Sarung Kaki Project

Assalamualaikum.

Okay mesti anda semua tertanya-tanya apa itu Sarung Kaki Project??





Ini adalah salah satu alternatif baru untuk menyebarkan dakwah tentang kepentingan menutup aurat. Kita semua tahu bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan kan?

Dulu Ain buat endah tak endah tentang pemakaian stokin ni. Sebab Ain tengok ramai orang tak pakai. Jadi sebab tu laa ain tak pakai. Tapi sekarang?

Alhamdulillah, bila keluar je mesti pakai stokin. Memang selesa sangat bila pakai stokin. Ini pun atas usaha rakan ain kat matrik yang selalu sangat suruh ain pakai stokin. Selain itu, dapat menutup kawasan kaki kita ni. Tak semua punya kulit kaki yang cantik kan? Hee.

Okay ni explanation tentang apa yang mereka nak buat sebenarnya :

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.Semoga Allah terus memberi kekuatan buat kita semua untuk berdakwah di jalan yang ALLAH redha. Tidaklah lain kewujudan "Sarung Kaki" project hanyalah semata untuk mencari redha ALLAH dan cinta Rasulnya. 
Secara Dasarnya, Objektif ' Sarung Kaki' projek adalah untuk memperkasakan lagi penggunaan Sarung kaki di kalangan Wanita Muslimah di Malaysia dan InsyaALLAH brunei dan juga Singapore. Tidaklah lain penggunaan sarung kaki ini melengkapkan penutupan aurat seorang wanita itu. :)
Ana mempunyai ramai sahabat yang menutup aurat dengan baik (baju longgar, tudung tutup dada, dan tidak ketat) tapi tidak sempurna (tiada sarung kaki). Bila ana tanyakan kenapa tidak pakai sarung kaki? jawab mereka :-
" Kami takder kekuatan lah nak pakai"
" Tak tau lah kenapa tak pakai"
" Takder orang suntik semangat, kami tau aurat, tapi entah lah"...
dan macam2 lagi alasan....
dari situ lah timbulnya idea "Sarung Kaki " Project...=)
Ana terfikir untuk perkasakan lagi project nie kepada semua yang ada (muslimah)...InsyaLLAH...doakan Ana dan sahabat2...
Rasulullah S.A.W bersabda :-
"Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini." Rasulullah SAW sertakan lafaznya "ini dan ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan. (Riwayat Abu Daud)

- Dakwah ini baru bermula... -
Sebelum ni ain ada dengar tentang Baju Kurung Project, dan Telekung Project. Betapa bagusnya mereka ni <3
Ain memang tabik spring kat mereka sebab sanggup mengadakan projek sebegini.
Inshaallah Ain akan support projek ini !!! Lagi-lagi yang anjurkan projek ini adalah kakak kepada rakan ain sendiri.

Mari kita doakan semoga usaha mereka ini berjaya. Amin.

Untuk maklumat lanjut : Sila ke Sarung Kaki Project

Comments

  1. WAH! memang bagus usaha ni .. semoga ramai yg sedar akan perlu nya memakai sarung kaki ^_6

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum...wahh...bagus project ni...salah satu medium penyampaian dakwah yg insyaallah berkesan.. mudah2an project itu diberkati Allah dan dipermudahkan..amin

    ReplyDelete
  3. Bess la artikel ni. Saya dah share entry ni kat facebook saya dgn link entry ni skali. Minta izin ye.

    Bleh tengok link ni
    https://www.facebook.com/selasehtelekung

    ReplyDelete
  4. KAK


    Saya pemenang bertuah dalam SPECIAL GIVEAWAY 2013 by MISZ NADEA..
    saya dah kasi maklumat kat chatbox dan jugak inbox fb akk :)

    ReplyDelete
  5. usaha yang sangat bagus utk muslimah menutup aurat, semoga usaha kalian berjaya =D

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya berjalan lancar :) thanks semua.

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?