Pertanyaan tentang matrikulasi?


Assalamualaikum.

Maaf pada adik-adik yang mana tanya kat akak kat facebook tentang matrikulasi tapi akak tak sempat nak balas...akak sangat sibuk sekarang, bila ada masa akak akan balas.

Dan pertanyaan adik-adik tu akak sedaya upaya akan jawab. Biasalah akak dulu pun macam itu juga.

Dan akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang mana dapat masuk ke matrikulasi. Diharap awak dapat buat pilihan yang betul sekiranya awak menerima keputusan UPU juga. Tidak kisah awak belajar kat mana-mana, janji awak belajar.

Dan yang paling penting...NIAT! Niat kerana Allah. Sebab bila mana kita belajar niat kerana Allah, inshaALLAH awak akan dapat keputusan yang bagus, dan jangan dilupakan USAHA !

Allah itu akan melihat usaha awak, bukan pointer awak ye? Kita semua nak kan kejayaan tu, tapi haruslah diriingi dengan cara yang betul.

Akak cuma nak pesan, belajar memang penting, tapi jangan dilupakan pembelajaran ilmu agama! Sebab bagi akak, ilmu agama tu lebih penting daripada apa yang kita belajar sekarang ni.

Kuikui....

Diharapkan adik-adik menjaga diri baik-baik. Dan kalau nak tanya apa-apa , tanya je . Selagi akak free akak akan balas. Syukran adik-adik.

Dan sememangnya akak sangat merindui zaman-zaman di matrikulasi dahulu :(

Kehidupan selama setahun terasa bagaikan sebulan. Sangat sekejap adik-adik. Percayalah kalau awak yakin pilihan awak ni betul, dan awak yakin yang Allah tempatkan awak di matrikulasi ini kerana ada hikmah yang dia nak beri, dan awak yakin awak akan berusaha untuk mencapai kejayaan itu...

InshaALLAH! Allah akan permudahkan awak untuk capai kejayaan itu !

Selamat berjihad di jalan ilmu !

Comments

fy said…
Akak nak email boleh... nak number telefon nampak macam apa pulak
NurainSuperr said…
nurainabubakar994@yahoo.com
wechat : ainn_ketodd12
NurainSuperr said…
nurainabubakar94@yahoo,com
Reen said…
Salaam kak nak tanya akak PST ke PDT time matriks duku? Oh and kak saya dpt modul 3 kalau saya nanti nak amik degree in farmasi boleh ke lepas? Dan kalau saya tak tukar ke modul 1 masa oreintasi nanti jurusan apa time degree saya boleh pilih utk modul 3?
NurainSuperr said…
PST. InshaAllah lepas if pointer tinggi. biasanya lebih kepada sains kesihatan ^^
Anonymous said…
Akak, nk tau result spm boleh?
kekwa kuning said…
akak..nak tanya..kalau kimia D dalam spm ada peluang lagi tak nak masuk matrikulasi ?harap dapat jawap 😅
mrs anonymous said…
as'salam,
nak tanya ,kalau kita accept matriks ,kita masih boleh terima tawarn upu ke?

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?