D.U.I.T. Bittaufiq wannajah...

Assalamualaikum.

Selamat malam rakan-rakan ^^ Ya Allah, lagi beberapa hari saja nak menempuhi final exam !!

Ok , takpe. Lupakan pasal itu. Sekarang Ain nak cerita tentang D.U.I.T

Apa itu duit???

Sebelum tu...Semoga berjaya kepada adik-adik PMR batch terakhir 2013. Bitauffiq wannajah !!
Ya dan kepada adik saya yang bernama NAZMI HAKIM, semoga berjaya ye adik !!
Nanti bagitahu keputusan PMR. wuwuwu, I will pray for you adik. Hmmm



Sweet kan kakaknya? Kehkeh.

Adik-adik, walauapapun keputusan yang awak dapat. Terimalah dengan hati yang terbuka :)
Apa yang awak dapat itu atas usaha awak okeh !! Kalau awak usaha banyak, maka keputusan inshaAllah gempak gitu !!

Tapi....kalau awak dah usaha..Keputusan awak tetap tak berapa nak bagus, maka jangan bersedih. Ketahuilah bahawa belum masanya lagi untuk awak dapat keputusan gempak. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk awak :)

Dan bagi yang tak berapa nak usaha sangat, tapi result gempak. Maka jangan rasa riak atau over bangga. Sebab bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat yang dia bagi tu. Bersyukurlah. Seperti yang dinyatakan dalam al-Quran ( al-Baqarah : 152)

"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu"

Masa Ain PMR dulu, ain dapat keputusan yang agak bagus. Tapi ain ada terfikir lepas itu, kenapa ya Allah bagi aku keputusan yang macam ni?? Sebab masa tu Ain berada dalam keadaan yang agak jahil, leka dengan keduniaan.

Ain rasa kesian kat kawan ain yang seorang ni, dia berusaha bersungguh-sungguh. Tapi tak dapat apa yang dia mahukan. Hm, ain menangis sebab sepatutnya kawan ain yang dapat keputusan yang gempak tu, tapi Allah berikan kepada Ain.

Teringat kata-kata kakak Usrah ain. Dia kata Allah boleh bagi nikmat kepada hambanya dalam keadaan dia Redha atau tidak dengan pemberiannya itu.

Hm. Takut :(

Takut Allah tak redha dengan nikmat yang Dia bagi kepada kita.

Redha Allah tu penting !!!

Allah...

Berbalik kepada D.U.I.T.. DUIT tu bermaksud DOA, USAHA, IKHTIAR dan TAWAKAL !!

Duit ini patut ada dalam diri setiap orang yang bergelar pelajar atau sudah bekerja.

Ain pun tengah nak sematkan dalam diri tentang DUIT ni.



USAHA, IKHTIAR, USAHA, IKHTIAR. Benda paling MALAS yang ain nak buat.
Kalau setakat DOA dan TAWAKAL memang boleh.

Aduii, semoga dijauhkan daripada perasaan MALAS ni !!

Hm, semoga Ain dapat menempuhi zaman bergelar pelajar universiti ini dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Baru terasa beban....

Tak macam kat matrikulasi ni. Banyak main!! Haha.

Wallahualam...

Comments

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?