Kelebihan diri sendiri? Simpan atau gunakan?

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Maaf lama tak update blog. InshaAllah lepas ni akan terus update blog dengan cerita-cerita terhangat meletup lagi gempak. Kehkeh.

Okay, berbalik semula pada tajuk di atas..

Masing-masing ada kelebihan tersendiri kan? Setiap hamba Allah ada kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan tu kalau kita gunakan ke jalan yang benar, inshaAllah kita antara orang yang bersyukur dengan nikmat-Nya.

Tapi ? Cuba kalau kita tak guna kelebihan tu? Simpan dan terperap je dalam diri?

Apa guna Allah bagi kelebihan kat awak kalau macam tu? Sedangkan hamba Allah yang lain meminta-minta dan merayu-rayu berdoa kepada Allah supaya mereka dapat kelebihan macam awak tu.

Awak yang soleh dan solehah. InshaAllah.

Sedar lah bahawa kelebihan yang awak ada tu adalah satu pinjaman daripada Allah. Bila-bila masa Allah akan tarik balik kalau dia nak.

Jadi bersyukurlah !

Dan bagi kekurangan kita..Kita ni hamba Allah. Tak sempurna...

Setiap kekurangan kita sebenarnya ada kelebihan untuk orang lain okay?

Maksudnya, misal kata kita tak tahu melukis. Kita kena cari kawan atau cikgu yang tahu melukis kan?
Jadi..mereka tu ada lah orang yang nak diajar. Dan mereka boleh menyampaikan ilmu kepada awak yang kurang mahir dalam melukis ni.

Heh. Simple kan?

Okay. Masa untuk membaca buku ! Syukran !

Comments

  1. ya betul tu. gunakan kelebihan atau bakat yang Allah bagi ini dengan baik, sebab setiap orang mempunyai kelebihan masing-2. btw, good sharing. :)

    ReplyDelete
  2. Hye .. N3 yang ringkas tapi ada maksud di situ, Boleh kiranya saya tambah sedikit, Jika kita tahu kita punya kelebihan, maka gunakan ia di jalan kebaikan seperti bantu mereka yang memerlukan. contoh jika kita ada sedikit ilmu maka kongsi-kongsikan ilmu tersebut supaya ia boleh berkembang dan diguna oleh orang lain. Just my 2sen .

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?