Berjalan-jalan di Mid Valley.

Assalamualaikum, selamat petang semua !

Ni nak cerita, hari Isnin yang lepas. Ain keluar berjalan-jalan ke Mid Valley.
Dengan siapa? Dengan rakan-rakan sekolah dahulu, Syazwin dan Atiqah. Seronok sangat dapat jumpa mereka. Dah lama tak jumpa dengan mereka :*

Dekat Mid Valley tu kami pergi tengok wayang dengan makan-makan sahaja. Oh yaaa, kebanyakan kedai di sana tengah buat sale. Salah satu kedai yang kami pergi ialah Vincci. Mereka tengah buat sale , di mana beli 2 barang ke atas dapat diskaun 20% kecuali shawl dan barang apetah. Lupa sudah.

Kasut kat store Vincci Mid Valley lawa-lawa berbanding store IOI Mall. Jadi mana yang rancang nak pergi Mid Valley minggu ni, jangan lupa ke Vincci store ya?

Perkara pertama kami buat adalah menonton wayang. Tak tahu sebenarnya nak tengok cerita apa. Jadi kami tengok cerita JACK RYAN : SHADOW RECRUIT. 




Filem ini untuk orang yang berumur 13 tahun ke atas, dan lebih kepada aksi. Boleh tahanlah cerita ni. Tapi masa awal cerita, ain kurang senang dengan jalan cerita dia.



Synopsis :

Follows Jack Ryan (Chris Pine), an ex-Marine turned financial analyst living in Moscow, who uncovers a terrorist plot. Financial wiz Viktor Stazov and the Russian government masterminds a plot to devalue American currency and thus destroy the U.S. economy. Ryan must race against time to save America and his wife (Keira Knightley)
Bintang : 4.50/5

Keadaan dalam panggung wayang sangat sejuk. Macam duduk kat luar negara -.-
Lepas keluar je terus kami serbu tempat makan. Satu masalah lagi, bila pergi kedai makan, tak tahu nak makan apa. Aduiiiii.

Jadi, ain pun cuba makan PARI SET yang berharga RM 8.90. Sedap jugak lah. Hehe.

Ni lah parinya. Nyum nyum!

Me with Syazwin.

 Lagi satu Ain nak ingatkan , jangan beli air buah-buahan dekat sini ye. Sangat mahal. Nampak tak cawan yang ada air warna kuning tu? Satu harga 6 ringgit lebih !!! MAHAL!!

Destinasi terakhir kat tengah-tengah Mid Valley, ada tempat duduk yang dihiasi dengan dekorasi berwarna merah. Al maklumlah nak raya cina dah. Hehe. Ok tu saja. Daaaa.

Me with Atiqah

Comments

  1. Assalamualaikum.. bestnya keluar jejalan dengan kawan.lama tak jejalan kat mid valley. heeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. hehe pergilah berjalan ;P

      Delete
  2. wah bestnya jalan-jalan dengan kawan =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?