Pengalaman mendaki Bukit Broga di Selangor

Assalamualaikum, lama dah ain tak update blog. Dekat sebulan dah blog ni menyepi tanpa cerita panassss.
Haha, al-maklumlah ain agak sibuk dengan test dan assignment :(

Okay. Sekarang ni ain nak cerita tentang bukit Broga. Bukit ni sangat meletup tau. Maksudnya terkenal gituuu. Bukit Broga ni terletak di Pekan Broga. Broga ni pulak terletak di antara Selangor dan Negeri Sembilan. Ain ni orang selangor dan negeri sembilan. Haa eloklah tu.

Daripada Kuala Lumpur, ia terletak sejauh 50 km manakala daripada Negeri Sembilan lebih kurang 33km. Tak jauh mana rasanya. Dalam 2 jam je. Hehe.

sumber : google

Okay, masa mula berjalan tu, laluannya agak lecak mungkin sebab baru lepas hujan. Melekat-lekat kasut ke dalam tanah berlecak tu. Macam gam. Tapi alhamduillah, kami semua dapat melepasi bahagian tanah berlecak tu. Kalau tak hujan, rasanya tanah tu okay je.

Student UTM tengah meredah laluan berbahaya.

Hah tengok tu, masa ni kat bahagian bawah lagi. Tapi kawasan ni agak licin dan banyak pokok-pokok. Hehe, mencabar bukan??

Bila dah melepasi halangan dan cabaran, akhirnya sampai juga ke bahagian atas. Memang terbaik la. Ikutkan nak berhenti je, tak nak naik. Tapi sebab dah nampak ramai orang naik, kami pun naik jugak la !!! :P

Alhamdulillah, selamat sampai ke atas. Subhanallah, pemandangan memang cantik sangat. Patutlah photographer sangat suka buat aktiviti kat atas bukit ni.

Lawa kan? Subhanallah....
Pemandangan yang cantik :)
Ada lalang-lalang yang lawa. Boleh lah jad port untuk tangkap gambar !! :)
Tak sanggup nak naik ke atas lagi. Dah penat !!
Bergambar dan bergambar. itu kawan ain.
My favourite photo !!! <3
KAMI STUDENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI !! :)
Masa untuk pulang ke Universiti !!!

Masa nak turun daripada bukit tu lagi mencabar. Ya Allah, memang takut sangat sebab tinggi kot ! Nasib baik ada abang-abang senior yang jaga kami. *CEHH*

Tapi apapun emang terbaik la Bukit Broga !! Kalau sekolah/universiti ada buat hiking kat sana, PERGI jangan tak pergi tau !! Memang seronok sangat !!!


Tips hiking bukit broga :
-Pastikan kasut sukan berfungsi dengan baik.
-Bawa tuala kecil
-Bawa air mineral !!!
-Bawa kamera
-Kalau takut jatuh, cari kayu panjang

Oh yaa jangan risau, kalau anda haus bila turun daripada bukit tu, ada orang jual air kelapa kat bawa tu, aiskrim pun ada. Jadi bolehlah sejukkan anak tekak korang tu hehe.

Okay tu je k tata.

p/s : nanti nak bw ke blog korang. Lama dah tak tanya khabar :)

Comments

  1. Tahniah....ada masa sila singgah ke blog saya.

    ReplyDelete
  2. Waaa...nih yg jeles ni! Mak dah lama pasang niat nk hiking broga ni tp memanjang x dpt sambutan dr anak2 ngan pokcik.

    Slalu downkan semangat mak ngan ayat ' ibu kan demok..leh ke panjang bukit tu?? Panjat tangga 2 tingkat pun dah honggeh."

    Boley?? Agaga..

    ReplyDelete
  3. Muhammad Khairuddin Lim :
    tq :) inshaAllah !

    ReplyDelete
  4. Mak Lagenda :

    Hehe bukit broga punya bukit tak tinggi mana, ramai je ibu bapa bawak anak-anak naik ke atas. ada yg siap bawa bayi lg tu.

    Terkejut jugak.

    Boleh je naik,, selagi larat ! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?