Pengalaman : Minat boleh berubah

Assalamualaikum.

Ya sejak beberapa hari ini, ramai adik-adik yang berkunjung ke blog Ain. Nak tahu tentang matrikulasi la tu :P

Sama jelah macam akak dulu, memang blog-blog menjadi tumpuan akak sebelum masuk ke matrikulasi, sampaikan hari sebelum nak pergi sana pun masih mencari maklumat tentang matrikulasi ni. Haha.

Okay, akak nak cerita pengalaman akak lah kan sepanjang bergelar pelajar sekolah sehingga lah sekarang mahasiswi di UTM.

Hah, dulu akak sebenarnya minat lain, tapi sekarang ambil bidang lain T.T

Masa akak kat sekolah dulu kan, akak sebenarnya tak ada lah suka sangat aliran sains. Akak lebih kepada bidang multimedia sebab akak minat mengedit gambar, main coding kat blog dan sebagainya. Tapi disebabkan masa PMR ,akak dapat result terbaik. Nak taknak kena juga ambil kelas sains.

Sains tulen !

Ayooo masa exam bulanan, akak gagal matematik tambahan. Start daripada situ, sampai ke tingkatan 5, akak gagal je, tak pernah lulus !!! Tapi alhamdulillah, masa SPM akak dapat B. Dan akak sangat lemah KIMIA. 

Akak antara orang yang paling teruk lah keputusan KIMIA masa exam. Tapi sebenarnya akak suka BIOLOGY dan PHYSIC. Sebab selalu dapat markah okay ! Heh.

Sekarang, nak cerita masa kat matrikulasi pulak. Akak memang risau sangat bila nak masuk matrik ni, sebab akak takut kena TENDANG kalau dapat result teruk. Tapi percayalah ADIK-ADIK. Keputusan SPM tak akan menjejaskan prestasi awak kat matrik selagi awak RAJIN dan BERUSAHA.

Sebab apa akak cakap macam tu?

Sebab akak dah tengok ramai sangat orang yang keputusannya teruk tapi masa kat matrikulasi dapat keputusan yang GEMPAK !!!

Macam akak kan, masa SPM akak dapat KIMIA "C" je. Haaa, biasa ja. Tapi alhamdulillah kat matrik akak boleh dapat yang bagus , walaupun A- saja. Memang terkejut jugaklah. Sebab macam tak sangka leh bawak KIMIA masa kat matrikulasi.

Akak rajin jugak pergi jumpa pensyarah KIMIA. Hehe.

Then, lepas habis matrik. Akak bercita-cita nak ambil degree yang berkaitan MULTIMEDIA. Tapi akhirnya, sekarang ambil degree berkaitan BIOLOGI. 

Memang ramai juga orang hairan dan terkejut, macam mana boleh end up kat biologi. Haha. Entahlah dah rezeki daripada Allah kan. Mungkin ada hikmah kot sebab apa akak tak ambil degree dalam bidang lain.

So, nak cakap kat sini. Minat sebenarnya boleh berubah-ubah. Dan akak harap korang pilihlah degree yang betul-betul sesuai dengan kemampuan awak.

Akak dulu berangan nak apply degree dalam kejuruteraan kimia. Tapi akak sedar keputusan akak tak gempak mana nak apply degree tu. Hehe.


Okay tu saja nak share ! Nak tanya apa-apa soalan tanya okay !

Comments

  1. assalamualaikum kak. hihi. terasa saya okayy bila akka cakap ramai ja yang singgah blog akak. hihi. cos i am one of them. btw, terima kasih kak, banyak sangat membantu tau tentang matriks ni. may ALLAH rewards you later sis. and, may ALLAH ease you on everyhting what you do ya sis.xoxo.love you. wasalam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. hehe. sama-sama ^^ inshaAllah . belajaq elok-elok naa heheh.

      Delete
  2. salam akak...saya nak ty ...masa orientasi nak bawa bape eh suar track?n bape eh untuk suar slack?masa orientasi banyak guna suar ape?t-shirt guna x ms orientasi?hihihi...sori byk soalan n comment kat entry yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak bawak 2 saja.. slack bawa 1 je cukup kot. byk guna sua sukan.. tshirt matrik bagi, ulang-ulang.

      Delete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?