Remaja dan hiburan masa kini.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Sihat? Haihh ain masih tidak lagi mempunyai masa untuk mengupdate blog.

Sangat sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab di universiti. Penat bila jadi mahasiswa ni. Tapi masa ini lah nak kaut pengalaman-pengalaman yang ada ni.

Alhamdulillah. Lagi beberapa hari nak cuti mid sem! Yeyyy. Tak sabar nak balik rumah. Rindu mak abah.

Okay....

Tajuk kat atas tu, ain rasa ramai kot boleh agak apa ain nak sampaikan.

Well, semenjak dua menjak ni kan...Banyak perkara yang berlaku di Malaysia. Kehilangan MH370, kemarau, catuan air dan macam-macam lagi. Inilah ujian daripada Allah untuk umatnya yang  berada di Malaysia.

Haa baru kemarau sikit dah mengeluh, kalau Allah bagi kemarau berpanjangan? Allah. Ain pun tak tahan dengan kemarau yang beberapa hari ni. Kalau berpanjangan tak tahu lah jadi apa.

Tapi ! Ada lagi cerita gempak kat Malaysia ni. Iaitu kes beberapa remaja mati kerana overdose dadah di Festival Future Music 2013 yang berlangsung di Bukit Jalil.

Erghhh, ain memang betul-betul tak sangka beberapa orang daripada yang meninggal dunia tu adalah orang Islam !! Masa tu memang sedih sangat. Kesian pun ada :(

Sebab? Sebab mereka meninggal dunia dalam keadaan sebegitu. Ya Allah, semoga kita tidak meninggal dunia dalam keadaan sebegitu. Minta dijauhkan !!

Dan satu lagi partyyyy yang bakal dianjurkan tapi dibatalkan atas permintaan dan desakan orang Islam dan sebahagian orang bukan Islam.

Tak silap nama dia Paint Party kot. Alahai sedih sangat bila tengok page tu. Dia dah umumkan yang parti itu dibatalkan. Tapi, ada juga yang orang Islam mengeluh sebab tak dapat pergi parti tu.

Eh? Kalau orang bukan Islam nak mengeluh atau sedih tak dapat pergi parti tu takpelah jugak. Ni awak yang Islam nak sedih bagai? Bersyukur sebab parti tu dibatalkan. Sebab parti tu sangat sangat lah teruk.

Ain tengok video mereka buat parti di negara lain. Alahai dengan tak berbaju, pakai bikini, pakai short pants then lepas tu disajikan dengan musik yang melalaikan sambil melompat-lompat dan ada orang yang akan pakai hos getah dan semburkan cat ke arah penonton di bawah.

Astaghfirullahalazim....

Umat sekarang semakin tenat..

Remaja sekarang kurang penghayatan dalam agama. Dan ada juga yang kosong tentang agama.

Dan siapakah yang akan memimpin negara suatu hari nanti sekiranya remaja kita bersikap sebegini?

Dan Malaysia yang dinamakan negara ISLAM, tetapi majoriti orang ISLAM di MALAYSIA tidak mengamalkan cara hidup ISLAM.

Siapa yang hendak dipersalahkan? Ibu bapa? Guru? Pemimpin? atau salah sendiri?

Wallahualam.

Comments

  1. Assalamualaikum awak... semoga Allah melindungi umat Islam.. jauhkan diri daripada terpesong ikut didikan barat.. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. inshaAllah ^^ samasama kita doakan. amin. tq awak

      Delete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?