Posts

Showing posts from December, 2013

D.U.I.T. Bittaufiq wannajah...

Image
Assalamualaikum. Selamat malam rakan-rakan ^^ Ya Allah, lagi beberapa hari saja nak menempuhi final exam !! Ok , takpe. Lupakan pasal itu. Sekarang Ain nak cerita tentang D.U.I.T Apa itu duit??? Sebelum tu...Semoga berjaya kepada adik-adik PMR batch terakhir 2013. Bitauffiq wannajah !! Ya dan kepada adik saya yang bernama NAZMI HAKIM, semoga berjaya ye adik !! Nanti bagitahu keputusan PMR . wuwuwu, I will pray for you adik. Hmmm Sweet kan kakaknya? Kehkeh. Adik-adik, walauapapun keputusan yang awak dapat. Terimalah dengan hati yang terbuka :) Apa yang awak dapat itu atas usaha awak okeh !! Kalau awak usaha banyak, maka keputusan inshaAllah gempak gitu !! Tapi....kalau awak dah usaha..Keputusan awak tetap tak berapa nak bagus, maka jangan bersedih. Ketahuilah bahawa belum masanya lagi untuk awak dapat keputusan gempak. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk awak :) Dan bagi yang tak berapa nak usaha sangat, tapi result gempak. Maka jangan rasa riak at

Masjid Sultan Abu Bakar

Image
Assalamualaikum !! Beberapa hari yang lepas, Ain telah pergi ke Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor. Hmm, ni akak-akak usrah Ain yang bawa ke sana. Buat usrah di dalam masjid tu !! Hehe, alhamdulillah. Sangat seronok dan dapat ilmu baru ^^ bahagian luar masjid Subhanallah. Cantik kan masjid ini? Rumah Allah sentiasa kelihatan indah. Masjid ini terletak kat tepi jalan sahaja, dan masjid ini sangat unik !! Unik sebab apa? Sebab masjid ni dah lama, dan agak klasik. Okay, ini sejarah tentang masjid Sultan Abu Bakar. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar  ialah  masjid negeri   Johor  yang terletak di  Johor Bahru . Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar  pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim  yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000. Masjid  yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil

Ahlan Wa Sahlan Disember.

Assalamualaikum. Fuhh lagi 2 minggu nak ke final exam. Cuak ada, takut ada. Macam-macam perasaan ada ^^ Maklumlah pertama kali nak jawab final exam bagi degree. Pfffft. Hm. Sekarang masih dalam persediaan nak ke final. 13/1/2014 nanti balik rumah !!!! Alhamdulillah, dapat jugak balik akhirnya. Rindu mak abah, rindu keluarga, rindu rumah. Wuuu. Cuti 3 minggu ni memang nak cari kerja part-time. Bosan duduk rumah. Ngeee. Oh ya, bulan ni hari jadi ain !!! Tapi dalam study week pulak. Takpelah, tak dapat nak makan kek dengan family :( Takpe, tunggu tahun depan !! Ok tu je, short update. Hehe.

Tabarruj (Ceramah daripada Ustazah Noor Laila Aniza)

Assalamualaikum, okay ain nak kongsi sikit cerita tentang tabarruj ni. Baru-baru ni ain ada pergi ke Islamic Garden di UTM. Salah satu slot ialah bersama Ustazah Noor Laila Aniza. Slot beliau sangat menarik dan tidak membosankan !! Ustazah bercerita tentang tabarruj. tabarruj ini ialah mempercantikkan atau menghiaskan diri dengan niat untuk tunjuk kepada bukan mahram. Haihh, yang mana ada niat sebegitu, cepat-cepat lah betulkan niat anda !! Di dalam kertas kerja yang disediakan, ada beberapa pendapat tentang sifat tabarruj semasa zaman jahilliyyah.  Antaranya ialah : Seseorang wanita yang keluar daripada rumah dan berjalan di antara lelaki.   Wanita yang berjalan lenggang-lenggok dan penuh gaya. Wanita yang memakai wangian. Wanita yang mengenakan pakaian yang diperbuat daripada batu permata, kemudian memakainya dan berjalan di tengah jalan. Wanita yang mengenakan kerudung namun tidak menutupinya sehingga anting-anting dan kalungnya terlihat Wallahualam. Islam tel

Mungkin bukan rezeki aku.

Assalamualaikum. Selamat pagi rakan blogger sekalian. Apa khabar? Sihat? Okay seperti yang pelajar universiti tahu, keputusan JPA 2013/2014 sudah keluar. Tahniah kepada yang dapat biasiswa JPA tu :) Bukan senang nak dapat tau. pointer kena 3.75 ke atas. Ain cuma dapat 3.71 saja. Tak lepas, tapi senior suruh cuba. Tapi, bila keputusan keluar, permohonan ain tak berjaya. Hm rasa sedih jugak sebab kalau dapat duit biasiswa tak payah bayar PTPTN. Takpelah mungkin bukan rezeki ain lagi nak dapat mana-mana biasiswa. Lagipun pointer tak melepasi syarat kan. Susah nak dapat. Kadang-kadang cemburu jugak tengok kawan-kawan dapat biasiswa tu, biasiswa ni. Tapi ain tahu mesti ada sebab kenapa Allah tak beri semua tu kat ain. Mungkin apa yang ain dapat, mereka tak dapat. Atau mungkin kalau ain dapat duit biasiwa nanti akan jadi boros ke. Wallahualam. Ain dengan kawan-kawan ain yang lain yang mana tak dapat tajaan JPA akan cuba untuk struggle habis-habisan untuk semester 1 ni. Kami k

Apa matlamat kita?

Image
Assalamualaikum apakhabar semua? Sekarang ain memang makin sibuk. Dengan assignment , presentation, dan final exam yang akan tiba tak lama lagi. Ya Allah baru ain terasa penat, dan kadang-kadang rasa macam nak putus asa pun ada. Pada waktu yang muda ni, ain dah jadi mahasiswa. Ye, memang ain rasa ain maca tak matang lagi. Dan kehidupan ini baru bermula. Sebelum ain masuk ke UTM, matlamat ain cuma mahu mendapat 4flat, aktif dalam kokurikulum, nak jadi first class student dan sebagainya. Dan bila ain dah graduate nanti, nak cari kerja, nak kawin, nak dapat anak, dan bina keluarga yang bahagia...Semua orang akan mempunyai matlamat yang sama macam ain kan? Hehe.. Tapi aLhamdulillah, ada akak-akak usrah yang menyedarkan ain bahawa hidup di dunia ini bukanlah hanya untuk mencapai matlamat dunia sahaja, tetapi ada lagi yang lebih penting daripada itu. Allah. Tanpa kita sedari, hidup kita ini seakan-akan kelihatan seperti robot. Terlalu mengikut jadual masa yang kita telah tetapkan dala