Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-28

Assalamualaikum.



Anda semua mesti ada yang melihat Anugerah Juara Lagu ke 28 kan?Tema pada tahun ini adalah Game On.
Semua persembahan yang dilakukan oleh artis sangat menarik dan kreatif. Memang lighting dan pentas pada malam ini sangat gempak berbanding tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada TV3 ^^.

Tahniah kepada semua finalis.

Ini keputusan keseluruhan pada malam AJL28.

Anugerah Xpax : Hafiz

Anugerah Persembahan Terbaik : Hafiz

Anugerah Vokal Terbaik : Jacyln Victor

Tempat ketiga : Awi Rafael dan Altimet

Tempat kedua : Hyper Act

Dan.....

Juara pada AJL kali ini, berpihak lagi kepada juara yang sama daripada AJL25, AJL26 dan AJL27.

TAHNIAH diucapkan kepada....

HAFIZ !!!

Murah rezeki Hafiz pada kali ini..Lagu Bahagiamu Deritaku memberi kemenangan sekali lagi kepada dia.
Apapun kemenangan oleh Hafiz memang ramai orang dah jangkakan sebab persembahan dia sangat hebat.
Dengan vokal dan suara yang lunak, dia layak memenangi anugerah tu.

Yang penting Hafiz jangan lupa Allah ya...

Oh, perkara yang Ain kurang suka bila AJL ni adalah pemakaian ARTIS.

Alahai....terutama sekali artis wanita. Astaghfirullahalazim..Ada yang tersangat mendedahkan badan..
Wahai wanita, ingat itu aurat awak. Semoga mereka sedar dan diberi hidayah untuk berubah...

Wallahualam.

Comments

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?