Posts

Showing posts from May, 2014

Pertanyaan tentang matrikulasi?

Assalamualaikum. Maaf pada adik-adik yang mana tanya kat akak kat facebook tentang matrikulasi tapi akak tak sempat nak balas...akak sangat sibuk sekarang, bila ada masa akak akan balas. Dan pertanyaan adik-adik tu akak sedaya upaya akan jawab. Biasalah akak dulu pun macam itu juga. Dan akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang mana dapat masuk ke matrikulasi. Diharap awak dapat buat pilihan yang betul sekiranya awak menerima keputusan UPU juga. Tidak kisah awak belajar kat mana-mana, janji awak belajar. Dan yang paling penting.. .NIAT ! Niat kerana Allah. Sebab bila mana kita belajar niat kerana Allah, inshaALLAH awak akan dapat keputusan yang bagus, dan jangan dilupakan USAHA ! Allah itu akan melihat usaha awak, bukan pointer awak ye? Kita semua nak kan kejayaan tu, tapi haruslah diriingi dengan cara yang betul. Akak cuma nak pesan, belajar memang penting, tapi jangan dilupakan pembelajaran ilmu agama! Sebab bagi akak, ilmu agama tu lebih penting daripada apa yang

Pengalaman : Minat boleh berubah

Assalamualaikum. Ya sejak beberapa hari ini, ramai adik-adik yang berkunjung ke blog Ain. Nak tahu tentang matrikulasi la tu :P Sama jelah macam akak dulu, memang blog-blog menjadi tumpuan akak sebelum masuk ke matrikulasi, sampaikan hari sebelum nak pergi sana pun masih mencari maklumat tentang matrikulasi ni. Haha. Okay, akak nak cerita pengalaman akak lah kan sepanjang bergelar pelajar sekolah sehingga lah sekarang mahasiswi di UTM. Hah, dulu akak sebenarnya minat lain, tapi sekarang ambil bidang lain T.T Masa akak kat sekolah dulu kan, akak sebenarnya tak ada lah suka sangat aliran sains. Akak lebih kepada bidang multimedia sebab akak minat mengedit gambar, main coding kat blog dan sebagainya. Tapi disebabkan masa PMR ,akak dapat result terbaik. Nak taknak kena juga ambil kelas sains. Sains tulen ! Ayooo masa exam bulanan, akak gagal matematik tambahan. Start daripada situ, sampai ke tingkatan 5, akak gagal je, tak pernah lulus !!! Tapi alhamdulillah, masa SPM akak