Masjid Sultan Abu Bakar

Assalamualaikum !!

Beberapa hari yang lepas, Ain telah pergi ke Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor. Hmm, ni akak-akak usrah Ain yang bawa ke sana. Buat usrah di dalam masjid tu !! Hehe, alhamdulillah. Sangat seronok dan dapat ilmu baru ^^



bahagian luar masjid


Subhanallah. Cantik kan masjid ini? Rumah Allah sentiasa kelihatan indah. Masjid ini terletak kat tepi jalan sahaja, dan masjid ini sangat unik !! Unik sebab apa? Sebab masjid ni dah lama, dan agak klasik.

Okay, ini sejarah tentang masjid Sultan Abu Bakar.

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya olehSultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama AlmarhumSultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.
Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.
Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.
Sumber : Wikipedia

Ya Allah, ain tak pernah tengok masjid seklasik macam ni!! Sebab masjid kat Puchong, masjid moden.
Masa masuk dalam masjid ni, rasa excited sangat. Tempat sembahyang bagi wanita terletak kat bahagian atas sikit. Lepas tu, kami ingatkan nak buka tingkap masjid tu. Ain cuba buka tingkap tu macam biasa, tapi tak boleh.

rumput di kawasan masjid!!


Rupa-rupanya....tingkap tu tingkap jenis zaman dahulu. Kena angkat kayu kat tingkap tu, baru boleh bukak.
Ya Allah, memang lawa sangat pemandangan daripada masjid ni. Boleh nampak negara Singapura kat seberang sana ^^

Seberang sana tu Singapura


Dengan ada kawasan lapang lagi kat depan masjid, warna hijau rumput tu memang mendamaikan jiwa. Alhamdulillah.

Kalau sesiapa datang ke Johor Bahru tu, marilah datang solat di masjid ni !!




Comments

Nhidayahx said…
Cantik yaa! jom join ga ni http://nabila-adnan.blogspot.com/2013/12/buddyz-giveaway.html
blueorchid rubi said…
tepi jln besa jek msjid ni..mmg cntik....
Cik Pensil said…
macam mmna eh rupa tingkap tu? ingatkan ada gambar tingkap tu tadi. hikhik.

p/s lawa baju, kain, kasut!
masjid ni mmg lawa. setiap kali lalu mesti rasa sayu hati ni. haa tapi tak pernah lagi masuk, walaupon orang johor. hikkss.
Farra Atiqah said…
hmmm bertahun duduk JB tak pernah lagi round2 macam ni... Untungnya diaa X'D
Aku Penghibur said…
wahh cantik gambar ^_^ dekat johor nie

Popular Posts