( Tak wajib)

Alat tulis :
-Testpad/Kertas Kajang (Penting untuk buat experiment & assignment. Belilah yang beratus-ratus helai punya. Tahan lama)
-A4Paper  (Penting untuk buat experiment BIOLOGY dan assignment. Belilah yang beratus-ratus helai punya. Tahan lama)
-Kalkukator Saintifik (Penting. Pakai je yang masa sekolah menengah punya)
-Buku nota panjang/pendek ( Kalau nak catat nota penting ke. Dalam buku tersusun sikit daripada tulis kat kertas)
-Pen/Pensel
-Pemadam/Liquid Paper
-Pembaris Pendek dan Panjang
-Selotep ( Untuk bunuh CHARLIE :P)
-Stapler/ubat stapler (Beli saiz kecil sudah..)
-Highlighter (Kalau nak lecture note berwarn-warni & highlight benda penting dalam lecture note)
-Gunting ( Untuk apa-apa je)
-Fail ( Beli yang boleh muatkan banyak kertas tu)
-Gam ( Kadang-kadang berguna)
-Klip kertas ( Kalau taknak kertas bersepah-sepah)
-Pembalut buku ( Tak wajib. Kalau siapa sayang buku, taknak berkedut-kedut sila beli)
-Pembalut hadiah ( Kalau nak cantikkan meja atau board anda)
-Penebuk lubang (Kadang-kadang berguna)

Bilik :
-Cadar/Sarung Bantal ( Gambar kartun pun boleh. Jangan segan. And matrik TAK SEDIAKAN benda ni)
-Selimut
-Bantal Peluk
-Bantal busuk( Bawak kalau tak, tak boleh tidur nanti. Aha)
-Bantal EXTRA ( BANTAL KMPK TAK BEST)
-Alas kaki (Tak wajib)
-Tong sampah besar/kecil (Suka hati nak bawak ke tak)
-Jam loceng ( Beli yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Baru senang bangun)
-Cermin kecil ( Kalau taknak berebut cermin, bawak cermin sendiri)
-Kunci Mangga ( Prepare, ada yang akan dapat almari pakai selak je)
-Kalendar kecil (Tak wajib)
-Jarum/Benang  (Tak wajib)
-Pewangi Loker  (Tak wajib)
-Ubat nyamuk  (Tak wajib)
-Ubat gegat  (Tak wajib)
-Sticker (nak hiaskan bilik jadi cantik. HAHA. Tak wajib)
-Penyapu  (Tak wajib)
-Kain buruk  (Tak wajib)
-Mop  (Tak wajib)
-Penyangkut kecil yang boleh lekat kat dinding (Berguna jugak kadang-kadang)
Untuk pelajar ISLAM :
-Sejadah
-Telekung
-Yassin/al-Quran (ramai yang bawak al-quran mini berserta terjemahan)

Untuk perut :
-Stok makanan yang banyak ( Maggi, biskut, roti, keropok...)
-Minuman segera (Milo 3 in 1, Horlick, Nescafe, Cadbury....)
-Pinggan/Mangkuk/Cawan/Mug/Tupperware
-Sudu/Garfu
-Air mineral (Wajib. Kalau boleh beli yang besar terus)
-Thermos ( kalau malas nak turun ambik air panas. Gunalah thermos. Ambil sekali, terus simpan)
-Botol air (Tak wajib)

Kalau sakit :
-Panadol
-Eno halia atau lain-lain
-Minyak angin/Minyak Gamat
-Eyemo
-Plaster
-Ubat-ubatan (demam, selsema, ..dll)

Gadget :
-Handphone ( Kenalah bawak kan?)
-Headphone ( Kalau bosan masa belajar, pakailah benda ni untuk dengar lagu. Tak menganggu orang lain)
-Laptop/netbook/notebook/Ipad (Tak wajib)
-Charger HP/laptop (Jangan lupa bawak pulak)
-Kamera digital/DSLR  (Tak wajib)
-Pendrive/ Hard disk ( Untuk korang exchange MOVIE. haha)
-Radio kecil/mp3 player  (Tak wajib)

Dokumen :
-Borang-borang matrikulasi suruh bawa
-Sijil-sijil  (Tak wajib sebenarnya)

TAMBAHAN :
-Meja kecil ( Memudahkan untuk buat kerja bila duduk atas lantai)
-Beg tarik/ beg kecil (nanti nak balik rumah takyah bawak beg besar-besar)

DILARANG BAWA :
-Peti Ais Kecil
-Seterika
-Printer
-Cerek Elektrik
-RiceCooker
-Kipas
-Extension Plug
-ROKOK/DADAH
-LIGHTER
dan lain-lain yang diharamkan bawak.

Tapi kalau nak bawa boleh, pandai-pandai la sorok dalam loker. Haha
Jahatnya akak ni kan ajar korang bukan-bukan.
Bukan apa, kadang-kadang dia akan buat spotcheck mengejut. Dan, disebabkan penggunaan barang elektrik yang banyak boleh menyebabkan satu aras blackout.

Notatangan : Yang ROKOK tu janganlah bawak ea. Tapi biasanya budak lelaki akan bawa juga, tengoklah nanti kalau lalu tepi toilet lelaki, mesti ada bau rokok -.-

Busuk k BUSUK !

Okay, ada apa-apa lagi? Tak ada. K tata.

Diupdate pada 15/5/ 2014.
 
 

Comments

  1. Kat Matrikulasi penggunaan laptop untuk apa je eh? And bedsheet semua dia sediakan or we've to bring our own? Kasut tu pulak kalau pakai flat shoes je boleh tak ? Tu je, Thank you ! Adios. (:

    ReplyDelete
  2. @nabilah penggunaan laptop hanya untuk membuat asignment dinamika, presentation dan mencari maklumat. bedsheet bawak sendiri, dia tak sediakan. memang kena pakai flatshoes kat sini, tak boleh pakai heels :)

    ReplyDelete
  3. Masa class kena pkai baju ape? Rules utk pakaian , strict ke ? Almaklum perempuan , ssh skit ;)

    ReplyDelete
  4. Thank you a lot sis ! Sangat-2 helpful. (:

    ReplyDelete
  5. Kasut kna bertutup ke? kalau pakai jenis sandel boleh x?

    ReplyDelete
  6. @atiqahhhbadrul masa kelas kena pakai baju krung, mcm kami masa beberapa bulan tu memang kami pakai baju kurung tapi lama-lama ada yg pakai blouse dgn skirt. tapi bergantung la kalau dah ramai pakai mcmtu, join lah sekali :P tapi kalau kena tegur dgn lect, sory :) ada lecturer jenis tak kisah.

    ReplyDelete
  7. @dayahamed kasut memang kena jenis bertutup, hm. kalau adik ada kelas dinamika, lect akan marah kalau pakai kasut jenis mcm sandal. better pkai yg jenis mcm lasut org pergi kerja tu/

    ReplyDelete
  8. This entry really helps alot. Thank you sis! Pulun bawak banyak beglah ni haha

    ReplyDelete
  9. nak tanya,tak pakai tudung boleh tak?btw post ni sangat membantu! thanks :)

    ReplyDelete
  10. @nurul boleh saja. tapi pastikan ada bawak tudung jugaklah. lgpun masa orentasi pelajar islam akan solat berjemaah dr subuh sampai isyak kat masjid, akak rasa better masa orintasi pakai, lepastu terpulang kat awak nak pakai ke tak :)

    ReplyDelete
  11. owh ok tq sis..charlie pun ade jgk??ingatkan kat p.penang je :3

    ReplyDelete
  12. Salam kak,sye tak pernah msuk asrama.nk tanye..akak bawak berapa beg pegi matrik?sebab banyak jugak brg yg akak kate nk kene bwk tu.Rasenye 2 beg besar pun belum cukup.memang semua orang akan bawak beg banyak2 ke?mohon penjelasan.terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Kat sana ada sistem dobi ke camne? Mesin basuh yg naj basuh sendiri-2 pun mesti ada jugak, kan?

    ReplyDelete
  14. @nurul a'ah tapi dia ada musim kalau kat matrik perak ni, masa sem 1 banyak sgt. tp alhamdulillah walaupun bilik akak mgadap kelapa sawit tapi charlie tu ta byk, bilik lain banyak woo

    ReplyDelete
  15. @anonymous akak bawak lebih daripada 2 beg, rasanya adalah dalam 5 beg cmtu. hihi, yup mmg byak. tp utk budak dah biasa masuk asrama, dorg akan bawk sikit. sebab apa pun akak tak tau lah.

    ReplyDelete
  16. @anonymous kat sini ada MESIN BASUH BERBAYAR, kalau kat matrik perak ni kena bayar RM2.OO. dia sediakan 3 mesin basuh kat setiap blok.

    ReplyDelete
  17. Salam akak,betul ke orang kata matrik ni susah and pack sgt sampai takde mase nk relax?bukan ape kak..saye ni taklah pandai sgt.subjek sains saye semua B dan addmaths C+ waktu SPM.mampu ke saya nak adapt dgn suasana kt situ?akak rase matrik sesuai utk sye ke?mohon pendapat.terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Hm kalau utk modul akak, akak ta rasa pack sangat. Eh akak pun ta dpat A tau masa spm utk subjek sains. Inshaallah kalau adik nak berjaya di sini, adik boleh buat . Tp kalau rasa waswas, better g u .

    ReplyDelete
  19. salam akak,kalau katakan saye amek matrik jugak..dengan keputusan saye kt atas tadi tu..mampu tak saye skor 3.5 ke atas utk module3?ade tak orang result spm mcm tu skor bagus?pointer akak okay tak?maaf saya banyak tanya.saya takut sgt kalau saye terbuat pilihan yg salah lagi.terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Kak, saya nak tanya ni. Agak2 kuantiti baju kurung tu kan berapa ek? Takdalah takut tetiba tak cukup ke apa ke susah pulak. Lagipun tak pernah masuk asrama tu yg mcm blurr sikit. Lagi satu, confirm pakai calculator kan? Calculator yg 570 tu ke? Sama je?

    ReplyDelete
  21. Charlie tu apa kak?

    ReplyDelete
  22. salam akak,kalau nk buat assignment n salin nota nnti guna testpad ke buku tulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye akk need help here....do we have 2 wear kst kulit for girls....hmmm

      Delete
  23. tumpang tnya...adakah penggunaan laptop satu keperluan...atau takde pun takpe???

    ReplyDelete
  24. @anonymous BAJU KURUNG digalakkan bawa lebih kurang 10 helai. tapi nak bawak lebih dari tu pun takpee. Akak bawak 15 helai ja. hihi. CALCULATOR memang wajib . Yup, tapi kalau na pakai yg advanced sikit pun boleh

    ReplyDelete
  25. @anonymous CHARLIE adalah sejenis serangga mcm tu lah. KALAU kena gigit nanti ada parut. heee

    ReplyDelete
  26. @anonymous Waalaikumussalam, ASIGNMENT biasanya kita buat dalam test pad, kalau nak SALIN NOTA boleh guna test pad atau buku. Depends lah, mcm akak kadang-2 guna testpad, tp nanti nota cepat hilan. So kalau salin nota, baik guna buku.

    ReplyDelete
  27. @anonymous LAPTOP tak penting sangat kat sini, ramai je tak bawak laptop, tapi bila kena buat presentation ENGLISH, AGAMA atau DINAMIKA , kena guna laptop. Biasanya kami pinjam meminjam je kalau takda laptop

    ReplyDelete
  28. Oh okok. Beg pergi kuliah pun besar ke kecik eh? Ke beg sandang mcm beg sekolah tu? Atau terpulang? Thanks akak :)

    ReplyDelete
  29. @anonymous BEG tu terpulang, ada yang bawak beg sandang, tk kisah pun besar ka kecik hihi :)

    ReplyDelete
  30. MAAF PADA ANONYMOUS YANG ATAS-ATAS. TAK PERASAN COMMENT ADIK.
    hmmm, ramai je dek yang result SPM TAK OKAY tapi masa kat matrik dia perform baik-baik. POINTER kawan akak 3.85 , masa SPM dia biasa ja. AKAK dapat 3.65 ja masa semester 1. Tap ALHAMDULILLAH 3.5 ke atas. Depends kat orang tu dek, kalau adik masuk tapi tak RAJIN dan tak BERUSAHA pun takkan dapat 3.5 ke atas melainkan adik ni betul-betul paandai.

    ReplyDelete
  31. Oh. Ok. Terima kasih kak. May Allah bless you always! Hehe.

    ReplyDelete
  32. maknanya ade lagi harapan utk saya ubah pencapaian saya kan?hehe.tapi mesti kene rajin sangat2 lah kan sbb saya dah jauh ke belakang.insyaallah,saye akan berusaha lagi.terima kasih sbb sudi berkongsi.(^_^)

    ReplyDelete
  33. tumpang tanya..heee..heel yg bertutup dbenarkan tak?

    ReplyDelete
  34. salam. akak dekat matrik adik dapat sains. boleh choose ke nak modul 1,2 or 3 ?

    ReplyDelete
  35. Salam Akak modul kat matrik for sains bolehh choose ke?

    ReplyDelete
  36. yup, masih ada HARAPAN lagi dek. Nanti bila dah masuk matrik, insyallah awak boleh adapt. Hihi, environment dia sangat best, and tak terdedah kepada pencemaran ( i mean dunia luar) sama sama :)

    ReplyDelete
  37. @ieta Err kasut heel bertutup pun TAK dibenarkan ^^

    ReplyDelete
  38. @michieshilton TAK BOLEH pilih , dia dah tentukan. TAPI kalau nak tukar, tggu masa hari orientasi :)

    ReplyDelete
  39. tapikan kak, dekat laman web matrikulasi cakap barangan elektronik tak dibenarkan bawa melainkan handphone. boleh ke bawa laptop tu?

    ReplyDelete
  40. @faz shawpurl boleh ja dek, kalau tak kenapa akak bawak tak kena ambik pun -.-
    Ramai kot yang bawak.

    ReplyDelete
  41. kalau yg mp3 tu mcm mne plak? blh bw x? cara pemakaian tu mmg btol yea pkai bju kurung je? x de terikat?

    ReplyDelete
  42. hi akak, nak tanya bila masuk matrik perlu ke bawa printer?

    ReplyDelete
  43. tumpang tanya kak,baju lengan panjang yg utk beriadah tu...tak kisah kan mcm mane pun?yang penting baju tgn panjang kan?

    ReplyDelete
  44. @nurul aisyah mp3 boleh ja, yup. mostly kat sini kita pakai baju kurung, tapi lama-lama akan ada je pakai kemeja, maxi dress and mcm-2. kebanyakan terlepas, tapi kalau kena tegur. hati-hatilah ea.

    ReplyDelete
  45. @farhana radzi PRINTER tak perlu bawa, lagipun printer dilarang bawak :)

    ReplyDelete
  46. @anonymous yup tak kisah pun macam mana, yg penting baju lengan panjang.

    ReplyDelete
  47. Kak..kan ada seminggu orentasi bagi plajar baru..apa ya aktivitinya?..huhu

    ReplyDelete
  48. btw,ape phak matrik ad sediakan peralatan eleektrik ke?

    ReplyDelete
  49. Akak , boleh tak listkan stok makanan yg boleh dan senang dibawa nanti kat sana ? Thank you :)

    ReplyDelete
  50. flatshoe tu kene yg jenis kulit atau tak kesa?

    ReplyDelete
  51. Hari orientasi? HIhi, macam-macam dia buat, tapi jangan risau semuanya best-best :)

    ReplyDelete
  52. BARANG ELEKTRIK yg disediakan adalah seterika, pemanas air dan mesin basuh.

    ReplyDelete
  53. kalau akak bawak makanan mcm maggi, biskut, apollo , keropok , then ada jugak bawak nestum, milo, nescafe. :)

    ReplyDelete
  54. pasal flatshoes tu rasanya tak kisah.

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum kak. Nak tanya kalau pakai kasut pi kuliah tu heel dia tak berapa nak tinggi tu takpe ke? Laptop kalau yg ambik sains kena ke bawak? DSLR pulak utk apa ea? Sorry banyak soalan. Thank you kak. Nice entry. REALLY HELPFUL :)

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum .. info akak serius berguna sangat , thanks ! :D .. and nak tanye , boleh pakai jeans tak kat sana ? saya asal Tangkak Johor , sy tengok budak2 KMJ kalau outing mesti pakai baju kurung .. pakaian utk outing pulak memang macam tu eh? and last question ! hehe sory .. bile boleh pakai kasut selain kasut bertutup ? cth sandel .. sory banyak tanye kak .. ^__^

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum kak. Saya dah baca semua comments, but still ragu-ragu pasal bawak laptop tu. Sebab kita tak pernah masuk. Takut terbawak benda terlarang tak memasal kena rampas pulak. Ada yang cakap kena mintak permission dulu baru boleh bawak. Contoh macam saya nak bawak, terus bawak ke atau tunggu 2-3 minggu baru bawak? Terima kasihh.

    ReplyDelete
  58. @anonymous hm akak tak pasti lah dek. boleh kot. laptop kalau nak bawak, bawak lah. kalau taknak pun tkpe. dslr? errr tak tahu lah. mcm mbe akak dia bawak sebab nak join kelab fotografi. sama-sama :)

    ReplyDelete
  59. @siti waalaikumussalam, jeans? tak boleh lah dek :)
    haaa biasanya awal-awal kami mmg pakai baju kurung nak outing, then lama-lama pakai baju biasa pun boleh : D
    tp depends pada pengarah dan rules utk tahun korang lah. kalau nak pakai sandal, lepas habis kelas ke. nak g jalan-jalan sekitar matrik, ataupun g makan kat kafe :)

    ReplyDelete
  60. @anonymous waalaikumussalam, macam akak. akak bawak lepas 3 minggu kot akak duk kat sana. A'ah kalau ikutkan kena mintak permission and ada borang dia , tu utk langkah keselamatan. tapi kebanyakan bawak mcmtu je.

    ReplyDelete
  61. Hmm nk tnye.. kalau terkantoi bwk brg elektrik mcm pemanas air or seterika tu ap tindakan yg pihak matrikulasi tu buat?? time akak dulu ade x berlaku mcm ni??

    ReplyDelete
  62. Salam kak,nk tanya,yg baldi n tmpt baju kotor tu semua ada jual kat sane ke biasanye ramai yg bawak dari rumah? Btw,entry ni bgus sgt!

    ReplyDelete
  63. salam kak. akak ada tak kawan dekat matrikulasi melaka? saya dapat matriks melaka daftar 27 mei ni. saje nak tanya life diorang kat sana hehe. thank you!

    ReplyDelete
  64. @anonymous Kalau terkantoi, dia akan rampas. And lg seminggu sebelum habis matrik baru dia akan pulangkan balik.

    ReplyDelete
  65. @shah peter Haa biasanya ramai bawak dari rumah, tapi masa akak orientasi haritu , ada orang jual depan hostel hehe

    ReplyDelete
  66. @anonymous Wasalam, hehe takda lah dek. yang ada johor,kedah, penang, perak, perlis dengan selangor ja.
    sorry ya :)

    ReplyDelete
  67. yo kak! pasti ke bleh bawak laptop ngan handphone? plus, android tablet bleh bawa x?

    ReplyDelete
  68. @beatscrapbeat HANDPHONE mestilah boleh bawak, ni bukan sekolah asrama dek. LAPTOP boleh je bawak. akak bawak lepas 2-3 minggu kat situ. TABLET? boleh jaa, ada yg siap bawak IPAD lagi. tapi yg penting kena JAGA baik-baik. takut kena curi pulak.

    ReplyDelete
  69. Salam...akak baju kurung tu ...baju kurung moden boleh ke atau baju kurung johor je...

    ReplyDelete
  70. akak, kalau yang x bertudung boleh bawak hair straightener x?

    ReplyDelete
  71. salam kak boleh tak pakai jubah tyme kuliah?

    ReplyDelete
  72. @anonymous wasalam, haa tak kisah. apa-apa jenis baju krung pun boleh.

    ReplyDelete
  73. @anonymous haa hair straightner? rasanya tak boleh, sbb tu kira brg elektrik.

    ReplyDelete
  74. as salam kak . thanks a lot . bende nih btol btol membantu ;) . but nak tanye , makan kat sane tanggung sendiri atau disediakan ? then agak agak duit belanja berapee ehh ? :D kalau outing , bila je boleh outing ? boleh akak bagi jadual seharian hidup kat matrik . dari bangun tidoo sampai nak tido . hehe . tengs kak and maaf :)

    ReplyDelete
  75. salam kak,klu utk fail nota lecture tue msti yg bnyk ble simpan kertas ke or yg biasa2 pn ok ?
    BTW kak ada kna sediakn buku pnjg log ka for kuliah? Kalau buku log tue bole yg soft cover ja ?

    sorry sya bnyk tnya :)

    ReplyDelete
  76. wsalam, sama-sama. :)
    Makan tanggung sendiri, tapi nanti dah dapat elaun, gunalah elaun tu hihi.
    hmm sehari akak habiskan dalam RM6 atau RM7. Tu pun makan tengahari dan makan malam.
    outing hanya hari minggu atau cuti umum.
    Jadual seharian? Pagi bangun awal, then ada masa lagi seblum p kelas, buat revision / siapkan tutorial. Lepas habis kelas, rehat jap. Then uruskan baju-baju, beli makanan ke. Atau p jumpa pensyarah. Lepas maghrib, kdg-2 kalau ptg tak p beli makanan, akak beli malam. And biasanya bungkus sebab nak jimat masa. Then lepas makan sambung buat tutorial, and study utk kuiz ke ape ke. Tapi kdg-2 pensyarah akak, buat kelas malam. Jd kena pergi pulak kelas malam. Haa and yg penting jgn lupa solat, and selalulah pergi event yg matrik buat sekiranya free :)

    ReplyDelete
  77. @feet_3 : Fail tu tak kisah dek. tapi kebanyakan member akak bawak satu fail yg boleh muat byk kertas. For kuliah, tak yah buku log pun takpe :) Buku biasa pun boleh, ada jugk yg guna kertas. Ikut keselsaan masing-2

    ReplyDelete
  78. Assalamualaikum kak. Saya nak tumpang tanya dekat sini. Macam ni, saya ada melanggan buku pada setiap bulan dan kena ambik sendiri dekat Kinokuniya selalunya. Tapi bila dah dapat matriks di Selangor (kebetulan saya pun orang Selangor) saya ingat nak buat buku tu terus dihantar ke matriks sebab saya nak secepat yang mungkin. Masalahnya boleh ke tidak ye kak? Kalau boleh cara macam mana yang saya kena buat? Terima kasih.

    ReplyDelete
  79. @amy Waalaikumussalam, boleh rasanya. macam akak, akak selalu beli barang online and akak hantar ke matrik Perak. Haaa, letak je alamat matrik selangor tu. Mcm tempat akak, kami kena letak juga num bilik dan blok tempat kami tinggal.

    ReplyDelete
  80. Laptop wajib bawa ke? maksud sy banyak ke kerja yg akn menggunakan laptop nanti?

    ReplyDelete
  81. Salam Akak, nak Tanya dekat kmpk Ada ke Internet? Masked saya dkt bilik tq:)

    ReplyDelete
  82. akak, kalau pakai kasut yang bukan kulit or pvc boleh tak? bertutup, takde tumit and warna hitam. boleh tak?

    ReplyDelete
  83. @sayasayangapple95 : Laptop tak wajib bawa, tapi hm kalau semester tu, adik ada kelas dinamika , agama kena pakai laptop. Cuma takdelah sepenuhnya guna laptop, hanya untuk presentation and membuat resume ja.

    ReplyDelete
  84. Wasalam, ada internet. Tapi kalau kat bilik, depends lah. Kalau adik dapat duduk BLOK INTAN atau TEJA. Inshaallah dapat.

    ReplyDelete
  85. boleh je kalau taknak pakai kasut PVC :)

    ReplyDelete
  86. salam kak. yuran matrik tu kena bayar bila ye? pastu kalau saya masuk matrik, then keluar sebab dapat tawaran upu. boleh ke?

    ReplyDelete
  87. Ehem salam akak ain. Matrik gopeng tu kan dy punya rules ketat tak. N kalau outing pegi mana. N kalau outing tu pakai baju ap. Packed sgt tk jadual dy akak? Mm. Kalau balik cuti mcm nkbraya tu brapa hri. N akak blik naik apa. Train? Gopeng tuu dekat dgn kl tk. Sori tnya banyak. Bhahahaa

    ReplyDelete
  88. Salam.
    Dia tulis kena bawak bukti dah bayar yuran kan. So memang kena bayar
    lah before hari pendaftaran 27hb ni? Sebab ingat nak buat rayuan UPU.
    Second, if hari pendaftaran saya pakai baju kurung and kasut bertali cam
    lelaki tu boleh? Pvc macam pelik je, kena halau tak kalau pakai kasut
    bertali tu? Tshirt lengan panjang kena bawak berapa eh, sebab saya baru
    nak beli kat rumah tak banyak lengan panjang. Then modul dia dah
    pilihkan? Nak check kat mana? Ke masa pendaftaran tu dia baru bagitahu?
    Sorry sangat banyak tanya, anak first so macam blur sikit pasal ni.
    Terima kasih kak ^.^ p/s : Charlie tu apa, tak pernah dengar pun ?

    ReplyDelete
  89. salam akak saya nak tanya . elaun mmg akan dpt ke ? kalau dpt brape yer dia bg ? lepastu kalau saya bawak maggie cup , dia ade sdiakan air panas ke ?

    ReplyDelete
  90. @ wasalam, adik kena pergi bayar sebelum hari pendaftaran. Kalau dapat tawaran UPU? boleh je dik :)

    ReplyDelete
  91. @ Wasalam. Masa batch akak rules tak ketat sangat. Outing selalu pergi IPOH PARADE , GM, AEON, MYDIN. Outing masa awal-awal kami pakai baju kurng , lama-lama kami pakai baju biasa. Yang penting jangan ketat atau seksi haha. Raya? Ce nanti tgok jadual. Nt korg ada dapat satu buku, kat situ boleh tgok brapa lama korg cuti. Rasanya dlm seminggu kot. Akak balik naik BAS. Tapi ada je yg naik train. Gopeng tu jauh dek dengan KL. Dekat 3 jam tau. haha

    ReplyDelete
  92. wasalam. Yup, kena bayar sebelum hari pendaftaran. Oh sure buat jelah dek :)
    Entahlah, rasanya boleh kot. Ce call phak matrik, tak semestinya pvc. Kasut flatshoes cm org g jalan-jalan pun boleh. Akak bawak dalam 4-5 helai je baju lengan panjang,. And ada je baju lengan pendek, tapi akak pakai kardigan lah. Hehe. Yup, haa dia dah pilihkan. Akak tak ingat lah dek T.T
    Eh, akak pun anak pertama. Sep sep ! Hihi, sama-sama.
    Charlie tu sejenis serangga kecil warna oren.

    ReplyDelete
  93. @zatie rehan wasalam. Yup, memang akan dapat. Haaa sebulan 250. Ada je air panas :)

    ReplyDelete
  94. salam,,nk tanya ni,,kasut bertutup,warna hitam tapi ada corak warna koko cikit kat atas tu and ada ribbon sekali boleh pakai tak untuk matrik perak nie?? lagi satu kalau seluar jeans mmag tak boleh pkai langsung ke kat sna nanti?

    ReplyDelete
  95. kasut tu kalau ada corak ckit2 boleh x and wna koko cikit2 tapi kasut 2 wna htam,,seluar jean mmang x boleh pkai lgsung ke masa kat matrik perak nanti?

    ReplyDelete
  96. @nurul najihah : Boleh jeee, tapi kalau adik ada kelas dinamika nanti. Takut kena tegur dengan pensyarah dinamika. Jd pakai masa takda kelas dinamika yea :)
    Mula mula dorang kata tak boleh, tapi lama lama ramai je budak pakai. Asalkan jangan ketat sangat. Nanti kena tegur dengan pensyrah, sebb pensyarah ramai stay dalam matrik jugak.

    ReplyDelete
  97. mknanya kalau x nak kena tgur kita kena pkai kasut htam yg ksong ke?? klau msa outing boleh x pkai jeans??sorry akak tnya bnyk2,x de pngalaman lg neh

    ReplyDelete
  98. @nurul : yup, kena pakai kasut macam tu. Outing rasanya boleh, eh takpe :)

    ReplyDelete
  99. Salam. Post ni n comment kt sni semua membntu. So mksdnya blh pkai apa jenis kasut flat shoes skalipun la kan aslkan ia bertutup? Confuse bila tgk kna pvc/kulit bagai ;) Warna apa pun tkpa la kan kalau pergi kuliah cuma dinamika tu yg strict skit? Err

    ReplyDelete
  100. akak medical checkup kne buat jugak ke sblom masuk kms ni ?

    ReplyDelete
  101. salam akak, nak tanya ,biase klau mcm da dftar,orientasi and dah ada class semua, yg time nk cuti tu biasa lepas sebulan dah kat sne or lebih dr sebulan bru die bg cuti? sbb kan akk ada ckp yg akak bwak lappy lepas 3 minggu,so mksudnye masa tu akak tgah cuti ke akak call parents suruh hanta lappy kt kolej?

    ReplyDelete
  102. kasut tu kalau jenis cam verns yg tutup dpn sikit tu boleh?

    ReplyDelete
  103. akak..saye ade tnye jiran saye..dye tu ex matrik perak 2012 la..dye kate boleh pakai kasut colour ape pon ta pe asalkan betutup...confius la..kasut plain or ape2 je asalkan betutup??...saye beli kasut wane light brown ade bunge skit...bole ke??harap akak bole jwb..thanks...

    ReplyDelete
  104. thanks akak,,seriously berguna sangat jwpan akak tu,,

    ReplyDelete
  105. aah boleh pakai kasut warna apa pun, yup asalkan bertutup. Itu rules. Haa boleh je :)

    ReplyDelete
  106. kak, kalau baju t shirt lengan panjang tu, takde collar boleh je kan?

    ReplyDelete
  107. knape ade org kate kne kasut wane itam je n plain or kulit??mane satu ni...kasut itam or any colour asalkan betutup or kasut wane gelap??hope boley bantu..time kasih..

    ReplyDelete
  108. boleh je kalau takda kolar, tapi untuk yg bertudung okaylah. akak pun haritu mana ada bawak banyak baju berkolar.

    ReplyDelete
  109. kasut tu sebenarnya tak kisah mana mana kaler pun. Tapi at least kena ada warna HITAM, sebab takut lecturer dinamika tegur . Kaler lain pun boleh, ramai je pakai warna lain. But I suggest pakai warna yg tak terlalu terang. Sebab masa batch akak, dia kata kena pakai warna yg gelap-gelap je. Tapi yg mana tak ikut rules tu, dorang pakai je merah, kuning dan yg lain-lain. Ni pra-U, dah bebas dah. bukan mcm sekolah ^^.

    ReplyDelete
  110. assalamualaikum akak ,
    thanks for sharing (:
    saya nk tanya something ,
    brg2 mcm pen testpad tu semua boleh beli kat matriks je an ?

    ReplyDelete
  111. Salam akk.. sy nak tnye satu benda . Maaf kerana mengganggu..
    - seluar jeans bole pki bila?
    - bg lelaki lau ada kelas kne pki kemeja je ke?
    - akk makan maggie cari heater kat mne?
    - kalau seterika tk bole bawak,then mcm mne nak gosok bju?
    - modul tuh diorang pilih based on apa? Sy kalau bole tak nak amek bio
    - pointer pulak selalu nye above berape baru tk kne tendang?
    - laptop penting tk? Kalau sy bwk netbook je akk rse okay?
    - kalau sy bwk kasut sarung wane hitam bole tk?
    - wifi tuh mcm mne pulak ea? Kalau nak cari maklumat dlm internet kat mne?
    - outing bole pki bju bebas kan?
    - elaun dia bg setiap bulan ea? Duit buku tuh semua mcm mane?

    * sorry akk bnyk soalan. First time msok asrama. Thanks..:)

    ReplyDelete
  112. @nadiah waalaikumussalam. Yup boleh beli kat sana, tapi mahal lah heeee akak pun beli kat luar. takpun suruh kawan yg duduk area situ belikan kat kedai luar.

    ReplyDelete
  113. kasut kulit untuk girls? akak rasa tak untuk girl tak perlu.

    ReplyDelete
  114. wsalam.
    -seluar jeans tu boleh pakai kalau pergi makan , means masa bukan waktu kuliah/kelas. Macam waktu malam ke, atau hari sabtu ahad ke.
    -yup , lelaki kena pakai kemeja sahaja.
    -heater ada kt bilik iron
    -modul dipilih based on result spm. kalau misal kata adik dpt bio tapi nak tukar pun bolehh
    -kena above 2.oo
    laptop tkla penting sgt, cumu untuk buat presentation ja hihi. boleh, kebanyakan kat mtrik akak dorang bawak netbook
    -wifi ada, tapi tak mrnyeluruh. Ada yg akan dpt wifi dlm bilik, kalau nak line kuat dekat anjung siswa/library
    -yup, boleh pakai baju bebas
    -aah elaun dia bg setiap bulan
    -duit buku tu termasuk elaun tu

    haha takpe, akak pun mcmtu dulu

    ReplyDelete
  115. ._. assalamualaikum kak.
    um..salinan sijil2 kitew yg dah ada cop skolah nak kena bawa kew nnti?

    ReplyDelete
  116. Ohh. Terima kasih akk. Sgt berguna. Btw akk setahun ke 2 tahun?adk tkde amek fizik time spm but egt nak amek modul 2. Bole ke akk? Spe nak ajar nnti?

    ReplyDelete
  117. @shiizumi : waalaikumussalam, masa dulu akak bawak je.. but then tak guna pun. Tapi tak silap, kalau nak mohon jawatan dalam library kena ada sijil-2 ni.

    ReplyDelete
  118. sama-sama. Akak setahun je, haaa boleh je. Tapi adik kena struggle lebik sikit lah. Haaa lecturer akan ajar ikut silibus lah. Tapi akak pun tak berapa tau sgt physic di matrik. Roommate akak kata sem 1 lebih kepada basic, tapi sem 2 adik akan lebih ke pengiraan elektrik kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh. I see. Thanks 4 the info akk..! :)) adk pun dpt setahun tp mcm nk amek fizik yelah spe nak ajar kan basic pun tkde. Btw,sijil semua nk bwk ke? Kelas dinamika tuh mcm mne? Bilik bpe org? akk ada wechat tk? Sng nnti nk tnye

      Delete
  119. thanks kak for this useful entry.. hehe..>.<
    kuliah mla pkul bpa ek ??
    p/s: 1st time dgr srangga ad nma charlie..cm comel je

    ReplyDelete
  120. hihi betul betul. sijil? akak bawak je masa tu. tapi tak ada guna pun..
    but dgar cerita kalau adik nak mohon jawatan kat library sijil tu dia nak. Tapi akak tak berapa pasti lah.
    Dinamika tu dia ajar kita cara makan, cara berpakaian, cara mghadapi interview, dan mcm-2. dia bg adik communication skill. bilik tidur ke? satu bilik 4 orang. Oh ada je, cari nurain_z
    hihi

    ReplyDelete
  121. sama-sama ! kuliahh mula pukul 8pagi.
    hehe, mmg comel charlie tu tapi kalau kena gigit, ada parut. then parut tu lama pulak nak hilang -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Charlie tu ada ke kat matrik gopeng nanti???

      Delete
  122. @aishah Mdnor maaf akak baru perasan komen adik...CUTI depends pada pihak matrik , kalau dia bagi balik minggu tu bolehlah. mEANS SABTU AHAD .
    A'ah , akak suruh parents datang sebab nak balik susah jauh sangat. Boleh je balik tapi akak malas.

    ReplyDelete
  123. @zatie rehan : tak perlu buat rasanyaa. sebab akak tak buat pun dulu, tapi kalau zatie ada sakit apa-apa baik pergi medical check-up.

    ReplyDelete
  124. Akk.. saya da add wechat akk.. tgu akk approve je. Hehe. Thanks..:)

    ReplyDelete
  125. hehe okayy nanti akak approve yaa :)

    ReplyDelete
  126. salam akak..modul n kos tu lan ke? adik tak faham dengan sistem modul cmne..blh bgtau tak akak? terime kaseh..:)

    ReplyDelete
  127. salam. masa pendaftaran dulu akak pakai baju kurung biasa ke? sebab dlm website KMJ ni dia tulis "Pelajar perempuan diwajibkan memakai baju kurung berwarna putih dan berkain gelap."


    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..saya pun dpt kmj.btul la kt blog kmj tulis kena pakai bju putih kain htm tp dlm surat yg kte print tulis pakaian yg sopan.confius dibuatnya.

      Delete
  128. Koperasi jual apa je? Boleh katakan, barangan kat koperasi tu lengkap tak?

    ReplyDelete
  129. Salam akak, saya dpt matrik johor. Ada tk kwn2 akak yg dpt situ. Nak tanya la mcm mana keadaan kat situ. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  130. Salam akak, memg pg asrama bwk bnyak beg kew? Gayung memang kne bwk ke? Mcm mane nk
    tau kita modul yng mane? Bbrapa hri lepas hri orintasi ada cuti ke? Sorry bnyk tnya. First time msuk asrama. Sangt gementar.haha. Baju lengan panjang kne yang kosong atau bolh ada corak. Cermin dia x sediakan ke. Hehe. Bakul.dampah kecik pun kne? Bolh x akak list kn brp byk akak bwk bju untuk pakai sume. Trima kasih sbb tolong :)

    ReplyDelete
  131. Salam akak, sorry banyak tanya, nie first time sye masuk asrama. :) gayung dengan tong sampah kecil kne memang kne bawak ke? baju lengan panjang mesti kosong atau boleh bercorak? cermin kat sane die x sediakan eh? saya dh lh xleh hidup tnpa cermin.haha. mcm mne kita nk tau kita modul brp? bolh x akak list kan brp bnyak brg akan bawk? teruatama sekali baju ngn seluar. Akak bawak brp beg mase pgi? trima kasih sbb tolong ^^

    ReplyDelete
  132. ohh okayy thank you akak . :)

    ReplyDelete
  133. Modul tu bagi pelajar sains je ada. Course tu macam sains, akaun atau teknikal.

    Modul ni terbahagi kepada 3 :

    Modul 1 : Kimia, Bio, Fizik & Math

    Modul 2 : Kimia, Sains Komputer, Fizik & Math

    Modul 3 : Kimia, Bio, Sains Komputer & Math

    Biasanya ramai akan dapat modul 1.
    And kalau modul 1 ni peluang dia luas sikit.

    ReplyDelete
  134. @aini : Aah sebab matrik akak tak kisah. Oh yke, maknanya adik kena pakai macam tu lah :)
    Lain matrik, lain cara dia.

    ReplyDelete
  135. @AqmarIsmail :

    Macam-macam. Tak lah lengkap sangat. But antara barang yang ada makanan & minuman (Meggi, Biskut, keropok, roti, Sos, Milo, Horlick, Teh, Gula-gula, Coklat)

    - Alat tulis ( pen, pemadam, pembaris, testpad, kertas A4, buku, kertas warna, ppembalut hadiah, liqiud paper)

    -Ubat-ubatan

    -Pendrive, bateri

    dan lain-lain. Akak pun tak ingat dah. hehe. Cuma harga kat sini mahal sikit daripada kedai luar.

    ReplyDelete
  136. @Annis Ahmad Fauzi :

    Wasalam, ada ada.

    Ni fb dia, tapi akak ni PDT tau.

    https://m.facebook.com/sue.kintel?refid=46

    ReplyDelete
  137. Wasalam, aah banyak sangat beg.
    Gayung kena bawak, takut nanti takda air. Haaa cmane nak cedok air dalam baldi nanti kan?
    Haa tak silap akan diberitahu masa orientasi nanti.
    Eh tak ada cuti. Terus belajar.
    Haha takpe...
    Ada corak pun takpe :)
    Cermin disediakan, tapi nanti biasanya orang yang dekat dgn cermin akan konker cermin tu haha.
    Bakul sampah bawak jelah, yang kecik pun takpe. Takdalah bersepah sampah kat bilik nanti.
    Baju kurung akak bawak dalam 10-15 helai, baju biasa akak bawak sikit je. Dalam 5-6 helai. Baju tidur pun dalam 5 helai je akak bawak.

    ReplyDelete
  138. Rasanya lebih dari 3 beg heee.
    Seluar akak bawak 3-6 helai.

    ReplyDelete
  139. @zatie rehan . Sama-sama :)

    ReplyDelete
  140. Assalamualaikum akak. Nak tanya sikit, waktu riadah boleh pakai baju warna apa-2 je ke atau warna putih sahaja? Bju t-shirt putih wajib bawak ke? Memang kena berkolar ke? kalau tak berkolar boleh ke? hehe :)

    ReplyDelete
  141. @Farhana Yeon : Waalaikumussalam. A'ah waktu riadah boleh pakai baju warna apa-apa je . Eh tak semestinyaaa. Takpe, akak dulu mana bawak banyak sgt baju berkolar, lagipun kita kan pakai tudung,

    ReplyDelete
  142. wasalam, haaa better awak call pihak KMJ terus :) cuba tanya.

    ReplyDelete
  143. ada, tapi untuk yang dapat bilik mengadap ladang kelapa sawit je yg ada.

    ReplyDelete
  144. Saya memang dah call pegawai tu dia ada suruh pakai tudung,baju warna putih. Kain warna hitam. Tapi yang pelik dia kata takpayah medical check up. Camne ea? :)

    ReplyDelete
  145. oh yeke, medical check-up tu matrik tak utamakan.Akak sendiri pun tak pergi buat. Akak pun tak tau kenapa. Sebab kalau nak masuk tempat lain medical check up penting.

    ReplyDelete
  146. Di matrikulasi ada computer tak?

    ReplyDelete
  147. salam, akak, broadband bole bawak tak? kite bole beli barang online ke?curious ni ..

    ReplyDelete
  148. wasalam. Broadband boleh bawak. Akak pun bawak je, tapi jaga elok-elok ya.
    Boleh je, akak selalu guna alamt matrik beli barang online. Barang tu nanti ambil kat pentadbiran.

    ReplyDelete
  149. oh tak kena marah eh beli barang online? XD anyway thanks akak :)

    ReplyDelete
  150. Hi. Saya nak tanya kalau dekat matrikulasi perak, mereka ada transport tak untuk pelajar? Saya pakai braces, dah minta tukar klinik orthodontist ke ipoh. setiap bulan kena pergi adjust braces. So bagaimana dengan isu transport ini?

    ReplyDelete
  151. assalam akak.. nak tnye.. kat matrik bape org eh 1 batch?? rmai x bdak2 matrik yg msuk stiap thun??

    ReplyDelete
  152. Sy dpt kmj...nk kna dftr 27 mei ny...mmg dftr kna pkai bju kurung pth ke...?..kain gelap...tp dlm surt 2 ckp pkaian sopan n kemas je...confuse....

    ReplyDelete
  153. @seraph Hi. Transport ada, boleh tanya kat pakcik Mus yang uruskan transport. Apa-apa nanti cuba tanya dia yea ^^ nanti awak dah masuk awak akan tahu kat mana tempat perlukan transport.

    ReplyDelete
  154. @nedy : tahun lepas, batch kami dekat 2ribu orang , tapi batch sebelum tu 1000 lebih tak silap. Batch kami paling ramai. Itu depends pada matrik tu nak ambil berapa ramai student :)

    ReplyDelete
  155. Tahniah. Haaa adik cuba call pihak KMJ. Akak tak dapat nak pastikan ^^

    ReplyDelete
  156. Tumpang tanya. Alat tulis beli sebelum masuk matrik ke. ataupun dekat sana baru beli? :)

    ReplyDelete
  157. Salam akk. Potostat ic tuh semua ada yg kne cop tk?

    ReplyDelete
  158. ohh okay kak (: kak , flatshoes yg saya beli tu ada ada tumit skit . boleh an ? one thing , masa hari orientasi tu sentiasa pakai tshirt sndiri or dorg bg bju or pakai bju kurung je ? sorry kak tnya byk sgt . takut nnt kat sana x cukup baju je .

    ReplyDelete
  159. ALAT TULIS? Better beli sebelum g matrik, sbb barang kat sana mahal sikit.

    ReplyDelete
  160. Wslam. Haaaa masa akak dulu, ayah akak buat je semua dokumen ada cop heee. Nak tahu lebih lanjut call pihak matrik yaaa :)

    ReplyDelete
  161. @nadiahnafira Haaa kalau siiiiikit ja boleh lah tu :D
    Masa time akak dulu, masa akak p daftar akak pakai baju kurung.
    Then before masuk bilik, pergi ambil kunci and baju-baju matrik.
    Dalam pukul 3 ptg kot, dia panggil turun. And kami wajib pakai baju yg matrik bg. And mmg satu minggu orientasi , kena pakai baju yg dia bagi.

    ReplyDelete
  162. salam kak. rule kat stiap matrik same ke? akak ade tak kawan yang ex student matrik perlis? kat matrik perlis tu bleyh x kalo x yah pakai kasut pvc tu? igt nak pakai flatshoes biasa aje, tapi ade orang kate stiap matrik tu praturan dy tak same. tengs akak^_^

    ReplyDelete
  163. curious..
    sebelum hari pendaftaran..pihak matrikulasi ada hantar apa2 borang tak ? Cause mcm mane kita nak tahu kita dapat sesi pagi or sesi petang untuk pendaftaran?

    ReplyDelete
  164. Redluvapple said:
    Assalamualaikum,thanks 4 the information..
    nk tanya sy nim eldest jadi tak tau ape2 la..,sy dapat kmpk program PDT
    selaluny student masuk tu ramai yg bleh modul 1..??sy x suke fizik jadi nak tukar cam ne..??
    betul ke kalu nk dpt roomate skali dgn kawan kite,kite kene stay together since a first day ker..??
    sorry kalu banyk

    ReplyDelete
  165. Aca_nas said:
    Assalamualaikum,kak thanks 4 the information,i'm getting into kmpk too,tapi Program PDT.nk ask somtim,kat sane kan ada MUET..susah tak..??modul tu selalu ny dpt modul 1 erk..??x bleh tukar ke..??sy x minat fizik.. huhu :'(

    ReplyDelete
  166. wsalam. Tak sama , ikut pengarah kat matrik masing-masing. Ada tapi akak tak contact dorang lah dek :(
    Hm akak tak pasti, tapi rasanya boleh je. Cuba adik search dekat blog ex student matrik perak. Akak ada bagi link.

    http://pustakawanceria.blogspot.com/2013/05/blog-tentang-kolej-matrikulasi-di.html

    ReplyDelete
  167. borang? borang apa? rasanya macam tak ada. haaa ada eh sesi pagi/petang. Hm sorry akak tak tahu T.T

    ReplyDelete
  168. @nur alya :

    Waalaikumussalam, oh PDT.
    Akak tak pasti lah untuk PDT ramai ke tak modul 1. Boleh je tukar, nanti masa minggu orientasi dia akan buat pengumuman bg siapa yg nak tukar modul/course.

    Eh tak semestinyaaa, ramai yang buat macam tu. Lah-lah dapat bilik jauh-jauh. Haha. Nasiblah kalau dapat bilik yg sama.

    MUET? Susah jugak lah. Ikut tahun tu macam mana, tapi tak semua bahagian lah susah. Mcm speaking, siapa dapat topik senang memang best! Essay agak susah, listening senang tapi susah nak dapat markah, and reading susah jugak. Banyak sgt short essay kena baca T.T

    Boleh je tukar modul.

    ReplyDelete
  169. Kak kalau nak charge phone kat mana? Satu bilik brapa org ek?? Makan mcm mne ek?? mandi kat mana??

    ReplyDelete
  170. charge kat dalam bilik, setiap sorang ada satu plug.
    Satu bilik 4 orang, makan beli sendiri. Ada kafe.
    Mandi dalam toilet, dalam toilet ada bilik mandi. Asing dengan jamban.
    Hee.

    ReplyDelete
  171. Sorry tau kak byk tnya neves sgt . Wish me luck kak kat KMJ ni (': ur information are really useful ^^

    ReplyDelete
  172. Salam akk..toilet kat luar ke? Or dlm bilik?

    ReplyDelete
  173. Salam kak..nk tnye bole..? Sy dpt kmj n skrang sy was2 nie..perlu ke bwk sijil2 n prlu ke buat pengesahan for sijil2 tu..?

    ReplyDelete
  174. Nak tanye.. boleh x bawak hair dryer?

    ReplyDelete
  175. @nadiahnafira : Eh takpe, belajar elok-elok ya ^^

    ReplyDelete
  176. Wsalam toilet kat luar bilik.

    ReplyDelete
  177. wsalam pasal sijil tu akak tak pasti lah dek. Ada orang yang bawak, ada yang tak.

    ReplyDelete
  178. Hari dryer tak boleh rasanya. Kalau nak bawak jugak, pandai-pandai sorok ea ^^

    ReplyDelete
  179. assalamualaikum..err nk tnye..
    adik sy ni dpt matrik akaun kt kdah..perlu ke bg die laptop?ade gune lptop ke utk matrik akaun?bkn ape..takut klau x gune tp bg die bwk jgak..die online fb je smpai kol 3 pg..hmm..atau semester kdue bru bg die bwk..pls advise..

    ReplyDelete
  180. assalamualaikum, nak tanya kalau saya tak sempat nak beli setem hasil nanti, ada jual tak kat sana masa pendaftaran?

    ReplyDelete
  181. waalaikumussalam, oh masa awal awal ni laptop tak guna pun ^^ sebb awal lagi, lama-lama guna. Tapi tak lah setiap masa guna. Haaa bagi bila dia perlukan sangat-sangat. Kalau dah terdesak lah. Mula-mula ni jangan bagi dulu.

    ReplyDelete
  182. waalaikumussalam, akak tak pasti lah T.T maaf/

    ReplyDelete
  183. salam....seluar slack hitam wajib ke untuk pelajar perempuan ?

    ReplyDelete
  184. kalau ganti kan sport shoes tu dengan sneakers tak pa tak ?

    ReplyDelete
  185. tak wajib, tapi kena bawak satu. Untuk aktiviti rasmi kolej. Kadang-kadang dia suruh pakai baju korperat.

    ReplyDelete
  186. haaa tak boleh rasanya. Sebab ada lecturer akak marah pakai sneakers.

    ReplyDelete
  187. Katil dia mcm mana? Single bed ke katil dua tingkat?

    ReplyDelete
  188. lain matrik, lain katilnya.

    Ada yang SINGLE BED and ada yang KATIL DUA TINGKAT.

    tak silap ada satu matrik tu KATIL DUA TINGKAT, rajin-rajinlah search ea <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?