Pertanyaan tentang matrikulasi?


Assalamualaikum.

Maaf pada adik-adik yang mana tanya kat akak kat facebook tentang matrikulasi tapi akak tak sempat nak balas...akak sangat sibuk sekarang, bila ada masa akak akan balas.

Dan pertanyaan adik-adik tu akak sedaya upaya akan jawab. Biasalah akak dulu pun macam itu juga.

Dan akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang mana dapat masuk ke matrikulasi. Diharap awak dapat buat pilihan yang betul sekiranya awak menerima keputusan UPU juga. Tidak kisah awak belajar kat mana-mana, janji awak belajar.

Dan yang paling penting...NIAT! Niat kerana Allah. Sebab bila mana kita belajar niat kerana Allah, inshaALLAH awak akan dapat keputusan yang bagus, dan jangan dilupakan USAHA !

Allah itu akan melihat usaha awak, bukan pointer awak ye? Kita semua nak kan kejayaan tu, tapi haruslah diriingi dengan cara yang betul.

Akak cuma nak pesan, belajar memang penting, tapi jangan dilupakan pembelajaran ilmu agama! Sebab bagi akak, ilmu agama tu lebih penting daripada apa yang kita belajar sekarang ni.

Kuikui....

Diharapkan adik-adik menjaga diri baik-baik. Dan kalau nak tanya apa-apa , tanya je . Selagi akak free akak akan balas. Syukran adik-adik.

Dan sememangnya akak sangat merindui zaman-zaman di matrikulasi dahulu :(

Kehidupan selama setahun terasa bagaikan sebulan. Sangat sekejap adik-adik. Percayalah kalau awak yakin pilihan awak ni betul, dan awak yakin yang Allah tempatkan awak di matrikulasi ini kerana ada hikmah yang dia nak beri, dan awak yakin awak akan berusaha untuk mencapai kejayaan itu...

InshaALLAH! Allah akan permudahkan awak untuk capai kejayaan itu !

Selamat berjihad di jalan ilmu !

Comments

  1. Akak nak email boleh... nak number telefon nampak macam apa pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurainabubakar994@yahoo.com
      wechat : ainn_ketodd12

      Delete
  2. nurainabubakar94@yahoo,com

    ReplyDelete
  3. Salaam kak nak tanya akak PST ke PDT time matriks duku? Oh and kak saya dpt modul 3 kalau saya nanti nak amik degree in farmasi boleh ke lepas? Dan kalau saya tak tukar ke modul 1 masa oreintasi nanti jurusan apa time degree saya boleh pilih utk modul 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PST. InshaAllah lepas if pointer tinggi. biasanya lebih kepada sains kesihatan ^^

      Delete
  4. Akak, nk tau result spm boleh?

    ReplyDelete
  5. akak..nak tanya..kalau kimia D dalam spm ada peluang lagi tak nak masuk matrikulasi ?harap dapat jawap 😅

    ReplyDelete
  6. as'salam,
    nak tanya ,kalau kita accept matriks ,kita masih boleh terima tawarn upu ke?

    ReplyDelete
  7. Akakk,tawaran matrik boleh ditarik balik kee?

    ReplyDelete
  8. Akakk,tawaran matrik boleh ditarik balik kee?

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?