Review Novel : Novel Islam Imam Hanbali

Assalamualaikum. Selamat malam semua. Dah tidur ke? Hehe. Jangan tidur lambat macam ain  ni. Tak elok tau. Tidur awal sikit yaa. :)

Okay malam ni ain nak review novel Islam. Novel Islam yang berkisahkan tentang kehidupan Imam Hanbali.
Pada mulanya ain nak cari buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh tapi tak jumpa.

Akhirnya jumpa, tapi dekat MPH Online. Nanti nak try beli. RM19.00 sahaja :)




Okay, sekarang berbalik pada buku Imam Hanbali. Mungkin ramai yang tahu tentang sejarah kehidupan beliau. Tapi pada yang tidak tahu, anda boleh membaca novel ini.

Imam Hanbali ni adalah antara penghafal hadis sahih yang terhebat. Ain kagum sangat dengan Imam Hanbali ni.

Beliau tekad mengatakan bahawa ;

"AL-QURAN itu adalah kalam Allah dan bukan makhluk Allah"

Beliau tetap teguh dengan pendiriannya, walaupun diseksa oleh penganut Islam yang berfahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Akhirnya kehidupan beliau kembali seperti biasa apabila Khalifah Al-Mutawakkil membebaskan Imam Hanbali daripada penjara.

Buku ini berharga RM14.00 sahaja dan boleh didapati di Kedai Buku Popular. Di kedai buku lain saya tak pasti. Terima kasih :)


Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?